window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz GLE 450 (V167) 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - RM 528k

Faisal · Apr 30, 2024 10:53 AM

Mercedes-Benz GLE 450 (V167) 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - RM 528k 01

Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC (V167) 2024 facelift di mana ia tampil dengan kemaskini reka bentuk, trenkuasa dan kelengkapan.

Harga model pemasangan Pekan, Pahang (CKD) ini ditawarkan pada RM 528,888, naik sedikit berbanding RM 515,888 pada model sebelum facelift.

Mercedes-Benz GLE 450 (V167) 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - RM 528k 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Enjin SUV mewah eksekutif ini kekal dengan nadi hibrid sederhana EQ Boost 48V berkapasiti 3.0L 6-silinder sebaris M256, tetapi kuasa ditingkatkan kepada 381 PS/500 Nm daripada 376 PS/500 Nm yang ada sebelum ini.

Output yang dihasilkan kekal dihantar ke semua roda (4Matic) melalui transmisi automatik 9-kelajuan.

Suspensinya juga kekal dengan jenis udara Airmatic dan Adaptive Damping System (ADS+).

Mercedes-Benz GLE 450 (V167) 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - RM 528k 01

Mercedes-Benz GLE 450 (V167) 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - RM 528k 02

Pembaharuan pada bahagian dalam pula merangkumi roda stereng, kawalan infotainment jenis sesentuh dan corong penyaman udara berkemasan krom (sebelum ini dalam aksen hitam) sama seperti Mercedes-Maybach GLS.

Selain itu, GLE 450 facelift dikemaskini dengan MBUX terkini yang mempunyai sokongan Apple CarPlay/Android Auto jenis tanpa wayar.

Mercedes-Benz GLE 450 (V167) 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - RM 528k 03

Satu penambahan baru adalah pada sistem audio Burmester 3D 13 pembesar suara di mana ia kini ada Dolby Atmos.

Masuk ke aspek keselamatan, Driving Assistance Package Plus pada GLE 450 facelift diperbaharui dengan ciri Active Distance Assist DISTRONIC with Active Steering Assist, Evasive Steering Assist dan Pre-Safe Impulse Side. Di samping itu, sistem parkir automatiknya juga dinaik taraf dengan Parking System Generation 5.0.

Mercedes-Benz GLE 450 (V167) 2024 facelift dilancarkan di Malaysia - RM 528k 04

Untuk anda yang berminat, GLE 450 facelift lengkap dengan waranti 4 tahun/tanpa had kilometer. Waranti lanjutan untuk tahun ke-5 dan ke-6 juga ada ditawarkan. Pilihan warna pula ada Obsidian Black, Selenite Grey, High-Tech Silver, dan Diamond White Bright (berharga RM 6,000) daripada katalog Manufaktur.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Mercedes-Benz GLE 450 4Matic AMG Line 7-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda