window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Peugeot 408 generasi 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 146k, CKD, tiga varian

Faisal Β· Apr 29, 2024 11:58 AM

Peugeot 408 generasi 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 146k, CKD, tiga varian 01

Peugeot 408 adalah model Stellantis Malaysia pertama yang dilancarkan sejak mengambil alih pengedaran daripada Bermaz Auto. Dipasang tempatan (CKD) di kilang Stellantis Group di Gurun, Kedah, Peugeot 408 serba baharu ditawarkan dalam varian:

  • 408 Allure - RM 146,055
  • 408 Premium - RM 166,055
  • 408 GT - RM 196,055

Peugeot 408 generasi 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 146k, CKD, tiga varian 02

Kesemua varian dikuasai oleh enjin 1.6L turbo PureTech (218 PS,300 Nm) yang menghantar kuasa ke roda depan melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Peugeot 408 generasi 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 146k, CKD, tiga varian 01

Bagi anda yang belum tahu, 408 merupakan pesaing kepada kelas segmen C seperti Honda Civic tapi untuk generasi ini, ia hadir dalam bentuk ala crossover.

Peugeot 408 generasi 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 146k, CKD, tiga varian 02

Dari segi estetik, varian Allure datang dengan rim 18-inci Granite Grey, manakala varian Premium pula dengan reka bentuk Granite Black. Varian mercu GT pula menggunakan rim 20-inci Monolithe Black.

Peugeot 408 serba baharu di Malaysia datang standard dengan ciri:

  • Lampu LED
  • Pengelap cermin automatik
  • Pelaras berkuasa buat tempat duduk pemandu
  • Kluster digital 10-inci
  • Infotainment 10-inci
  • 6 beg udara
  • Pengecas nirwayar
  • Autonomous Emergency Braking

Peugeot 408 generasi 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 146k, CKD, tiga varian 03

Secara amnya, 408 Allure hadir dengan tempat duduk separa kulit, 6 pembesar suara, kamera undur dan pengesan halangan parkir belakang.

Varian Premium menambah tempat duduk Black Nappa dan fungsi memori untuk tempat duduk pemandu..

Peugeot 408 generasi 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 146k, CKD, tiga varian 04

Varian mercu 408 GT pula menambah lampu depan LED Matrix, tempat duduk kulit Nappa Naboo Blue, bumbung suria, fungsi urut untuk tempat duduk depan, audio Focal dan kamera 360-darjah.

Peugeot 408 generasi 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 146k, CKD, tiga varian 05

Soal keselamatan pula, semua varian datang standard dengan 6 beg udara tetapi varian Premium dan GT hadir dengan ADAS yang merangkumi ciri:

  • Adaptive Cruise Control with Stop and Go
  • Advanced Automatic emergency braking with collision warning
  • Active lane departure warning
  • Driver Attention Alert
  • Long-range blind spot monitoring
  • Rear Traffic Alert

Peugeot 408 generasi 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 146k, CKD, tiga varian 06

Setakat ini, hampir 200 tempahan sudah dikutip. Buat anda yang berminat, Peugeot 408 generasi baharu lengkap dengan waranti 7-tahun/200,000 km dan ia kini boleh dipandu uji di semua bilik pameran Peugeot di seluruh negara. Selain Peugeot, Stellantis Malaysia pernah memberi petunjuk bahawa mereka merancang untuk memperkenalkan jenama-jenama lain di bawah payung Stellantis seperti Citroen, Jeep, dan Alfa Romeo.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Peugeot 408 e-THP

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda