window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nilai cecah RM 60 juta, 4 Bugatti Veyron berkait dengan skandal 1MDB dirampas di Jerman

Faisal · Apr 30, 2024 09:48 AM

Nilai cecah RM 60 juta, 4 Bugatti Veyron berkait dengan skandal 1MDB dirampas di Jerman 01

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan bahawa mereka sedang mendapatkan keterangan daripada pihak berkuasa Jerman berkenaan rampasan 4 Bugatti Veyron baru-baru ini di mana ia dilaporkan berkait dengan skandal 1MDB.

Menurut Bernama, rampasan paling baru ini menambah kepada 50 kenderaan mewah lain bernilai kira-kira RM 200 juta yang dirampas sejak 2018 oleh pihak berkuasa Switzerland yang mana ia sebahagian daripada siasatan antarabangsa SRPM berkenaan 1MDB.

Kalau anda nak tahu, 50 kenderaan tersebut dipercayai milik ahli perniagaan Emirati iaitu Khadeem al Qubaisi, seorang eksekutif senior di sebuah syarikat subsidiari International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berkait dalam penyiasatan 1MDB. Untuk 4 Bugatti Veyron pula, masih belum jelas sekiranya ia juga milik Qubaisi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata bahawa siasatan 1MDB bermula sejak 2020, diikuti oleh mesyuarat pada 2021 di pejabat Swiss Attorney-General. Perbincangan lanjut pula berlaku pada March 2022 bagi menekankan permintaan SRPM untuk mendapatkan bantuan dan lebih maklumat berkenaan rampasan kenderaan-kenderaan tersebut.

Nilai cecah RM 60 juta, 4 Bugatti Veyron berkait dengan skandal 1MDB dirampas di Jerman 01

Salah satu daripada Buggati Veyron yang dirampas. Kredit foto

Untuk makluman anda, akhbar di Jerman, BILD melaporkan bahawa model itu sebahagian daripada 18 unit "Legend Series" Veyron (versi Rembrandt, Black Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Constantini), edisi yang diperkenalkan pada 2013 untuk memperingati tokoh Bugatti. 4 kenderaan hiper ini dijumpai di tempat parkir bawah tanah ‘Motorworld’ di Munich, sebuah tempat menyimpan kenderaan yang canggih.

Sewaktu baru, Veyron Legend Series dijual pada harga USD 3.14 juta (~RM 14.9 juta). Memandangkan ia model eksklusif yang terhad, boleh bayangkan berapa harganya sekarang.

Nilai cecah RM 60 juta, 4 Bugatti Veyron berkait dengan skandal 1MDB dirampas di Jerman 02

6 Veyron Legend Series yang dipamerkan pada 2014. Kredit foto 

Menruut laporan BILD, mereka juga diberitahu oleh penguatkuasa undang-undang Jerman bahawa serbuan itu sebahagian daripada 'permintaan bantuan undang-undang' dan kes itu dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Federal di Bern, Switzerland.

Berdasarkan laporan Wall Street Journal dalam tempoh tersebut, Qubaisi sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun selepas dihukum atas jenayah kewangan pada tahun 2019, walaupun jenayah itu tidak berkaitan dengan 1MDB.

Secara keseluruhan, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa bahawa sejumlah USD 4.5 bilion (~RM 21.4 bilion) telah diambil daripada dana 1MDB. Qubaisi dan seorang rakan lain, Mohd Badawy al Husseiny, yang menguruskan anak syarikat IPIC, terlibat sebagai sebahagian daripada kumpulan konspirator yang mendapat faedah daripada dana yang ditipu yang berkaitan dengan skandal 1MDB.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda