window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GAC GS3 Emzoom 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 118k, pesaing HR-V dan X50 dengan kombo 1.5T/DCT

Faisal · Apr 18, 2024 08:30 PM

GAC GS3 Emzoom 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 118k, pesaing HR-V dan X50 dengan kombo 1.5T/DCT 01

Akhirnya, sebentar tadi, GAC GS3 Emzoom 2024 telah membuat pelancaran di Malaysia dan ia hadir dengan varian 1.5 T Exclusive (~RM 118,900) dan 1.5 T Premium R (~RM 128,900).

GAC GS3 Emzoom 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 118k, pesaing HR-V dan X50 dengan kombo 1.5T/DCT 02

Dengan julat harga ini, GS3 Emzoom bakal bersaing dengan Proton X50 dan Honda HR-V. Ia diimport (CBU) dari China tetapi operasi pemasangan tempatan (CKD) akan beransur kemudian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

GAC GS3 Emzoom 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 118k, pesaing HR-V dan X50 dengan kombo 1.5T/DCT 01

Pada bahagian luar, crossover yang stylo ini hadir dengan lampu LED penuh, ekzos ala Civic Type R dan rim 18-inci. Pembeli yang berminat ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu Graphene Grey, Salt Lake Blue, Ivory White dan Super Star Silver.

GAC GS3 Emzoom 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 118k, pesaing HR-V dan X50 dengan kombo 1.5T/DCT 02

Untuk makluman anda, saiz GS3 Emzoom sedikit besar daripada Proton X50 dan Honda HR-V.

Masuk ke bahagian dalam, kabin crossover ini datang standard dengan tempat duduk kulit, penyaman udara dwi-zon, corong penyaman udara belakang. Interior ini diserlahkan lagi dengan kluster digital 7-inci, infotainment 10.25-inci dan tombol gear elektronik berkemasan kristal.

GAC GS3 Emzoom 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 118k, pesaing HR-V dan X50 dengan kombo 1.5T/DCT 03

Ciri moden yang dilengkapkan pula adalah seperti sokongan Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar dan port USB-C.

GAC GS3 Emzoom 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 118k, pesaing HR-V dan X50 dengan kombo 1.5T/DCT 04

Varian Premium R menambah penyaman udara automatik, pelaras berkuasa 6-hala untuk tempat duduk pemandu, pencahayaan pelbagai warna, pengecas tanpa wayar, but belakang berkuasa dan bumbung suria panoramik.

GAC GS3 Emzoom 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 118k, pesaing HR-V dan X50 dengan kombo 1.5T/DCT 05

Dari segi teknikal, ia hadir dengan enjin 1.5L turbo (177 PS, 270 Nm) yang menghantar kuasa ke roda depan melalui transmisi DCT 7-kelajuan. Penggunaan petrol didakwa sebanyak 5.9 liter/100 km (NEDC).

GAC GS3 Emzoom 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 118k, pesaing HR-V dan X50 dengan kombo 1.5T/DCT 06

Soal keselamatan pula, GS3 Emzoom lengkap dengan 7 beg udara dan ADAS Tahap 2 yang merangkumi ciri:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Automatic Emergency Braking (AEB)
  • Front Collision Warning (FCW)
  • Traffic Sign Recognition (TSR)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Intelligent Speed Limit Control (ISLC)
  • High Beam Assist (HBA)
  • Fusion Automatic Parking Assist (FAPA)

GAC GS3 Emzoom 2024 dilancarkan di Malaysia - dari RM 118k, pesaing HR-V dan X50 dengan kombo 1.5T/DCT 07

Secara amnya, Warisan Tan Chong Automotif menawarkan GAC GS3 Emzoom dengan waranti 5-tahun/150,000 km dan 3 kali servis percuma. 2,000 pembeli awal pula mendapat waranti 7 tahun/180,000 km dan GAC Smart Watch Key.

WTCA setakat ini ada 15 pengedar rasmi dan mereka merancang untuk ada lebih 20 bilik pameran di Semenanjung menjelang Q3 2024.

Juga bacaMenjelang pelancaran GAC GS3 Emzoom, GAC Motor mengumumkan 9 pengedar baru di Semenanjung Malaysia!

@wapcar_zamil Amacam, ke baik beli Honda CR-V atau Proton X50? #carmalaysia #fypmalaysia #carsoftiktok #gacgs3 #gs3emzoom #gacmalaysia #gacgs3emzoom #keretabaru #reviewkereta #learnontiktok #malaysia #wapcar ♬ Beast Mode - ROKKA

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 GAC GS3 Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda