Tag

harga kereta mazda

Tiada lagi tipu mileage kereta Mazda terpakai, hanya dari Mazda Anshin!

Bermaz Motor secara rasmi telah melancarkan laman web Mazda Anshin hari ini, menawarkan platform untuk pelanggan menjual atau membeli kenderaan Mazda dengan cara yang mudah, selamat dan selesa. Laman web Mazda Anshin kini menyenaraikan kenderaan milik Mazda sendiri (kereta demo) dan kenderaan terpakai daripada pelanggan yang telah menjalani pemeriksaan ketat dan disahkan oleh Mazda. Setiap kenderaan terpakai dan terpakai Mazda mesti menjalani pemeriksaan 111 titik yang komprehensif di Pusat Serv

HarisHaris

Dec 3, 2020

Mazda CX-3 2021 ditambah ADAS, Android Auto & Apple CarPlay, harga dari RM 131,000

Bagi tahun 2021, Bermaz Motor (pengedar kereta Mazda di Malaysia) telah memberi Mazda CX-3 sedikit pembaharuan bagi mengutuhkan posisinya di dalam pasaran SUV yang kian hangat di Malaysia. Jom kita lihat satu persatu penambahan yang ada. Baca juga: Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium Apa yang baru? Sistem infotainment MZD Connect kini didatangkan standard dengan Android Auto dan Apple CarPlay untuk integrasi yang mudah dan komprehensif dengan telefon pintar anda. Selain dari itu, CX-

MersitaMersita

Mar 11, 2021

Toyota RAV4 terlalu mahal? Harga kereta yang melambung tinggi adalah norma baru

Minggu lepas, ramai yang terkejut dengan pengumuman harga Toyota RAV4 yang baru sahaja ditawarkan di Malaysia. Dengan harga berjumlah RM 203,880 untuk varian 2.0L dan RM 223,880 untuk varian 2.5L, hanya peminat tegar Toyota sahaja yang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk model ini. Pun begitu, Toyota RAV4 menerima potongan cukai jualan sebanyak 50%. Anda boleh membelinya dengan harga RM 196,436 and RM 215,665 sehingga akhir tahun ini. Di Malaysia, Toyota RAV4 adalah jawapan Toyo

HarisHaris

Jun 15, 2020

Senarai jenama kereta yang telah mengumumkan potongan harga

Seiring dengan pengumuman insentif PENJANA daripada Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan potongan cukai jalan sebanyak 100% bagi kereta yang dipasang tempatan (CKD) dan 50% bagi kereta import (CBU), beberapa jenama telah pun mengemas kini harga kereta mereka. Harga baharu tersebut berkuatkuasa bermula dari 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020. Di samping itu, segelintir pihak pengeluar turut menawarkan pelbagai promosi di atas potongan cukai jualan yang diberikan. Ini bermakna

HarisHaris

Jun 15, 2020

Kenapa harga kereta berprestasi Jepun (JDM) 80an dan 90an tiba-tiba mahal?

Baru-baru ini saya perhatikan banyak netizen Facebook riuh rendah tentang trend kereta berprestasi Jepun dari zaman 80an, 90an, sehingga awal tahun 2000 yang dijual dengan harga melebihi nilai sebenar. Malah ada yang mencecah enam angka bagi casis bukan original model tetapi ‘convert’. Apa cerita? Kalau lihat bahagian komen, mesti ada yang meninggalkan komen seperti “mahal tak kena gaya”, “tak berbaloi sebab ‘convert’”, ataupun “kereta dah lama pun harga neraka ke?”. Secara peribadinya, saya ber

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Jan 16, 2021

Tiada kenaikan harga kereta tahun 2021, kerajaan batal rancangan kiraan harga OMV

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengesahkan bahawa rancangan untuk menyemak semula harga kereta melalui sistem kiraan Nilai Pasaran Terbuka (OMV) telah pun dibatalkan. Sistem kiraan tersebut bakal menyaksikan kenaikan harga kereta baru sehingga 20% dari harga sekarang. Walaubagaimanapun, tempoh pengecualian cukai kenderaan sudah pun disahkan tamat. Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad memberitahu WapCar.my hari ini bahawa Kementerian Kewangan telah memberitahu MAA minggu lalu bahawa ia akan

HarisHaris

Dec 28, 2020

Bermaz Motor kurangkan harga Mazda sehingga RM 17,000, varian MX-5 baru diperkenalkan

Bermaz Motor, pengedar kenderaan Mazda di Malaysia juga telah mengeluarkan harga kemas kini untuk modelnya bermula minggu ini. Anda boleh mendapat penjimatan sekurang-kurangnya RM 2,600 apabila membeli Mazda baharu, contohnya Mazda 2 dalam konteks ini. Model seperti Mazda CX-9 memberikan penjimatan sebanyak RM 37,000, sekaligus menurunkan harga SUV tersebut ke RM 282,610. Menariknya, model Mazda CX-9 2.5G 4WD tidak ada dalam senarai kemas kini harga baharu ini, menandakan model ini mungkin tidak

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Jun 16, 2020

5 kereta dengan harga ‘road tax’ termahal di Malaysia

Sesetengah pihak berpendapat bahawa struktur cukai jalan (road tax) di negara kita agak melampau. Malah mereka menggesa industri untuk guna sistem yang berasaskan kadar pelepasan (emission-based). Salah satu cara untuk membayar road tax dengan murah ialah dengan enjin yang berkapasiti lebih kecil. Dalam erti kata lain, pembeli harus memiliki kereta yang menggunakan enjin turbo ataupun hibrid. Harga road tax yang mahal mungkin menjadi penghalang buat pembeli. Sebab inilah kereta dengan enjin V8 j

FaisalFaisal

Jan 8, 2021

Mazda CX-30 2020 - model asas 2.0G kini ada but berkuasa, harga naik 3.1k

Bermaz Auto, pengedar jenama Mazda di Malaysia mengumumkan bahawa semua Mazda CX-30 2020 kini datang standard dengan but belakang berkuasa. Kelengkapan ini pada mulanya hanya ada pada varian 2.0G High keatas, tetapi kini ianya juga ada pada model 2.0G 2WD. Korang ingat Mazda nak bagi pree ke? Tak lah. Dengan penambahan but belakang berkuasa, harga telah naik ke RM 3,110. Ini menjadikan harga penjualannya tidak termasuk insuran berjumlah RM 144,759. Harga untuk varian CX-30 lain kekal sama. Ini a

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Oct 1, 2020

Mazda CX-5 vs. Mazda CX-30: SUV mana yang patut anda pilih?

Kereta SUV menjadi kegilaan ramai pembeli di Malaysia masa kini, dan syarikat pembuat kereta cuba sedaya upaya untuk mengisi kekosongan barisan model mereka dengan kereta-kereta SUV. Antara yang popular termasuklah Mazda CX-5 dan Mazda CX-30 yang secara teknikalnya berada dalam segmen C dalam pasaran SUV. Mungkin ada yang beranggapan CX-30 sebagai kereta crossover. Tapi, hal mengenai SUV/crossover akan dibincangkan dalam entri lain kerana ia agak rumit untuk dijelaskan. Mazda CX-5 dan CX-30 buka

MersitaMersita

Oct 18, 2020

Berita baik: Perodua mengumumkan penurunan harga kereta 3% - 6%

Perodua akan menurunkan harga kereta (harga atas jalan tanpa insurans) antara 3% hingga 6% melalui rebat tunai sehingga 14 Jun 2020. Selepas itu, Perodua akan menggunakan harga yang baru sepanjang tempoh pengurangan cukai seperti yang diumumkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri. "Walaupun pengurangan cukai hanya berkuatkuasa pada 15 Jun 2020, Perodua akan menawarkan rebat tunai antara 3% hingga 6% untuk pembelian kenderaan kami mulai hari ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua,

HarisHaris

Jun 10, 2020

Warna paling merah di dunia ada pada Mazda. Bagaimana Mazda menghasilkannya?

Sebut sahaja Mazda CX-5, tentu anda akan membayangkan Mazda CX-5 dengan warna merah. Oleh itu, apa signifikannya warna merah pada Mazda ini? Mengapa warna merah Mazda sangat menjolok mata? Bagi yang belum mengetahui, Mazda terkenal dengan falsafah rekaan KODO (KODO Design). Falsafah rekaan KODO selalunya diikuti dengan slogan ‘Soul of Motion’. Soul of Motion menggambarkan pergerakan alam yang dijelmakan dalam konteks rekaan KODO. Contoh paling mudah, tahukah anda bahawa lampu signal pada setiap

HarisHaris

Jul 14, 2020

Panduan Mazda 6 (GJ) terpakai: Serendah RM 55k, baloi beli ini berbanding Camry & Accord?

Di Malaysia, pasaran sedan segmen D diterajui oleh Honda Accord dan Toyota Camry. Kedua-dua model ini sering menjadi pilihan ramai kerana kos penjagaan yang rendah dan boleh digunakan untuk jangka hayat yang panjang. Tetapi untuk mereka yang sudah bosan dan mahukan sesuatu yang lebih unik dan premium, Mazda 6 generasi sekarang memberikan pakej yang jauh lebih menarik. Dilancarkan di Malaysia pada tahun 2013, Mazda 6 generasi sekarang terkenal dengan gaya dan reka bentuk Kodo Mazda yang cukup sek

FaisalFaisal

Apr 3, 2021

Tiada penurunan 10% pada harga kereta walaupun dengan pengecualian cukai jualan. Ini sebabnya.

Seperti yang sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan yang semua kereta penumpang yang dipasang secara lokal (CKD) akan dikecualikan dari membayar 10 peratus cukai jualan bermula 15 Jun hingga 31 Disember 2020. Kereta impot baru pula akan diberi 50 peratus diskaun cukai jualan, meninggalkan cukai jualan pada hanya 5 peratus. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud harga kereta CKD baru akan turun 10 peratus. Kebanyakan kereta hanya dapat penurunan sebanyak 3 hingga 6 peratus. Nak tahu kenapa? Pen

MersitaMersita

Jun 18, 2020

Kenapa Mazda 3 jauh lebih mahal daripada Honda Civic/Toyota Corolla Altis?

Hakikatnya, kita takkan dapat bandingkan Mazda 3 dengan pesaingnya walau dalam segmen yang sama. Harga Mazda 3 sekurang-kurangnya RM 20,000 lebih mahal daripada Honda Civic atau Toyota Corolla Altis yang tampak lebih kurang sama. Seperti tiada logik dalam pembelian Mazda 3 bagi kebanyakan orang. Enjin rotary (Wankel) yang asli datangnya dari Jerman, tapi mereka pun sudah serik untuk membangunkannya. Mazda kekal dengan pendiriannya untuk memperbaiki sistem enjin rotary dan menggunakannya dalam pe

MersitaMersita

Sep 16, 2020

Ringkasan: Mazda CX-30 - SUV lincah dan premium

Mazda CX-30 Mazda CX-30 adalah sebuah SUV segmen C yang unik dalam kelasnya. Dibina berasaskan Mazda 3, ia bukan direka untuk pemandu biasa atau untuk memecah rekod jualan, sebaliknya ia direka untuk pemandu yang sukakan pengalaman pemanduan itu sendiri. Diimport terus dari kilang pembuatan Mazda di Hiroshima, Mazda CX-30 dilancarkan di Malaysia pada awal tahun Januari 2020. Terdapat tiga varian yang ditawarkan, iaitu 2.0G dan 2.0G High yang dikuasakan oleh enjin 2.0 liter 4-silinder aspirasi na

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Jun 16, 2020

Pantau harga insurans kereta, gesa Najib Razak kepada Bank Negara dan Suruhanjaya Persaingan

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) digesa melakukan pemantauan terhadap harga insurans yang dikenakan kepada pengguna kenderaan di Malaysia. Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana beliau mendapati ada pengguna yang mendakwa mereka terpaksa membayar insurans kenderaan pada harga yang tidak selari dengan pelaksanaan liberalisasi tarif insurans motor negara. Menurutnya, adalah tidak adil sekiranya pengguna perlu membayar premium insura

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Mar 15, 2021

‘Resale value’ Honda Civic 2x ganda daripada Renault Fluence, sedan segmen C mana paling ada harga?

Seperti yang anda tahu, harga kereta akan susut kecualilah kereta anda ‘rare’ ataupun eksotik. Oleh yang demikian, ramai pengguna sering mengutamakan harga jualan semula, sama seperti kos pembelaan kereta tersebut. Di Malaysia, kebanyakan pembeli tidak akan memilih kereta yang harganya cepat jatuh. Untuk kali ini, kami akan bincangkan mengenai sedan seperti Honda Civic, Corolla Altis generasi sebelum ini, Mazda 3, Volkswagen Jetta, Kia Cerato dan pelbagai lagi. Sedan segmen C manakah yang paling

FaisalFaisal

Apr 11, 2021

Mazda 6 2021 diperbaharui di Malaysia – standard dengan 'wireless' Apple CarPlay!

Bermaz Motor Sdn Bhd baru sahaja melancarkan kemaskini terbaru buat Mazda 6 yang didatangkan secara CBU di Malaysia. Kini, kedua-dua varian 2.0L dan 2.5L hadir dengan sokongan Apple CarPlay jenis wireless. Juga baca: Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya Di samping itu, varian 2.0L dikemaskini dengan ciri Advanced Keyless Entry & Walkaway serta paddle shifter. Mengenai varian 2.5L, pembeli kini ditawarkan dengan rim yang berwarna Black Metallic. Pada masa yang

FaisalFaisal

Apr 1, 2021

Potongan Cukai Jualan: Ketahui kereta mana yang memberi penjimatan sehingga RM 10k!

Seperti yang anda ketahui, kerajaan telah mengumumkan mengenai pengecualian cukai penjualan 10% untuk kereta yang dipasang dalam negara (CKD). Sementara itu, kereta yang diimport (CBU) akan menerima pengurangan separuh cukai penjualan menjadi 5%. Pengecualian / pengurangan cukai jualan dikenakan dari 15 Jun hingga 31 Disember 2020. Penjelasan panjang mengenai pelaksanaan insentif ini masih belum jelas, mungkin bakal dijelaskan dalam masa akan terdekat. Sebagai contoh, adakah tarikh mula/akhir ak

HarisHaris

Jun 9, 2020

"Macam mana nak jual kereta dengan harga paling tinggi?" - Ini 3 rahsia terbaik untuk anda!

Setelah beberapa tahun memiliki kereta kesayangan anda, akan tiba masanya yang mana anda tetap perlu melepaskannya. Tetapi, bagaimanakah caranya untuk anda dapat jual dengan harga yang lebih tinggi? 1. Servis dan tukar segala bendalir yang perlu Sebelum menjual kereta lama anda, adalah penting untuk baiki apa yang patut terlebih dahulu. Mula-mula sekali, anda boleh melakukan servis dan tukar segala bendalir yang diperlukan. Mengenai minyak enjin, anda boleh berjimat dengan hanya menggunakan miny

FaisalFaisal

Apr 10, 2021

Rebiu: Mazda CX-30 2.0G, lebih nilai dan padu dari Mazda 3 dan CX-5?

Mazda CX-30 Nama Mazda CX-30 terasa sedikit janggal, kerana SUV segmen C ini diletakkan diantara CX-3 (segmen B) dan CX-5 (segmen C). Patut ia dipanggil CX-4, betul tak? Namun atas sebab tidak mahu menimbulkan rasa kecelaruan di antara CX-4 yang wujud sebagai model berbeza yang dijual khas di negara China sahaja (berasaskan model CX-5 sebelumnya), Mazda rasa perlu untuk memberi nama yang lain. Mazda CX-30 yang anda lihat di sini adalah antara produk global terbaru Mazda. Dilancarkan pada bulan J

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Jun 13, 2020

Tahukah anda, harga Toyota RAV4 sebelum cukai lebih murah berbanding Honda CR-V?

Toyota RAV4 Seperti yang kita ketahui, UMW Toyota Motor telah mengumumkan harga untuk Toyota RAV4 2020 serba baru dengan tanda harga antara RM203,880 untuk varian 2.0L dan RM223,880 untuk varian 2.5L (lihat pengumuman diskaun sementara yang menjadikan harganya sebanyak RM196,436 dan RM215,665). Walaupun selepas diskaun, harga tersebut jauh lebih mahal dari pesaingnya iaitu Honda CR-V dan Mazda CX-5, yang berharga RM175,900 dan RM181,660. Harga RM181,660 tersebut adalah untuk Mazda CX-5 varian Tu

HarisHaris

Jun 16, 2020

Nak lampu canggih ala BMW? Inilah 5 kereta paling murah dengan lampu adaptif di Malaysia!

Suatu masa dulu, sistem bantuan pemandu ADAS hanya ditawarkan pada kereta yang mahal dan premium. Tapi zaman dah berubah, kerana ciri ini kini banyak ditawarkan pada kereta yang lebih mampu milik. Kereta seperti Perodua Axia pun dah ada ADAS, dan Nissan Almera yang agak ‘underrated’ pun menawarkan brek kecemasan autonomi (AEB) sebagai standard. Ciri bantuan keselamatan sebegini telah menaikkan standard piawaian keselamatan industri secara keseluruhan, sehingga ASEAN NCAP terpaksa merombak cara u

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Mar 8, 2021

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru?

Walaupun dilanda pandemik COVID-19, industri kereta Malaysia dapat merekodkan jualan yang tinggi, disokong oleh pengecualian sementara cukai jualan sehingga 31 Disember tahun ini. Akan tetapi, menjelang 1 Januari 2021, cukai jualan 10 peratus akan kembali - ditambah lagi dengan kiraan Open Market Value (OMV) yang baru. Kiraan baru ini pula boleh menaikkan lagi harga kereta sehingga 20 peratus. Total Industry Volume (TIV) bagi pasaran Malaysia – gelaran industri bagi jualan kereta baharu – dijang

MersitaMersita

Dec 22, 2020

Senarai kereta yang ditamatkan pada tahun 2020!

Tahun 2020 menyaksikan pergelutan pengeluar kereta untuk terus bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar. Kita menyaksikan perubahan pengedar rasmi model Peugeot, kehadiran jenama MG di atas jalanraya Malaysia, nasib Kia yang masih belum ditentukan serta peningkatan jualan dan pegangan pasaran oleh Proton. Di samping itu, beberapa model kereta juga telah digugurkan dari perancangan jenama masing-masing dan berikut adalah beberapa model yang telah ditamatkan pada tahun 2020. BMW 1 Series CKD B

HarisHaris

Jan 10, 2021

Panduan kereta terpakai: Perodua Axia second hand tak jauh beza harga dengan baru. Berbaloi?

Perodua Axia Perodua Axia terkenal sebagai kereta tahap pengenalan atau senang kata, paling murah di Malaysia. Sebagai pewaris legasi Perodua Kancil dan Perodua Viva, Perodua Axia menjadi kegemaran rakyat Malaysia sambil memacu penjualan Perodua ke tahap yang sangat memberansangkan. Hatchback segmen A kegemaran ramai ini sesuai untuk golongan yang baru memulakan hidup seperti graduan, pelajar sarjana malah sesiapa sahaja yang sekadar mahu berulang alik ke tempat kerja. Oleh yang demikian, selepa

HarisHaris

Oct 19, 2020

Rebiu: Mazda 3 Sedan/Liftback. Hati kata nak, dompet kata jangan?

Mazda 3 Sedan Mazda 3 Hatchback Mari ambil sedikit masa untuk menghargai kecantikan seni pembuatan Mazda 3. Bak kata orang, kecantikan itu terletak pada mata yang memandang tetapi kami pasti, sesiapa sahaja yang memandang rekaan Mazda 3 ini akan terpukau. Bukan kami sahaja yang rasa rekaan model Mazda 3 ini sangat cantik. Buktinya, rekaan model Mazda 3 telahpun diiktiraf sebagai World Car Design of the Year 2020’. Hakim-hakim yang menghakimi pertandingan ini adalah pakar dalam industri rekaan ke

HarisHaris

Aug 26, 2020

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia

Sudah jadi lumrah dunia, yang cantik-cantik selalunya direbuti dan susah nak dapat. Apa yang kita orang biasa-biasa boleh buat hanyalah memandang dari jauh dan pasang angan-angan percuma. Tapi, bila bercakap pasal apa yang cantik, pasti lain orang lain pendapatnya. Kecantikan itu cukup subjektif, ia bergantung kepada minat dan persepsi masing-masing. Kita juga perlu ingat yang kereta-kereta cantik tak semestinya kereta mahal saja. Ada saja kereta-kereta biasa di luar sana yang cukup cantik dan b

MersitaMersita

Dec 12, 2020

Mazda CX-3 2020 Limited Edition – 25 unit sahaja, RM 14k lebih mahal!

Mazda CX-3 Bagi memperingati ulang tahun ke-100 Mazda tahun ini, Bermaz Motor telah memperkenalkan Mazda CX-3 2020 Limited Edition. Selain tambahan kosmetik, casis CX-3 Limited Edition telah dinaik taraf. Dibangunkan oleh divisi khas Bermaz iaitu MazdaSports, hanya 25 unit sahaja akan dijual. Berdasarkan model standard CX-3, varian Limited Edition mendapat kelengkapan tambahan seperti berikut: Eskterior: Spoiler lip depan Spoiler belakang Diffuser bampar belakang Tip ekzos yang lebih besar Bumbu

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Jun 28, 2020