Perodua Axia
Perodua Axia terkenal sebagai kereta tahap pengenalan atau senang kata, paling murah di Malaysia. Sebagai pewaris legasi Perodua Kancil dan Perodua Viva, Perodua Axia menjadi kegemaran rakyat Malaysia sambil memacu penjualan Perodua ke tahap yang sangat memberansangkan.
Hatchback segmen A kegemaran ramai ini sesuai untuk golongan yang baru memulakan hidup seperti graduan, pelajar sarjana malah sesiapa sahaja yang sekadar mahu berulang alik ke tempat kerja. Oleh yang demikian, selepas golongan seperti ini maju dalam kehidupan, mereka akan beralih ke kenderaan yang lebih baik setaraf dengan status sosial mereka.
Untuk itu, Perodua Axia sememangnya mudah ditemui secara terpakai. Namun adakah berbaloi untuk membeli kereta paling murah secara terpakai? Ini adalah panduan paling sesuai untuk anda!
Generasi Perodua Axia
Dilancarkan di Malaysia pada tahun 2014, Perodua Axia generasi pertama hadir dengan 4 varian dengan 2 pilihan transmisi. Berikut adalah varian Perodua Axia 2014:
- Standard E (manual)
- Standard G (manual)
- Standard G (automatik)
- Special Edition (manual)
- Special Edition (automatik)
- Advance (automatik)
Pada tahun 2017, Perodua Axia facelift dilancarkan dengan rekaan baharu dan sedikit talaan enjin (kini dengan VVT-i). Pilihan varian dan transmisi dikekalkan dengan kemaskini harga yang sedikit meningkat tetapi masih mampu milik.
Generasi ke 3 Perodua Axia hadir pada tahun 2019. Kemaskini yang diberikan adalah rekaan yang lebih garang dengan tambahan kelengkapan dan fungsi terkini. Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) Perodua atau lebih dikenali sebagai Perodua ASA turut dilengkapi pada kesemua varian kecuali varian ‘kosong’.
Untuk generasi ke 3 ini, sedikit pembaharuan diberikan dengan pilihan manual digugurkan kecuali pada varian ‘kosong’ dan Perodua Axia Style. Apa kelebihan Perodua Axia Style? Ikuti rebiu kami di sini. Berikut adalah varian Perodua Axia 2019:
- Standard E (manual)
- Standard G (automatik)
- Standard GXtra (automatik)
- Style (automatik)
- Special Edition (automatik)
- Advance (automatik)
Masalah Perodua Axia
Secara umumnya, Perodua Axia kurang memberikan banyak masalah-masalah teknikal. Pastikan anda memeriksa atau menukar terus engine mounting selepas 120,000 km jarak perbatuan. Gegaran pada bahagian pintu dijangkakan selepas mencapai jarak perbatuan 100,000 km.
Masalah yang selalu ditimbulkan adalah penyaman udara yang kurang sejuk (bagi mereka yang terbiasa dengan kereta Proton), kendalian pemanduan yang kurang enak dan sistem penebat bunyi yang sesuai pada harganya. Selain itu, terdapat juga masalah tingkap kuasa yang berbunyi mencicit (squeaky).
Walaubagaimanapun, jika anda boleh menerima kesemua kekurangan tersebut, Perodua Axia sememangnya terbaik untuk anda. Lagi-lagi, pada harganya.
Tinjauan pasaran terpakai
Untuk aspek ini, kami akan memberi fokus kepada varian G automatik dan GXtra (untuk tahun 2019) yang lebih realistik dan lebih banyak dibeli oleh pengguna. Varian SE dan Advance yang lebih atas juga boleh dikatakan mengikut panduan praktikal ini.
Generasi Model |
Harga Baru |
Julat Harga Terpakai |
Purata Penurunan Harga Tahunan |
2014 |
RM 33,200 |
~ RM 26,000 |
3.6% |
2017 |
RM 36,900 |
~ RM 29,000 |
5.4% |
2019 |
RM 34,990 |
~ RM 30,000 |
8.7% |
Jika anda tertanya-tanya mengapa Perodua mampu menurunkan harga pada varian GXtra pada tahun 2019, anda harus berterima kasih kepada kehadiran Proton Saga 2019 yang memaksa Perodua mengemaskini harga menjadi lebih relevan. Persaingan sihat dalam industri akan menguntungkan anda.
Kos penyelenggaraan
Kos penyelenggaraan Perodua Axia bermula pada tempoh 6 bulan atau jarak perbatuan 10,000 km. Sebagai rujukan, kos penyelenggaraan yang perlu disambung oleh pembeli baru adalah seperti yang tertera. Untuk lebih maklumat mengenai kos penyelenggaraan Perodua Axia, sila ikuti artikel ini.
Kesimpulan
Ia adalah sebuah Perodua, harga bagi model terpakai jenama ini sememangnya boleh tahan dan sukar jatuh. Perodua Axia masih mengekalkan 86% harganya selepas 2 tahun dan sekitar 78% harga belian baru selepas 6 tahun.
Jika anda mahukan sebuah Perodua Axia pada harga yang paling berbaloi, sudah tentulah Perodua Axia terkini yang baru berusia 2 tahun adalah pilihan terbaik anda. Jika anda mahu mencari yang paling murah, itu tertakluk pada bajet anda. Saranan kami adalah untuk mencari sekurang-kurangnya varian G kerana ia merupakan varian paling berbaloi.
Perodua Axia 2019 sememangnya sebuah kereta yang sangat berbaloi untuk dimiliki secara keseluruhan. Kelebihan Perodua Axia sudah tentulah aspek penjimatan minyak. Hal ini penting kerana jika aspek ekonomi belum kukuh, kereta yang kuat makan minyak akan mengehadkan mobiliti anda. Anda mahu alang membeli, menang memakai. Takkan nak beli kereta tapi tak mampu gerak?
Perodua Axia gallery