window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-3 2020 Limited Edition – 25 unit sahaja, RM 14k lebih mahal!

Zamil Syaheer · Jun 28, 2020 01:53 PM

Mazda CX-3 2020 Limited Edition – 25 unit sahaja, RM 14k lebih mahal! 01

Bagi memperingati ulang tahun ke-100 Mazda tahun ini, Bermaz Motor telah memperkenalkan Mazda CX-3 2020 Limited Edition.

Selain tambahan kosmetik, casis CX-3 Limited Edition telah dinaik taraf. Dibangunkan oleh divisi khas Bermaz iaitu MazdaSports, hanya 25 unit sahaja akan dijual.

Mazda CX-3 2020 Limited Edition – 25 unit sahaja, RM 14k lebih mahal! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdasarkan model standard CX-3, varian Limited Edition mendapat kelengkapan tambahan seperti berikut:

Eskterior:

  • Spoiler lip depan
  • Spoiler belakang
  • Diffuser bampar belakang
  • Tip ekzos yang lebih besar
  • Bumbung dan tiang A dalam warna Piano Black
  • Rim aloi 18 inci Gunmetal (Sama bentuk dengan CX-3 standard)
  • Plak aniversari Mazda 100 tahun
  • Emblem CX-3 kemasan Emas

Mazda CX-3 2020 Limited Edition – 25 unit sahaja, RM 14k lebih mahal! 01

Interior:

  • Stereng dibalut dengan kain suede dengan garisan merah ditengah
  • Tuas gear dibalut dengan kain suede
  • Tempat letak tangan ditengah dibalut dengan kain suede
  • Tempat sandaran kepala dengan sulaman aniversari Mazda 100 Tahun
  • Pedal sport aluminium
  • Karpet kaki Limited Edition
  • Subwoofer Basspro JBL berukuran 11 inci

Mazda CX-3 2020 Limited Edition – 25 unit sahaja, RM 14k lebih mahal! 02

Intai dibawah kereta dan anda akan nampak strut bar yang baru serta bar bawah depan, tengah dan belakang untuk mengurangkan gulungan badan ketika mengambil selekoh.

Mazda CX-3 2020 Limited Edition – 25 unit sahaja, RM 14k lebih mahal! 03

MS untuk MazdaSports, bukan Mazdaspeed

Tidak ada sebarang perubahan pada enjin 2.0 liter 4-silinder SkyActiv-G aspirasi natural yang menghasilkan kuasa 156 PS dan 206 Nm tork dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Mazda CX-3 2020 Limited Edition – 25 unit sahaja, RM 14k lebih mahal! 04

Ciri-ciri lain juga seperti CX-3 standard. Ia datang dengan sistem infotainment skrin sentuh MZD 7.0 inci, tempat duduk pemandu berkuasa 10 arah, paddle shifters, 6 beg udara, Blind Spot Monitoring (BSM), dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Mazda CX-3 2020 Limited Edition – 25 unit sahaja, RM 14k lebih mahal! 05

Mazda CX-3 2020 Limited Edition ini dijual pada harga RM 126,829, RM 14,500 lebih daripada CX-3 standard. Harga ini adalah harga sempena tempoh bebas SST sehingga Disember. Aksesori tambahan dilindungi dengan waranti 1 tahun.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mazda CX-3 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda