window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux 2020 facelift dipra-tonton, pelancaran Malaysia lebih awal dari jangkaan?

Mersita · Aug 1, 2020 05:00 PM

Toyota Hilux 2020 facelift dipra-tonton, pelancaran Malaysia lebih awal dari jangkaan? 01

Menggunakan masa yang ada pada cuti umum ini, Toyota Malaysia mengeluarkan video acah yang menarik perhatian dimana ia mengesahkan kedatangan Toyota Hilux facelift 2020.

Klip pendek 10 saat itu menunjukkan Hilux terselindung dalam bayang-bayang dengan lambing ‘H’ nya dipaparkan dalam pelbagai sudut. Tapi, anda tak perlu bermisteri lagi dah…

Enjin yang disemak semula dan kelengkapan pada Hilux baru

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kami tahu ia adalah model facelift. Tapi, apabila dilihat dengan lebih dekat lagi, video acah ini menunjukkan Revo Rocco Edition spesifikasi tertinggi (mungkin L atau Black Edition yang akan sampai untuk kita), seperti yang dilihat pada rekaan tayar aloinya dan gril dua bahagian.

Toyota Hilux 2020 facelift dipra-tonton, pelancaran Malaysia lebih awal dari jangkaan? 01

Revo Rocco pasaran Thai (atas) dan imej acah Toyota Malaysia (bawah)

Selain dari rupa parasnya, apa yang lebih menarik adalah Hilux baru ini diberi enjin turbodiesel 2.8 liter yang disemak semula dengan janaan kuasa 204 PS dan 500 Nm – naik 27 PS (sebelum ini 177 PS) dan 50 Nm (sebelum ini 450 Nm) berbanding model terkini.

Toyota Hilux 2020 facelift dipra-tonton, pelancaran Malaysia lebih awal dari jangkaan? 02

Selain daripada rekaan seperti Toyota Tacoma, semua varian bagi Hilux baru di Thailand diberi unit kepala dengan skrin sentuh 8.0 inci serta sokongan Apple CarPlay. Hilux pasaran Thai kini dipadatkan dengan kelengkapan ADAS iaitu Toyota Safety Sense (TSS), satu penambahan yang disambut baik apabila Hilux terbaru ini dilancarkan di sini kelak.

Untuk dapatkan lebih banyak maklumat tentang kelengkapan baru Toyota Hilux, klik di sini!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda