window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Innova, Hilux, dan Fortuner dikemaskini - Android Auto/CarPlay tanpa wayar, 'dashcam' WiFi dll!

Haris · Sep 8, 2022 07:30 PM

Toyota Innova, Hilux, dan Fortuner dikemaskini - Android Auto/CarPlay tanpa wayar, 'dashcam' WiFi dll! 01

UMWT Toyota Motor (UMWT) telah mengemas kini Toyota Hilux, Toyota Innova, dan Toyota Fortuner untuk tahun 2022, dengan ketiga-tiga kenderaan IMV (Innovative International Multi-Purpose Vehicles) ini menerima peningkatan dari segi keselesaan pengguna.

Toyota Innova, Hilux, dan Fortuner dikemaskini - Android Auto/CarPlay tanpa wayar, 'dashcam' WiFi dll! 02

Toyota Fortuner

Ketiga-tiga kereta dengan platform ladder frame ini telah dikemaskini dengan unit infotainment 9-inci baharu, kali ini membawakan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.

Sebelum ini, Innova dan Fortuner kedua-duanya mempunyai skrin 9-inci, kecuali sambungan telefon berwayar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Innova, Hilux, dan Fortuner dikemaskini - Android Auto/CarPlay tanpa wayar, 'dashcam' WiFi dll! 01

Walaupun mengekalkan skrin yang sama, peningkatan turut diberikan kepada butang panoramic view monitor (PVM) yang kini merupakan butang tekanan kapasitif. Sebelum ini, ia adalah butang fizikal.

Toyota Innova, Hilux, dan Fortuner dikemaskini - Android Auto/CarPlay tanpa wayar, 'dashcam' WiFi dll! 02

Selain itu, ketiga-tiga kenderaan ini mengemaskini port pengecasan telefon kepada jenis USB-C untuk pengesan pantas, dan perakam video digital (DVR) atau lebih dikenali sebagai dashcam juga dipertingkat, kini menyokong sambungan WiFi.

Toyota Innova, Hilux, dan Fortuner dikemaskini - Android Auto/CarPlay tanpa wayar, 'dashcam' WiFi dll! 03

Segala-galanya daripada prestasi, luaran dan kelengkapan dalaman kekal seperti biasa. Tempahan untuk siri IMV telah bermula dari 1-September 2022 untuk semua model manakala Hilux dan Fortuner dengan kemaskini baharu ini akan berada di semua cawangan Toyota pada bulan September, dan Innova menjelang Oktober.

Harga untuk ketiga-tiga model, berdasarkan laman web Toyota pada waktu penulisan adalah seperti di bawah:

Toyota Innova, Hilux, dan Fortuner dikemaskini - Android Auto/CarPlay tanpa wayar, 'dashcam' WiFi dll! 04

2022 Toyota Innova
Varian Harga
Innova 2.0E RM 133,880.00
Innova 2.0G RM 141,880.00

Toyota Innova, Hilux, dan Fortuner dikemaskini - Android Auto/CarPlay tanpa wayar, 'dashcam' WiFi dll! 05

2022 Toyota Fortuner
Varian Harga
2.4 AT 4x4 RM 179,880.00
2.7 SRZ  RM 186,880.00
2.8 VRZ RM 220,880.00

2022 Toyota Hilux
Varian Harga
Single Cab 2.4 MT RM 95,880.00
Double Cab 2.4E MT RM 110,880.00
Double Cab 2.4E AT RM 111,880.00
Double Cab 2.4V AT RM 136,880.00
Rogue 2.8 AT AT RM 149,880.00

Baca: Jualan UMW Toyota untuk Ogos pecah rekod sendiri, prestasi 2022 setakat ini lonjak lebih 2x ganda!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda