window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rapid KL janji eskalator dan lif rosak di stesen LRT, MRT akan dibaiki sebelum hujung tahun ini

Mersita · Oct 18, 2022 07:30 PM

Rapid KL janji eskalator dan lif rosak di stesen LRT, MRT akan dibaiki sebelum hujung tahun ini 01

Akhirnya, Rapid KL telah memberi maklumbalas atas isu penyenggaraan fasiliti di stesen-stesen LRT dan MRT dimana alat ganti pengilang peralatan asal (OEM) sudahpun ditempah untuk kerja-kerja pembaikan semua kemudahan yang rosak seperti lif dan eskalator di stesen-stesen bawah kendalian mereka.

Menurut perkongsian Rapid KL di laman Facebook rasmi mereka, tempahan yang dibuat termasuklah 87 ‘handrail’ dan 37 ‘stepchain’. Pembekal barangan OEM ini berpengkalan di Shanghai, China dan kesemua item ini akan dihantar secara berkumpulan.

Rapid KL janji eskalator dan lif rosak di stesen LRT, MRT akan dibaiki sebelum hujung tahun ini 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kumpulan pertama alat ganti ini dijangka tiba menjelang penghujung Oktober, manakala kumpulan kedua akan tiba pada pertengahan November. Kumpulan terakhir alat ganti yang diperlukan dijadualkan tiba pada minggu keempat November.

Sebagai pelan jangkamasa panjang, Rapid KL juga akan memperkenalkan program Condition Based Maintenance (CBM).

Juga baca: MUDA dakwa syarikat jual baju diberi tender baiki eskalator LRT Sri Rampai, DBKL tak mengaku. Siapa betul?

Rapid KL janji eskalator dan lif rosak di stesen LRT, MRT akan dibaiki sebelum hujung tahun ini 01

Di bawah program ini, Rapid KL membuat satu lagi tempahan bagi 192 unit ‘handrail’ dan 22 unit ‘stepchain’ untuk digunakan bagi tujuan penyenggaraan fasiliti di semua laluan rel.

Isu eskalator dan lif rosak di stesen-stesen tren adalah salah satu aduan paling popular dan kerap menjadi keluhan sejak beberapa bulan lalu. Keluhan demi keluhan diluahkan di media sosial namun isu berkenaan berterusan disamping menyusahkan perjalanan harian pengguna.

Juga baca: Janji lebih banyak penyelenggaraan fasiliti stesen LRT untuk mudahkan rakyat - Wee

Susulan aduan-aduan ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong telah berjanji untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan kerap bagi menyelesaikan segala isu kerosakan fasiliti di stesen-stesen LRT pada Jun lalu. Nampak gayanya janji ini sedang diusahakan dan diharap boleh diselesaikan mengikut rancangan yang ditetapkan.

Juga baca: Jalan sesak, ruang parkir dikorbankan, tapi rakyat disalahkan tak naik LRT/MRT? Salah siapa?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda