window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jalan sesak, ruang parkir dikorbankan, tapi rakyat disalahkan tak naik LRT/MRT? Salah siapa?

Mersita ยท Aug 20, 2022 10:00 AM

Jalan sesak, ruang parkir dikorbankan, tapi rakyat disalahkan tak naik LRT/MRT? Salah siapa? 01

Projek demi projek rancak dibangunkan di sekitar ibu kota dan bagi pemaju perumahan pula, kawasan berhampiran fasiliti pengangkutan awam sering menjadi tumpuan utama. Jika diberi peluang, pagar kondominium mewah yang dibina seboleh-bolehnya menghadap pintu masuk LRT supaya ia boleh dipasarkan sebagai pembangunan berorientasikan transit (TOD).

TOD secara amnya bukanlah satu konsep yang merugikan banyak pihak, termasuklah orang awam. Jika dilaksanakan dengan koordinasi mantap antara pihak-pihak berwajib, ia boleh memanfaatkan penduduk di sekeliling stesen pengangkutan awam walaupun jarak antaranya jauh. Namun, beberapa projek TOD yang dibangunkan dilihat mengganggu perjalanan pengguna pengangkutan awam sedia ada.

Jalan sesak, ruang parkir dikorbankan, tapi rakyat disalahkan tak naik LRT/MRT? Salah siapa? 02

Kredit foto: klia2.info

Baru-baru ini, satu laporan khas oleh Astro Awani mengetengahkan keluhan pengguna LRT Sri Rampai susulan perobohan fasiliti parkir bertingkat di sana untuk memberi ruang kepada pembangunan projek pencakar langit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rata-rata pengguna stesen LRT berkenaan tidak berpuas hati dengan keputusan merobohkan fasiliti parkir tersebut kerana kini mereka terpaksa meletakkan kereta di bahu jalan.

Jalan sesak, ruang parkir dikorbankan, tapi rakyat disalahkan tak naik LRT/MRT? Salah siapa? 01

Gambar hiasan. Kredit foto: mStar

Juga baca: MUDA dakwa syarikat jual baju diberi tender baiki eskalator LRT Sri Rampai, DBKL tak mengaku. Siapa betul?

Anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga dikatakan bertindak pantas lagi tuntas dalam kerja menyaman kenderaan-kenderaan pengguna yang tersepit dalam hal ini.

Konflik antara pengangkutan awam dan penggunaan kenderaan persendirian

Jalan sesak, ruang parkir dikorbankan, tapi rakyat disalahkan tak naik LRT/MRT? Salah siapa? 02

Seperti ramai sedia maklum, kesesakan jalan raya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Orang ramai digesa menaiki pengangkutan awam, namun isu perbatuan pertama dan pengakhiran menjadi alasan kuat pengguna untuk menyangkal cadangan berkenaan.

Manakan tidak – perkhidmatan bas perantara perlu lebih efektif, pengguna terpaksa memandu atau berjalan jauh ke stesen LRT/MRT/KTM berhampiran, dan ruang parkir pula terhad di sesetengah kawasan seperti yang berlaku di LRT Sri Rampai.

Jalan sesak, ruang parkir dikorbankan, tapi rakyat disalahkan tak naik LRT/MRT? Salah siapa? 03

Selain itu, rakyat Malaysia pula dianggap terlalu bergantung kepada kenderaan persendirian. Memetik laporan CNA, penganalisa data pengangkutan awam Aziff Azuddin berkata kebergantungan kepada kenderaan persendirian boleh dikaitkan dengan permulaan polisi pembesaran jalan di Malaysia pada tahun 1960-an, diikuti dengan projek kereta nasional pertama iaitu Proton pada awal 1980-an.

Menurutnya, polisi pro-kereta dan perlindungan yang diberi kepada pengeluar kereta nasional menjadikan trend permotoran di Malaysia berkembang pesat dan ini menjurus kepada perancangan urban berteraskan penggunaan kenderaan.

Jalan sesak, ruang parkir dikorbankan, tapi rakyat disalahkan tak naik LRT/MRT? Salah siapa? 04

Ini sedikit sebanyak boleh menjelaskan situasi yang dihadapi pengguna pengangkutan awam dalam isu seperti fasiliti dan keberkesanan bas perantara.

Bas awam juga sering tersekat di dalam kesesakan jalan raya dan terhalang oleh kenderaan diparkir di bahu jalan sehingga mengganggu jadual perjalanan, membuatkan ramai pengguna terpaksa memandu ke stesen rel dan memarkir kereta di kawasan berhampiran.

Juga baca: Muda dan tiada simpanan, adakah kereta satu keperluan di bandar atau hanya kerana masalah perancangan?

Jalan sesak, ruang parkir dikorbankan, tapi rakyat disalahkan tak naik LRT/MRT? Salah siapa? 05

Tidak dinafikan, warga Malaysia di mana saja mereka berada menganggap perjalanan menaiki kenderaan adalah lebih selesa dan selamat berbanding menaiki pengangkutan awam – melainkan mereka yang tinggal di kawasan TOD optimum.

Memandangkan kes seperti di LRT Sri Rampai boleh terjadi lagi jika fasiliti seperti parkir dan bas perantara masih belum diutamakan, berbaloikah jika pelaburan terus-terusan disalurkan ke pembinaan projek rel baharu jika masalah sedia ada masih belum ditangani dengan efektif?

Juga baca: Bukan sebab kereta nasional, pakar ini terangkan kenapa pengangkutan awam di M'sia teruk

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda