window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Iriz 2022 facelift – Baloi bayar RM 7,000 lebih untuk varian Active?

Zamil Syaheer · Aug 31, 2021 11:59 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Varian Proton Iriz 2022
1.3 Standard RM 40,300
1.6 Executive RM 47,100
1.6 Active RM 54,000

Sebagai rangkuman, perubahan yang paling menonjol di bahagian eksterior boleh dilihat pada varian Active baru. Ia mendapat kemasan plastik hitam di keseluruhan badan, rim 16 inci yang lebih besar, rel bumbung, dan lampu depan LED. Varian yang lebih tidak dilengkapi dengan kemasan plastik hitam ala SUV dan juga lampu depan LED.

Proton Iriz 2022 facelift – Baloi bayar RM 7,000 lebih untuk varian Active? 01

Varian Standard menggunakan rim 15 inci dan tiang B mengikut warna badan kereta. Varian Executive pula memperoleh rim 16 inci, DRL LED, dan sayap belakang.

Proton Iriz 2022 facelift – Baloi bayar RM 7,000 lebih untuk varian Active? 02

Kedua-dua varian Executive dan Active dikuasakan oleh enjin 1.6 liter 4-silinder 1.6 liter yang menghasilkan 109 PS / 150 Nm. Varian Standard pula menggunakan enjin 1.3 liter (95 PS / 120 Nm).

Transmisi manual 5-kelajuan tidak lagi ditawarkan, menjadikan CVT daripada Punch sebagai satu-satunya pilihan untuk semua varian.

Juga baca: Hanya CVT, manual pula sudah tiada pada Proton Persona & Iriz – apa sebab?

Proton Iriz 2022 facelift – Baloi bayar RM 7,000 lebih untuk varian Active? 03

Di interior pula, konsol tengah Iriz telah direka semula ia dilengkapi dengan sistem infotainment skrin sentuh 8-inci gaya terapung yang baru.

Varian Standard Iriz dilengkapi dengan unit radio "terapung" dengan sambungan Bluetooth, tetapi ianya bukannya unit skrin sentuh. Sambungan Android Auto / Apple CarPlay tidak ditawarkan.

Proton Iriz 2022 facelift – Baloi bayar RM 7,000 lebih untuk varian Active? 04

Varian Active mempunyai sistem arahan suara yang lebih maju, yang mengawal penyaman udara dan tingkap berkuasa. Semua varian Iriz mendapat paparan penyaman udara digital, walaupun ia masih perlu diselaraskan secara manual. Ia juga dilengkapi dengan penapis N95.

Proton Iriz 2022 facelift – Baloi bayar RM 7,000 lebih untuk varian Active? 05

Varian Active mendapat kemasan merah yang ada di keseluruhan interior, dengan tempat duduk separa kulit dan pedal sports. Varian Standard dan Executive masing-masing dilengkapi dengan kain fabrik dan kulit.

Proton Iriz 2022 facelift – Baloi bayar RM 7,000 lebih untuk varian Active? 06

Mana satu yang patut anda beli? Kami di WapCar -BM mengesyorkan anda untuk membeli varian Executive. Ini kerana varian Standard menggunakan enjin 1.3 yang kurang berkuasa, tempat duduk fabrik yang nampak asas, dan 4 beg udara sahaja.

Proton Iriz 2022 facelift – Baloi bayar RM 7,000 lebih untuk varian Active? 07

Varian Executive. Nampak lebih elegan, setuju?

Varian Executive RM 7,000 lebih mahal berbanding standard, tetapi lebih anda mendapat enjin 1.6 liter yang lebih besar, 6 beg udara, tempat duduk kulit, kemasukan dan permulaan tanpa kunci, dan sistem infotainment skrin sentuh 8-inci yang baru.

Proton Iriz 2022 facelift – Baloi bayar RM 7,000 lebih untuk varian Active? 08

Varian Executive.

Bagi varian Active pula, anda perlu menambah RM 7,000 lagi di atas varian Eksekutif, tetapi penambahannya kebanyakannya kosmetik sahaja. Anda mendapat lampu depan LED dan arahan suara yang mengendalikan tingkap kuasa dan penghawa dingin.

Jika gaya crossover benar-benar menarik bagi anda, kami rasa varian Eksekutif ada semua yang anda perlukan.

Juga baca:

Gambaran dekat: Proton Iriz facelift 2022, varian Iriz Active jadi tumpuan ramai!

Berminat untuk membeli Proton Iriz 2022? Inilah gaji minimum yang diperlukan

Proton Iriz Active: Kos penyelenggaraan RM 3.6k dalam tempoh 5 tahun / 100k km, murah?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda