Proton melancarkan Proton Iriz 2022 facelift beberapa minggu yang lalu. Harga untuk Proton Iriz 2022 baru bermula dari RM 40,300 sehingga RM 54,000 (tanpa SST, sah sehingga 31-Disember 2021).
Persoalannya, berapakah gaji minimum yang anda perlukan sebelum anda memohon pinjaman?
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Berapa jumlah gaji yang perlu saya ada?
Untuk tujuan artikel ini, kami akan menggunakan Proton Iriz Active 1.6 CVT spesifikasi teratas sebagai rujukan.
Varian ini berharga RM 54,000. Setelah memperhitungkan kadar faedah 3.2 peratus dengan pinjaman 9 tahun, bayaran balik bulanan untuk varian ini adalah kira-kira RM 580 sebulan.
Berdasarkan garis panduan yang disyorkan bahawa anda tidak seharusnya membayar lebih dari 20% dari gaji bulanan anda pada pembayaran bulanan kereta, itu adalah gaji bersih minimum sekitar RM 2,900 sebulan.
Dengan kos insurans, penyelenggaraan, tayar, dan kos operasi lain yang berkaitan, perbelanjaan yang berkaitan dengan kereta anda tidak boleh melebihi 30 peratus daripada gaji bulanan anda.
Juga baca: Proton Iriz Active: Kos penyelenggaraan RM 3.6k dalam tempoh 5 tahun / 100k km, murah?
Berikut adalah kadar ansuran bulanan untuk Proton Iriz 2022 untuk tempoh 5-, 7-, dan 9 tahun. Kadar ini telah memperhitungkan kadar faedah 3.2%.
Ansuran bulanan selama 5 tahun |
Varian |
Harga (RM) |
Bayaran bulanan (RM) |
1.3 Standard CVT |
40,300 |
700 |
1.6 Executive CVT |
47,100 |
820 |
1.6 Active CVT |
54,000 |
940 |
Ansuran bulanan selama 7 tahun |
Varian |
Harga (RM) |
Bayaran bulanan (RM) |
1.3 Standard CVT |
40,300 |
530 |
1.6 Executive CVT |
47,100 |
620 |
1.6 Active CVT |
54,000 |
710 |
Ansuran bulan selama 9 tahun |
Varian |
Harga (RM) |
Bayaran bulanan (RM) |
1.3 Standard CVT |
40,300 |
430 |
1.6 Executive CVT |
47,100 |
510 |
1.6 Active CVT |
54,000 |
540 |
Tempoh pinjaman 5 tahun yang lebih pendek adalah pilihan yang lebih bijak. Namun perlu diingatkan bahawa kadar faedah selalu berubah. Memandangkan keadaan kita sekarang, kadar faedahnya sangat rendah tetapi untuk kepastian dengan lanjut, hubungi bank pilihan anda masing-masing.
Juga baca: Jika anda perlukan pinjaman 9 tahun, anda sebenarnya tak mampu beli kereta, dan cuba fahami 'Rule of 78'
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });