Nak menyerlah? Gazoo Racing tawar aksesori menarik untuk Toyota Vios dan Yaris di Malaysia
Mersita · Feb 1, 2022 10:00 AM
0
0
Tahun lalu, Toyota merampas semula takhta jenama kereta bukan nasional No.1 di Malaysia daripada Honda. Seperti yang dijangka, semua ini direalisasikan oleh jualan Toyota Vios, Toyota Yaris, dan Toyota Hilux yang laku keras dikalangan rakyat Malaysia.
Vios menjadi model paling laris bagi jenama itu, manakala Yaris pula menjadi hatchback pilihan ramai.
Bila dah ramai orang beli, mestilah ada banyak kereta yang sama di jalan raya, bukan? Antara cara terbaik untuk membezakan jentera anda dengan yang lain ialah dengan aksesori – antaranya GR Parts dikeluarkan oleh Gazoo Racing.
Buat masa sekarang, alatan ini terhad kepada dua model ini sahaja, dan juga Toyota GR Yaris, seperti yang tertera di bawah:
GR Parts dan Aksesori
GR Yaris Front Spoiler with Rear Extension
Stabiliser Bar (Front Strut Bar & Rear Anti-Roll Bar)
GR Yaris Side Skirt
Sporty Windshield Stripe
GR Yaris Rear Bumper Spoiler
Sporty Body Stripe
GR Yaris Sports Muffler
Sports Muffler Cutter
GR Yaris Interior Panel (Carbon Fibre design)
Illuminated Scuff Plate
GR Tyre Valve Cap
Premium Wheel Hub Nut (Black Chrome)
GR License Plate Lock Bolt
Interior Panel Package (Carbon Fibre Wrap)
GR Push Start Switch Button
TGR Acrylic Plate (Rear)
GR Emblem
TGR Plate Holder and Acrylic Plate (Front)
GR Luggage Mat
Black Top Package (Black Paint)
GR Carpet Mat
Black Wing Mirror Cover (Black Paint)
Semua GR Parts dan aksesori didatangkan dengan waranti setahun.
Para pelanggan boleh memasang produk-produk ini di lima GR Garage dan 39 kedai GR, iaitu pengedar Toyota yang bertanding dalam siri-siri perlumbaan Vios Challenge.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.