Toyota ada 'surprise' pada 17 November - bukan setakat GR Yaris 2021?
Faisal Β· Dec 7, 2020 06:00 PM
0
0
Simpan tarikh ini wahai rakyat Malaysia. UMW Toyota Motor (UMWT) akan mengumumkan sesuatu yang sangat istimewa pada 17 Disember ini pada jam 7.30 pm. Adakah Toyota Malaysia akan melancarkan Toyota GR Yaris 2021?
Pengumuman ini bakal dibuat di laman rasmi beserta di Facebook, Youtube, dan Instagram Toyota Malaysia.
Malah presiden UMWT sendiri menggesa seluruh rakyat malaysia supaya menangguhkan segala urusan untuk menyaksikan acara yang ditunggu-tunggu ini.
Beliau turut berkata bahawa pengumuman yang bakal dibuat secara dalam talian ini akan menjadi sesuatu yang pertama buat Toyota di samping memberikan semangat baru menjelang 2021 memandangkan tahun 2020 telah meninggalkan kesan yang sangat besar buat semua.
Jadi apa yang kita boleh jangkakan?
Memandang terdapat lebih daripada satu pengumuman, kami menjangkakan pelancaran Toyota GR Yaris 2021. Hot hatch yang berpengaruh seperti kereta rally ini telah menerima pelbagai anugerah dan turut dipamerkan di Thailand International Motor Expo 2020 pada minggu lepas.
Namun begitu, hanya 100 unit sahaja yang akan dijual di Malaysia. Setiap satunya dianggarkan berharga RM 330k.
Pengumuman yang kedua mungkin pelancaran Toyota Vios GR Sport dimana ia merupakan versi Toyota Vios yang lebih sporty. Walaupun tidak menampilkan peningkatan dari segi prestasi, model ini memberikan aspek pemanduan yang lebih menyasyikkan.
Buat masa ini, anda hanya perlu menanda tarikh tersebut dan lapangkan jadual anda pada jam 7.30 pm. Pengumuman yang menggunakan acah sebegini sememangnya nampak mendebarkan dan menimbulkan keterujaan di kalangan peminat kereta di Malaysia.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.