window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Prestasi UMWT naik 11%, hampir 30,000 unit Toyota dan Lexus terjual pada Q1 2022 di Malaysia

Mersita · May 11, 2022 06:30 PM

Prestasi UMWT naik 11%, hampir 30,000 unit Toyota dan Lexus terjual pada Q1 2022 di Malaysia 01

UMW Toyota Motor menyaksikan pertumbuhan positif bagi jualan kenderaan Toyota dan Lexus bagi suku pertama 2022 dengan peningkatan 11 peratus pada YTD April 2022 berbanding tahun sebelumnya.

Rekod jualan bagi bulan April 2022 sahaja menunjukkan trend yang positif dan dijangka akan berterusan; apabila 6,868 unit Toyota dan 78 unit Lexus terjual dalam bulan tersebut. Jualan YTD April 2022 merekodkan sejumlah 29,393 unit kenderaan Toyota dan Lexus terjual, dimana 29,138 unit dilariskan oleh kenderaan Toyota sahaja.

Prestasi UMWT naik 11%, hampir 30,000 unit Toyota dan Lexus terjual pada Q1 2022 di Malaysia 02

Lexus RX300

Menurut syarikat itu, peningkatan dalam prestasi jualan YTD ini disumbangkan oleh promosi Hari Raya ‘Bersama Lebih Makna’ yang menawarkan faedah khas bernilai RM 4,000 kepada pelanggan Toyota Vios dan Yaris. Jualan bagi kedua-dua model popular ini meningkat, dan syarikat itu menjangkakan pertumbuhan positif berterusan dengan pelancaran model baharu kelak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Spyshot: Toyota Vios generasi baharu D92A - dibangunkan bersama Perodua, mungkin disebalik samaran ini!

Prestasi UMWT naik 11%, hampir 30,000 unit Toyota dan Lexus terjual pada Q1 2022 di Malaysia 01

Toyota Yaris

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, pihaknya berbesar hati menyambut peralihan ke fasa endemik dan menerima sambutan dari pelanggan terutama sekali ketika sambutan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri.

“Walau dengan pengumuman mengejut Hari Raya yang jatuh sehari lebih awal, semua pusat servis kami sudah bersedia untuk membantu pelanggan bagi perjalanan balik kampung mereka,” tambahnya lagi.

Juga baca: Jualan kenderaan Malaysia S1 2022: Hampir 13% pertumbuhan, Toyota, Nissan, Honda untung besar!

Prestasi UMWT naik 11%, hampir 30,000 unit Toyota dan Lexus terjual pada Q1 2022 di Malaysia 02

2022 Toyota Camry facelift

Selain itu, syarikat itu juga telah menjalankan beberapa program amal seperti Program Titipan Kasih bertujuan untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Bagi menghargai dan mengeratkan hubungan bersama pelanggan, UMW Toyota Motor juga akan menganjurkan ‘Toyota Raya Open House Weekender’ pada 21 - 22 Mei 2022 di semua bilik pameran di seluruh negara.

Acara ini turut menawarkan promosi terbaru dari bulan Ramadhan supaya lebih ramai pelanggan dapat menikmati tawaran hebat dari Toyota.

Juga baca: Kini kedua terlaris, Toyota Corolla Cross bakal naik harga sekitar RM 3k - 5k selepas pengecualian SST

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda