Mitsubishi Triton dan BYD Seal antara 10 yang tersenarai dalam finalis 2024-25 Japan Car of the Year
Faisal · Nov 11, 2024 03:37 PM
0
0
Japan Car of the Year (JCOTY) telah mengumumkan 10 finalis untuk anugerah bagi 2024-25. Sebanyak 31 kereta telah dipilih oleh jawatankuasa JCOTY dan kereta penumpang yang dilancarkan di Jepun dari 1 November - 31 Oktober 2024 sahaja yang layak tercalon.
10 finalis tersebut ialah:
Suzuki Fronx
Toyota Land Cruiser 250
Honda Freed
Mazda CX-80
Mitsubishi Triton
Lexus LBX
BYD Seal
Hyundai Ioniq 5 N
MINI Cooper
Volvo EX30
Antara yang tercalon namun tidak masuk sebagai finalis ialah Honda CR-V e:FCEV, Lexus LM, G60 BMW 5 Series, and Tesla Model 3 Performance.
Untuk makluman anda, pemenang JOCTY 2024-25 akan diumum pada 5 Disember dan akan majlis itu akan ditayangkan di YouTube. Antara pemenang JCOTY sebelum ini termasuklah Toyota Prius (1997-98, 2009-10, 2023-24), Mazda MX-5 (2005-06, 2015-16) dan Honda Civic (1983-84, 1991-92, 1995-96, 2000-01).
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.