Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru sahaja mengumumkan bahawa tempahan buat trak pikap Mitsubishi Triton generasi 2024 telah dibuka. Ia bakal ditawarkan secara import (CBU) dari Thailand dalam 5 varian. Varian permulaan Single Cab hadir dengan harga anggaran RM 102,000. Varian mercu, Double Cab Triton Athlete pula mempunyai harga anggaran RM 170,000.
Menariknya, MMM sedang menawarkan kotak simpan boleh lipat berkapasiti 60L yang bernilai RM 450 untuk 500 pelanggan pertama yang membuat tempahan Triton serba baru melalui Mitsubishi Online Showroom.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Untuk pengetahuan anda, Triton serba baharu membuat debut global di Thailand pada Julai 2023. Secara amnya, model baru ini hadir dengan enjin 2.4L turbodiesel baru (4N16) dengan pilihan output 150 PS/330 Nm, 184 PS/430 Nm atau 204 PS/470 Nm. Penggunaan diesel pula didakwa menawarkan penjimatan antara 5-10% berbanding Triton pendahulu.
Bergantung pada varian, kuasa dihantar ke semua roda (4WD) melalui transmisi 6-kelajuan automatik atau manual. Dalam soal ini, ia diuruskan oleh sistem Super Select 4WD-II (boleh dipandu di jalan biasa hingga ke mod 4H) dengan 7 mod memandu dan limited slip differential (LSD). Satu penambahan baru ialah teknologi Active Yaw Control (AYC) dari Lancer Evolution.
Dari segi ciri keselamatan ADAS, selain Forward Collision Mitigation, Blind Spot Warning, Lane Change Assist dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA), terdapat fungsi baru iaitu Adaptive Cruise Control.
Bagi anda yang belum tahu, Mitsubishi Triton generasi 2024 telah dinobatkan sebagai pemenang buat anugerah rekabentuk iF Jerman. Tidak cukup dengan itu, trak pikap ini juga mendapat skor 5 bintang dalam penarafan keselamatan ASEAN NCAP.
Juga baca:
Mitsubishi Triton 2024 memenangi Anugerah Rekabentuk iF Jerman yang diadili oleh 132 barisan juri!
Mitsubishi Triton 2024 yang akan tiba di Malaysia mendapat skor 5 bintang ASEAN NCAP, keputusan impak sisi yang sempurna
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });