window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia!

Faisal · Oct 25, 2020 02:00 PM

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 01

Slogan “Find your perfect car” merupakan falsafah kami dalam mencadangkan kereta yang terbaik untuk anda. Tidak mengira nilai mahupun kesesuaian, kadangkala pengguna mahukan kenderaan yang unik.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 02

Ketahui pendapat kami dahulu sebelum anda membuat pilihan

Sebagai contoh, memilih Kia Picanto berbanding Perodua Axia ataupun Citroen C3 Aircross berbanding Perodua Myvi.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 03

Antara pembelian melalui hati

Sebenarnya, tidak salah untuk menjadi lain. Malah anda mungkin boleh menjumpai benda dicarikan selama ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 01

Antara pembelian yang selamat

Cuma anda mungkin perlu mengelak daripada 5 kereta kompak dan sedan ini kerana mereka tidak laku sama sekali sehinggakan anda boleh rasa menyesal suatu hari nanti.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 02

Adakah Proton Juara akan berada dalam carta ini?

Carta ini bukanlah berdasarkan analisis angka jualan tetapi bilakah kali terakhir anda melihat kereta berikut?

Segmen A/Model pengenalan: Naza Sutera

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 03

Naza Sutera merupakan kereta buatan Malaysia yang paling teruk. Untuk maklumat anda, Sutera adalah kereta Naza pertama yang tidak dilambang semula daripada sebuah Kia.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 04

Penampilan Naza Sutera lebih baik berbanding Hafei Lobo

Ia dihasilkan berdasarkan Hafei Lobo, sebuah kereta China yang direka bentuk oleh Pininfarina. Menariknya, kereta ini mempunyai suspensi yang ditala oleh Lotus. Ia juga mempunyai enjin 1.1L 4-silinder oleh hasil Kerjasama Mitsubishi, Harbin Aviation, dan syarikat tempatan yang dikenali sebagai MCIC.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 05

Dilancarkan pada tahun 2006, kereta ini bersaing dengan Perodua Kancil dan kemudiannya Viva. Dengan harga RM 35,996 untuk varian GS, ia merupakan alternatif yang cukup menarik.

Kenapa ia tidak laku?

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 06

Sebagai perbandingan, Kancil terasa seperti Rolls Royce manakala Sutera terasa seperti menaiki kereta kuda.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 07

Perkara ini jelas berbeza kerana Kancil dihasilkan berdasarkan syarikat Jepun, Daihatsu. Sutera pula dihasilkan berdasarkan syarikat China, Hafei. Hal ini dibuktikan lagi apabila terdapat banyak aduan yang dilaporkan oleh pemilik walaupun kereta baru berusia 2 bulan.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 08

Naza Forza yang dipertingkatkan

Walau apapun, Naza cuba memperbaiki keadaan dengan melancarkan Naza Forza. Malangnya, prestasi jualan masih teruk sehinggakan mereka terpaksa memberhentikan pengeluaran pada tahun 2011.

Chana Era CV6

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 09

Kereta kedua dalam carta kami ialah sebuah lagi kereta keluaran China iaitu Chana Era CV6. Ia dihasilkan berdasarkan Changan Benben dan dijual oleh Berjaya Auto.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 10

Dilancarkan pada tahun 2009, Era CV6 kelihatan menarik. Kereta kompak yang berharga RM 36,862 ini menggunakan enjin 1.3L daripada Suzuki. Dengan itu, ia mempunyai lebih kuasa berbanding Perodua Viva.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 11

Era CV6 juga didatangkan dengan varian Premium yang berharga RM 40,888. Varian ini dilengkapi dengan ABS, beg udara pemandu, pemain CD, power window, dan roda aloi. Macam berbaloi, bukan?

Kenapa ia tidak laku?

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 12

Walaupun harganya seperti Perodua Viva, rakyat Malaysia belum yakin untuk membeli kereta buatan China lebih-lebih lagi yang berharga murah sebegini.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 13

Dari segi kualiti, kereta ini terasa murah kerana ia mempunyai mutu dan bahan binaan yang teruk. Dengan komponen yang terdedah serta plastik yang tidak sekata, anda boleh terasa bahawa kereta ini boleh roboh pada bila-bila masa sahaja.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 14

Tambahan pula, kereta ini mempunyai taraf keselamatan Chinese New Car Assessment Program (C-NCAP) yang tercorot sebanyak 2/5 bintang atau 18/50. Skor sebegini tidak meyakinkan rakyat Malaysia sama sekali.

Sedan segmen B: Chery A160

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 15

Untuk pengetahuan anda, pengalaman kereta China pertama di Malaysia dimulakan pada tahun 2005 melalui Chery A160.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 16

Dengan harga RM 61,519, ia bersaing terus dengan Proton Waja. Bukan setakat memiliki spesifikasi yang serupa, malah ia didatangkan dengan brek ABS dan 2 beg udara sebagai standard.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 17

Kereta ini turut mempunyai enjin 1.6L Tritec yang dibangunkan oleh Chrysler dan BMW di Brazil. Menariknya, enjin ini juga digunakan pada MINI Cooper generasi pertama. Ini bermaksud anda memiliki sedan MINI dengan harga yang lebih murah!

Kenapa ia tidak laku?

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 18

Walaupun mempunyai enjin MINI, A160 tidak tahan sama sekali. Malah ia telah menjadi isu apabila pusat servis tidak mempunyai alat ganti yang mencukupi kerana ia susah untuk dicari.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 19

Dari segi kualiti pula, tidak dinafikan bahawa Waja agak teruk tetapi A160 tidak boleh dipercayai sama sekali. Antaranya seperti air yang boleh masuk ke dalam kabin dan beberapa bahagian yang mudah tercabut.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 20

Untuk maklumat anda, Chery A160 merupakan antara kereta China pertama yang dieksport ke luar negara. Malangnya, sebuah penerbit automotif Russia telah mengenakan ujian kemalangan terhadap kereta ini (turut dikenali sebagai Amulet di Russia). Keputusannya, anda boleh lihat sendiri di dalam video ini.

Bayangkan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan sewaktu memandu Chery A160 ini. Dengan beg udara sekalipun, tidak mungkin anda boleh terselamat. Untuk pengetahuan anda, video ini telah menjejaskan persepsi pembeli terhadap tahap keselamatan kereta China selama bertahun.

Sedan segmen C: Chery A5

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 21

Walaupun dengan sambutan yang hambar pada A160, Chery tidak menyerah kalah.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 22

Malah mereka telah mengeluarkan Chery A5 yang dihasilkan berdasarkan Seat Toledo.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 23

Di Malaysia, Chery A5 didatangkan dengan enjin 2.0L 4-silinder untuk bersaing dengan Honda Civic dan Toyota Corolla Altis. Menariknya, ia hanya berharga RM 95,888.

Kenapa ia tidak laku?

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 24

Kereta China yang terkenal dengan isu kualiti sememangnya tidak lari daripada Chery A5 ini. Selain itu, ia lemah dari segi pemasaran dan iklan.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 25

Untuk pengetahuan anda, semua kereta China yang telah kami senaraikan ini tidak mempunyai kereta uji pandu sama sekali. Barangkali mereka takut jikalau pihak media mengritik kereta mereka dimana hal ini boleh menjejaskan tarikan pembeli.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 26

Pengedar Malaysia, Chery Alado Automobile mensasarkan jualan sebanyak 100 unit setiap bulan. Disebabkan tidak ramai yang tahu dan keraguan pembeli terhadap enjin buatan sendiri, jualan Chery A5 boleh dikira dengan jari tangan sahaja.

Eksekutif: Ssangyong Chairman

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 27

Akhirnya, kita beransur kepada jenama yang lebih dikenali. Untuk maklumat anda, Ssangyong turut dikenali sebagai Mercedes-Benz Korea. Realitinya, mereka sememangnya rakan sekerja.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 28

Masihkah anda ingat?

Jenama ini dirasmikan di Malaysia sejak tahun 90-an. Dengan sambutan yang agak baik, mereka melancarkan Ssangyong Chairman sebagai abang sulung dalam jenama tersebut.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 29

Menariknya, kereta ini kelihatan seperti Mercedes S-Class W140 tetapi ia sebenarnya berkongsi platform dengan Mercedes E-Class W210. Malah ia juga menggunakan enjin Mercedes seperti 3.2L 6-silinder sebaris, 2.8L 6-silinder sebaris, dan 2.3L 4-silinder.

Kenapa ia tidak laku?

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 30

Kereta ini mempunyai nilai jualan semula yang cukup teruk dimana jenama ini tidak mempunyai harga sama sekali. Walaupun ianya sebuah Mercedes yang lama, pembeli tidak tertarik sama sekali.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 31

Sewaktu pengeluaran, ia berharga sekitar RM 168,000 hingga RM 208,000. Barangkali Mercedes-Benz W210 lebih mempesonakan kerana jenama yang dipertontonkan sememangnya kelihatan lebih gah.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 32

Sekiranya Mercedes dan Ssangyong dibandingkan sekalipun, mudah untuk menentukan siapa lebih menarik di antara mereka.

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia! 33

Inilah senarai kereka kompak dan sedan yang paling tidak laku di Malaysia. Untuk episod seterusnya, adakah anda inginkan senarai kereta SUV dan MPV yang paling tidak laku pula?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda