Julai yang lalu telah berlangsungnya pelancaran Tesla di Malaysia melalui Tesla Model Y. Bagi anda yang belum tahu, pembeli ditawarkan dengan tiga varian (CBU China) yang harga mulanya tidak sampai RM 200,000 seperti di bawah:
- RWD - RM 199,000
- Long Range AWD - RM 246,000
- Performance AWD - RM 288,000
Secara standard, kabin untuk ketiga-tiga Tesla Model Y menggunakan bahan kulit Vegan berwarna hitam dan terdapat ciri bumbung panoramik, infotainment tanpa kluster bersaiz 15 inci, pengecas nirwayar kembar dengan 4 port USB-C, sistem audio 13 pembesar suara dengan 1 subwoofer dan 2 amplifier dan sistem penapis udara HEPA dengan Bioweapon Defense Mode.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Berkenaan praktikaliti, kapasiti but belakang Tesla Model Y adalah seluas 854 liter dan terdapat juga frunk di depan yang sebesar 117 liter.
Dalam aspek prestasi, angkanya adalah seperti berikut:
- RWD - 347 PS/420 Nm, 0 - 100 km/j dalam masa 6.9 saat (kelajuan tertinggi pada 217 km/j), bateri LFP berkapasiti 57.5 kWj, jarak pandu 430 km (WLTP)
- Long Range AWD - 514 PS/493 Nm, 0 - 100 km/j dalam masa 5 saat (kelajuan tertinggi pada 217 km/j, bateri NMC berkapasiti 75 kWj, jarak pandu 533 km (WLTP)
- Performance AWD - 534 PS/660 Nm, 0 - 100 km/j dalam masa 3.7 saat (kelajuan tertinggi pada 250 km/j), jarak pandu 514 km (WLTP)
Dari segi pengecasan pula, Tesla Model Y hadir dengan jenis AC sehingga 11 kW. Untuk DC pula, varian RWD menyokong sampai 170 kW, manakala varian Long Range dan Performance boleh pergi sampai 250 kW.
Juga baca: RM 1.25/kWj, Supercharger di Pavilion KL dah boleh diguna tapi untuk anda yang pandu Tesla sahaja!
Soal kelengkapan, anda boleh menambah pilihan warna yang lebih anda minat untuk eksterior dan interior, rim lebih besar dan menaik taraf ciri Autopilot kepada Enhanced atau Full Self-Driving (FSD), mengikut ada yang tertera dalam konfigurator.
Secara amnya, Tesla Model Y datang dengan waranti 4 tahun/80,000 km dan waranti bateri selama 8 tahun/160,000 km. Varian Long Range dan Performance pula mendapat waranti bateri tambahan sehingga 192,000 km, dengan syarat kapasiti bateri masih 70% dan ke atas.
Untuk membeli, anda boleh membuat tempahan dengan bayaran RM 1,000 (tidak boleh dipulangkan) dan penyerahan akan berlangsung pada awal 2024. Mereka yang menempah selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2023 akan mendapat pengecas wallbox Tesla Wall Connector (AC Type 2) secara percuma yang bernilai RM 2,880.
Jadi, varian mana yang menjadi pilihan anda dan apa kelengkapan yang anda akan pilih?
Juga baca: Malaysia lancar Tesla Model Y - dari RM 199k, cecah 534 PS/660 Nm, jarak pandu sehingga 533 km!
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });