window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion

Mersita · Jul 31, 2022 02:00 PM

Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion 01

  • Sirion hanya RM 300 lebih mahal daripada varian tertinggi Brio di Indonesia
  • Tapi, Brio kalahkan jualan Sirion 16 kali lebih tinggi pada 2021
  • Pembeli di Indonesia ada lebih banyak pilihan dalam pasaran kereta serba baru

Daihatsu Sirion 2022 merupakan usaha terakhir bagi menarik perhatian pembeli dari bilik pameran Honda Brio di Indonesia, walaupun kedua-dua kereta ini tergolong dalam segmen yang berbeza. Brio, terutama sekali varian tingginya, dijual pada harga yang hampir sama dengan kembar Perodua Myvi itu.

Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion 02

Dalam pasaran dimana kenderaan 7 tempat duduk jadi raja, Brio secara konsistennya tergolong antara 10 kereta paling laris di sana setiap bulan. Malah, ia menjadi punca berakhirnya kegemilangan Toyota Avanza sebagai kereta paling laris di Indonesia pada tahun 2020 walaupun kenderaan jenis hatchback tidak digemari di Republik itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion 01

Menurut data jualan GAIKINDO pada 2021, Honda berjaya menjual 15,019 unit Brio RS, manakala hanya 900 unit Daihatsu Sirion terjual pada tahun sama. Oleh yang demikian, memang amat sukar bagi Sirion untuk menembusi carta top 20 kerana ia hanya boleh didapati dalam dua varian sedangkan Brio ada tujuh varian.

Juga baca: Daihatsu Sirion 2022 facelift dilancarkan di Indonesia - dari RM 69k, kembar Myvi tapi ada Apple CarPlay/Android Auto!

Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion 02

Brio dikategorikan sebagai Low Cost Green Car (LCGC), segmen paling kecil dari segi saiz, serupa dengan segmen A. Pesaingnya termasuklah Toyota Agya dan Daihatsi Ayla, bersaudara dengan Perodua Axia.

Harga jualan Brio adalah antara IDR 155.7 juta hingga IDR 235.9 juta (~RM 47k – RM 72k). Manakala, Sirion paling mahal berharga IDR 236.8 juta (~RM 72k) bagi varian R tertinggi; menjadikannya setaraf  dengan varian tertinggi Brio iaitu RS CVT Urbanite Edition dari segi harga.

Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion 03

Walaupun segmennya berbeza, pembeli di Indonesia nampak gayanya tidak mengendahkan aspek ini apabila membandingkan Brio dan Sirion. Sirion boleh dikatakan satu segmen lebih tinggi di atas Brio, namun jika dibandingkan harganya yang lebih kurang sama, Honda tampil lebih menarik dan berbaloi.

Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion 04

Perbandingan Ukuran
Model Daihatsu Sirion Honda Brio
Panjang (mm) 3,895 3,815
Lebar (mm) 1,735 1,680
Tinggi (mm) 1,525 1,485
Jarak Roda (mm) 2,500 2,405

Walaupun Sirion dikuasakan oleh enjin 1.3 liter yang lebih besar (95 PS/119 Nm), perbandingan janaan kuasanya dengan enjin 1.2 liter Brio (90 PS/110 Nm) tak jauh bezanya. Begitu juga dengan ukurannya dimana Sirion hanya lebih besar sedikit berbanding Brio walaupun Sirion dikategorikan sebagai hatchback segmen B yang lebih besar.

Juga baca: Menjelang pelancarannya pada Julai, Perodua Myvi 2022 baharu dikesan di Indonesia, 1.3L sahaja

Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion 05

Antara kedua-dua model ini, Brio RS Urbanite Edition tampil lebih ‘sporty’ dari aspek visual berbanding Sirion. Rupa hadapannya nampak lebih garang dan ia diberi ‘spoiler’ besar di belakang berserta ‘bodykit’ lebih ranggi berbanding Sirion R.

Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion 06

Kalaulah Daihatsu perkenalkan ‘bodykit’ Gear Up Myvi di pasaran Indonesia, bolehkah ia beri kelebihan pada Sirion?

Juga baca: Perodua Myvi facelift dah padu tapi tak cukup lengkap? Dapatkan terus aksesori rasmi Gear Up

Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion 07

Ruang but Brio

Selain daripada transmisi dan saiz rim, kedua-dua hatchback ini setaraf dari segi kemudahan dan kelengkapan. Brio menawarkan antara ruang but paling besar dalam kelasnya, manakala tempat duduk Sirion boleh dilaraskan bagi memaksimakan ruang kabinnya.

Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion 08

Bagaimanapun, ada sebabnya mengapa Sirion sejuta rupiah (~RM 300) lebih mahal. Varian tinggi kedua-dua hatchback ini disertakan sekali dengan infotainment berskrin sentuh, namun Apple CarPlay dan Android Auto adalah kelengkapan standard di dalam Sirion sedangkan Brio RS hanya ada sambungan Bluetooth dan USB.

Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion 09

Perlu diingatkan yang sambungan CP/AA tiada di dalam Myvi yang menggunapakai Perodua Smart Link – hanya padan dengan peranti Android. Tapi, jangan risau, kerana Alza generasi baharu sudahpun menerima naiktaraf ini dan tak lama lagi ia akan turut ‘melarat’ ke Myvi baru.

Juga baca: Video: Sekilas pandang Perodua Alza 2022 D27A & 10 ciri baru yang 'best' pada MPV marhaen ini!

Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion 10

Satu lagi kelengkapan yang ada pada Sirion tapi tiada pada Brio (mahupun Myvi) ialah penapis ion. Fungsi ini boleh diaktifkan menerusi satu punat yang dahulunya digunakan untuk fungsi lampu tinggi automatik (AHB) di dalam Myvi. Walaupun kembar Indonesianya ini tidak disertakan dengan ADAS, ia masih lagi dilengkapi dengan lebih banyak kelengkapan keselamatan berbanding Brio.

Juga baca: Perodua Myvi facelift 2022 vs Daihatsu Sirion di Indonesia - Sama ke, atau sedikit berbeza?

Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion 11

Walaupun pada trim tahap tertinggi, kelengkapan keselamatan Brio hanya pada tahap asas saja merangkumi 2 beg udara, serta ABS dan EBD. Jika dibandingkan, Sirion dilengkapi dengan 4 beg udara, kawalan cengkaman, hill-start assist, dan ISOFIX selain daripada ABS dan EBD.

Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion 12

Para pembeli di Indonesia memang dimanjakan dengan banyak pilihan yang pelbagai berbanding pasaran Malaysia bagi kereta baru. Walaupun Sirion mempunyai kelengkapan yang lebih banyak berbanding Brio dalam kemaskini terbarunya, ini mungkin belum mencukupi bagi melonjakkan populariti Daihatsu di Indonesia jika dibandingkan dengan kembarnya yang ‘King’ di Malaysia.

Juga baca: Kenapa Perodua Myvi tak laku di pasaran luar negara?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda