window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Camry facelift 2022 dilancar ke Thailand, enjin Dynamic Force bakal menanti Malaysia?

Faisal · Nov 4, 2021 09:00 AM

Toyota Camry facelift 2022 dilancar ke Thailand, enjin Dynamic Force bakal menanti Malaysia? 01

Tidak sampai seminggu sejak dilancarkan ke Indonesia, kini giliran Thailand pula untuk merasmikan Toyota Camry facelift 2022. Dari segi teknikal, Camry spec Thailand kini datang dengan enjin Dynamic Force 2.5L yang mana ia ditawarkan dengan jenis petrol dan hibrid.

Juga bacaToyota Camry Hybrid facelift 2021 tiba di Indonesia, 10 peratus lebih murah berbanding dulu!

Toyota Camry facelift 2022 dilancar ke Thailand, enjin Dynamic Force bakal menanti Malaysia? 02

Model Camry sebelum facelift.

Disebabkan Camry spec Malaysia yang ada sekarang diimport dari sana, kemungkinan besar kemaskini yang diperlihatkan ini mirip apa yang bakal ditawarkan untuk pasaran kita kelak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Camry facelift 2022 dilancar ke Thailand, enjin Dynamic Force bakal menanti Malaysia? 01

Enjin Dynamic Force 2.5L.

Dari segi penawaran, Camry facelift spec Thailand tampil dengan varian 2.5 Sport dan 2.5 Premium. Kedua-duanya hadir dengan enjin 2.5L A25A-FKB yang menghembuskan 209 PS dan 250 Nm tork.

Juga baca: Toyota Camry facelift 2022 bakal dilancarkan ke Malaysia dengan enjin Dynamic Force?

Toyota Camry facelift 2022 dilancar ke Thailand, enjin Dynamic Force bakal menanti Malaysia? 02

Model hibrid pula ditawarkan dengan varian 2.5 HEV Premium dan 2.5 HEV Premium Luxury. Enjin yang digunakan adalah unit 2.5L A25A-FXS yang menghasilkan 178 PS dan 221 Nm tork. Ia digabungkan dengan motor elektrik yang menjana 120 PS dan 202 Nm tork.

Camry yang berkuasa petrol konvensional dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan manakala Camry Hybrid menggunakan jenis E-CVT.

Toyota Camry facelift 2022 dilancar ke Thailand, enjin Dynamic Force bakal menanti Malaysia? 03

Dari segi penampilan, Camry facelift memperlihatkan trim krom yang lebih banyak, gril depan yang baru dan rim 18 inci yang direka bentuk semula.

Toyota Camry facelift 2022 dilancar ke Thailand, enjin Dynamic Force bakal menanti Malaysia? 04

Pembaharuan pada bahagian interior pula merangkumi bahan kulit yang baru, infotainment 9 inci jenis terapung dan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Juga bacaToyota Camry tak cukup 'terbaik'? Ini 3 perkara yang wajib ada pada model facelift 2021 nanti

Toyota Camry facelift 2022 dilancar ke Thailand, enjin Dynamic Force bakal menanti Malaysia? 05

Sama seperti spec Indonesia, Camry facelift di Thailand juga datang dengan sistem keselamatan Toyota Safety Sense (TSS 2.0). Antara pembaikan keselamatan yang diterapkan termasuklah ciri Pre-Collision System (PCS) yang mana ia juga berupaya mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal. Sistem Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) juga diperbaharui dengan Curve Speed Reduction.

Toyota Camry facelift 2022 dilancar ke Thailand, enjin Dynamic Force bakal menanti Malaysia? 06

Apa yang lebih menarik buat Camry di Thailand adalah penawaran pakej gaya Modellista yang bermula pada 41,000 THB (~RM 5,100).

Toyota Camry facelift 2022 dilancar ke Thailand, enjin Dynamic Force bakal menanti Malaysia? 07

Bercakap mengenai harga, Camry facelift di Thailand bermula dari 1,475,000 THB (~RM 184,000) untuk varian petrol. Varian hibrid pula ditawarkan pada 1,659,000 THB (~RM 207,000).

Toyota Camry facelift 2022 dilancar ke Thailand, enjin Dynamic Force bakal menanti Malaysia? 08

Dengan pasaran Indonesia dan Thailand yang menerima enjin Dynamic Force, agak logik sekiranya Malaysia ikut jejak langkah yang sama. Awal tahun ini, UMW Toyota melaporkan bahawa mereka mungkin melancarkan Camry facelift pada suku keempat tahun 2021 tetapi dengan kekangan pandemik yang telah melanda, tidak mustahil kalau ia ditetapkan untuk awal tahun 2022.

Juga bacaUMW Toyota bakal melancarkan Camry ‘facelift’ dan model GR baru pada suku ke-4 2021!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda