window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru?

Mersita · Dec 11, 2020 08:00 PM

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 01

Ingat tak masa awal 2000 apabila Nissan di Malaysia boleh bersaing sengit dengan raja pada era itu seperti Toyota dan Honda?

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 02

Almera 2020

Nissan Almera 2020 boleh dikatakan membuatkan kita mengimbau kembali pada masa itu (ia pilihan yang cukup menarik, boleh baca rebiu di sini). Tapi, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mungkin boleh buat untung dengan lebih banyak lagi dengan Nissan X-Trail 2021 serba baru nanti.

Salah kereta ke? Katanya Nissan Rogue

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 01

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu, inilah dia Nissan X-Trail generasi T33 yang akan datang tak lama lagi. Ia dipanggil Rogue di Amerika Syarikat dan dijual secara global sebagai X-Trail. Ini bukanlah berita baru – ia telahpun dipasarkan sebegini sejak model generasi keduanya diperkenalkan (T32, dilancarkan pada 2013).

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 02

Supaya senang faham, kami akan gunakan nama X-Trail saja dari sini.

Apa yang baru pada X-Trail 2021 nanti?

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 03

Pastinya rupa barunya! X-Trail generasi T33 digayakan dengan rupa yang lebih tajam – meninggalkan garisan-garisan lembut yang digayakan pada generasi sekarang.

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 04

Muka hadapannya nampak lebih kurang seperti Mitsubishi Xpander 2020 dengan rekaan dua-tingkatnya, lampu hadapan LED yang berkotak dan mengapit gril V-Motion yang direka semula, antaranya.

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 05

Rim dwi-tona dikekalkan tapi dengan sedikit perubahan pada rekaan. Bahagian belakangnya juga telah direka-semula untuk tampak lebih lebar.

Adakah ia akan dibina atas chassis yang serba baru?

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 06

Jawapannya tidak. X-Trail baru nanti akan dibina di atas platform CMF-CD yang sama, serupa seperti model-model yang sedang dijual sekarang. Tapi, yang lain-lain semua baru.

Apakah enjin dan transmisi yang akan digunapakai dalam X-Trail 2021?

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 07

Enjin baru yang dipasang pada X-Trail pasaran AS diberi kod nama PR25DD. Ia adalah enjin petrol 2.5 liter, ‘naturally aspirated’ dengan 4 silinder yang menjana kuasa kuda 183 PS dan tork 245 Nm, dipadankan dengan CVT.

Hebat? Apa kelengkapan lain yang ada?

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 08

Menurut selera konservatif orang Malaysia, ETCM mungkin akan mengelakkan warna-warna terang dan memilih warna-warna yang lebih gelap.

Kami rasakan yang perekanya mereka kereta ini dengan ciri-ciri seperti mewah dan elegan sepanjang proses rekaannya. Sebagai antitesis bagi ruang dalaman utilitarian pada generasi sekarang, X-Trail baru nanti akan diberi beberapa kelengkapan pilihan.

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 09

Kelengkapan ruang dalamannya termasuklah kluster instrumen LCD, paparan skrin infotainmen sehingga 9 inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, dan juga sistem suara Bose.

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 10

Yang lebih penting lagi, X-Trail baru nanti akan diberi kerusi memori, paparan atas-kepala (HUD), dan tombol gear ‘shift-by-wire’ – semuanya yang tiada pada model terdahulu.

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 11

Ia juga didatangkan dengan ruang but yang besar berkapasiti 895 liter dengan tempat duduk barisan kedua didirikan. Ini adalah peningkatan sebanyak 345 liter berbanding X-Trail yang sekarang!

Betapa selamatkah X-Trail baru nanti?

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 12

X-Trail pasaran AS nanti akan dilengkapi suite ADAS Nissan Safety Shield yang merangkumi:

  • Brek kecemasan berautonomi dengan pengesan pejalan kaki (AEB)
  • Amaran perlanggaran hadapan (FCW)
  • Amaran titik-buta dengan amaran trafik lintasan belakang (BSM, RCTA)
  • Amaran keluar lorong (LDW)
  • ‘High-beam’ auto (AHB)
  • Pengesan penanda lalu lintas (TSR)

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 13

Cukup selamat untuk anda?

Ia juga akan didatangkan dengan 10 beg udara dan sistem pembrekan anti-kunci (ABS) dengan pengedaran daya brek elektronik (EBD).

Siapakah pesaingnya?

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 14

Dari segi saiz atau dimensi, X-Trail generasi T33 tidak banyak bezanya dengan model yang dijual sekarang:

Dimensi Nissan X-Trail 2021 vs X-Trail 2019
Model Nissan X-Trail 2021 (T33) Nissan X-Trail 2019 (T32)
Panjang (mm) 4,648 4,690
Lebar (mm) 1,839 1,820
Tinggi (mm) 1,689 1,740
Jarak Roda (mm) 2,705  2,705

Oleh itu, X-Trail akan bersaing di pasaran di samping Proton X70, Honda CR-V, dan Mazda CX-5.

Bila kita boleh jangkakan pelancaran Nissan X-Trail 2021 di Malaysia?

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 15

X-Trail 2021 baru sahaja mula dijual di Amerika Utara. Kereta pasaran pemanduan sebelah kanan tidak dijangka untuk diperkenalkan pada tahun hadapan (X-Trail generasi T32 masih dijual di Jepun). Oleh itu, orang Malaysia boleh jangkakan kehadiran X-Trail baru sekitar tahun 2022 atau 2023.

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 16

Walaubagaimanapun, X-Trail generasi terkini sudah digugurkan dari pasaran Thailand. Jika mereka boleh dapatkannya tahun hadapan, peluang bagi kita akan jadi lebih cerah.

Ada rebiu untuk X-Trail generasi terkini atau tak?

Nissan X-Trail 2021 – Patutkah anda tangguh tempahan Honda CR-V dan tunggu X-Trail baru? 17

X-Trail yang kini dijual di pasaran Malaysia

Ya, kami ada rebiunya dan kami rasakan yang ia tidak mendapat perhatian yang sepatutnya dari orang ramai. Setuju atau tidak? Baca rebiu kami dan tonton videonya. Dah sudah, jom berdebat dengan kami pula di ruang komen.

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda