window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tan Chong akan melancarkan 2023 Nissan X-Trail baharu (T33), penampilan pertama ASEAN di... Singapura!

Haris · Jan 11, 2023 08:00 PM

Tan Chong akan melancarkan 2023 Nissan X-Trail baharu (T33), penampilan pertama ASEAN di... Singapura! 01

Nissan X-Trail generasi baharu (T33) 2023 akan membuat kemunculan sulung di Asia Tenggara ketika acara Singapore Motor Show hujung minggu ini. Pengedar Nissan Singapura, Tan Chong Motor Sales akan menjadi pengedar Nissan pertama di rantau ini yang melancarkan X-Trail generasi T33 terbaharu.

Tan Chong Motor Sales ialah anak syarikat Tan Chong International Limited (TCIL) yang tersenarai di bursa saham Hong Kong. Ia juga pemilik kepada TC Subaru, pengedar Subaru di Malaysia.

Tan Chong akan melancarkan 2023 Nissan X-Trail baharu (T33), penampilan pertama ASEAN di... Singapura! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jangan disamakan dengan pengedar Nissan di Malaysia iaitu Edaran Tan Chong Motor (ETCM), yang merupakan anak syarikat Tan Chong Motor Holdings yang tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia, Tan Chong di Singapura beroperasi bebas daripada "sepupunya" di Malaysia.

Nissan X-Trail pasaran Singapura akan dilancarkan dengan sistem pemanduan hibrid siri e-Power milik Nissan. Tidak seperti Toyota Corolla Cross Hybrid yang menawarkan hibrid siri selari atau Honda City e:HEV RS, Nissan X-Trail e-Power dengan enjin 3-silinder 1.5 liter KR15DDT tidak memacu roda, tetapi berfungsi sebagai penjana (generator) untuk mengecas semula bateri voltan tinggi 1.8 kWj.

Tan Chong akan melancarkan 2023 Nissan X-Trail baharu (T33), penampilan pertama ASEAN di... Singapura! 01

Motor elektrik BM46 yang menghamburkan 204 PS dan 330 Nm mampu memacu sama ada roda depan atau keempat-empat roda (spesifikasi pacuan untuk Singapura belum diumumkan). Ia didatangkan dengan teknologi e-4ORCE AWD yang dipinjam daripada Nissan Ariya EV, juga akan dilancarkan di pameran yang sama.

Baca: Japan CoTY 2022 - 2023; Honda Civic, BMW iX, Hyundai Ioniq 5 dan Nissan X-Trail antara pemenang!

Tan Chong akan melancarkan 2023 Nissan X-Trail baharu (T33), penampilan pertama ASEAN di... Singapura! 02

Anda boleh menggambarkan teknologi e-Power sebagai kenderaan elektrik yang membawa penjana (generator) berkuasa petrolnya sendiri. Susunan ini membolehkan enjin beroperasi pada julat kelajuan enjin optimum yang telah ditetapkan, sekaligus mencatatkan penggunaan bahan api terendah tanpa mengira kelajuan kenderaan.

Bagi Malaysia, Nissan X-Trail generasi T32 dijangka akan beroperasi sekurang-kurangnya setahun lagi. Boleh didapati dalam 5-penumpang hibrid atau 7-penumpang. 

Harga bermula dari RM 136,888 untuk Nissan X-Trail 7-penumpang 2.0L 2WD varian pengenalan, menjangkau kepada RM 161,888 untuk X-Trail 7-penumpang 2.5L 4WD. Varian hibrid X-Trail 2.0L 5-penumpang pula bermula dari RM 159,888.

Baca: 33 imej Nissan X-Trail (T33) generasi baharu sebelum tiba di Malaysia! Boleh lawan CR-V dan X70?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Nissan X-Trail 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda