Ketika beberapa pengeluar lain menikmati tempoh pengecualian cukai dengan peningkatan penjualan, tidak semua pengeluar turut menerima nasib yang sama. Oleh yang demikian, penstrukturan semula dalam perniagaan dijangka bakal berlangsung.
Ketika beberapa pengeluar lain menikmati tempoh pengecualian cukai dengan peningkatan penjualan, tidak semua pengeluar turut menerima nasib yang sama. Oleh yang demikian, penstrukturan semula dalam perniagaan dijangka bakal berlangsung.
Naza Group dilaporkan bakal melepaskan 2 jenama di bawah edaran mereka iaitu Kia dan Peugeot. Laporan oleh NST turut mendakwa bahawa terdapat persaingan 3 penjuru antara Bermaz Auto Berhad (pengedar Mazda), Sime Darby Berhad (pengedar BMW) dan Kumpulan Berjaya.
Berjaya Group telah disahkan membawa jenama MG melalui MG Berjaya.
Walaubagaimanapun, terdapat spekulasi bahawa pengedar paling sesuai untuk kedua-dua jenama tersebut adalah Bermaz Auto.
Hal ini diperkuatkan lagi dengan wawancara oleh BFM dengan Dato’ Francis Lee, CEO Bermaz Auto yang mengesahkan bahawa Bermaz bercadang untuk membawa beberapa jenama lain dibawah naungan Bermaz selain daripada Mazda.
Di samping itu, Naza Group dilaporkan dalam proses penjualan cawangan Kia kepada pengusaha, menurut satu sumber. Selain itu, sumber tersebut turut mengatakan bahawa bekas eksekutif atasan sebuah firma dana tempatan yang besar telah ditugaskan untuk melaksanakan proses tersebut.
Naza Group memiliki hak pengedaran beberapa jenama kereta di Malaysia. Jenama Peugeot diedarkan oleh syarikat Nasim Sdn Bhd manakala jenama Citroen dan DS diedarkan dibawah syarikat Naza Euro Motors Sdn Bhd.
Bagi jenama Korea Selatan di bawah naungan mereka pula, Kia diedarkan oleh Naza Kia Malaysia Sdn Bhd.
Selain dari itu, Naza Group juga dilaporkan dalam perbincangan untuk membawa masuk semula jenama Suzuki yang terpaksa keluar dari pasaran Malaysia ekoran daripada perjanjian sebelum ini.
Sumber: NST
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2021 Peugeot 3008 Allure
Upgrade
Add your car