Berjaya Corp Bhd (BCorp) telah mengumumkan pengakhirannya sebagai pengedar sah jenama kenderaan Peugeot bersama Berjaya Auto Alliance Sdn. Bhd. Ianya kini dimiliki oleh Bermaz Auto (BAuto), BAASB dan baki pemegang saham yang tidak didedahkan dengan nilai RM 6.67 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berjaya Group, Jalil Rasheed menjelaskan pelepasan saham tersebut adalah langkah terbaik syarikat dalam mengendalikan pelaburan aset bukan teras.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
“Dengan kehadiran BAuto di dalam BCorp Group sebelum ini, kami percaya akan kebolehan mereka mengendalikan Berjaya Auto.” kata beliau.
“Keupayaan dan kepakaran Bermaz dalam industri automotif tidak dinafikan terutamanya melalui kejayaan dan rekod cemerlang mereka mengendalikan Mazda. Kami percaya dan yakin bahawa mereka mampu membawa membawa kejayaan yang sama kepada Peugeot.” kata Jalil lagi.
BAASB ditubuhkan tahun lepas sebagai pengedar sah jenama kenderaan Peugeot (dan juga khidmat selepas jualan/bisnes alat ganti jenama Citroen dan DS Automobiles) menggantikan Naza.
Juga baca: Berjaya Auto Alliance: Pemilik Peugeot diminta mengemaskini maklumat di laman rasmi
BAASB pada asalnya merupakan sebuah syarikat kerjasama antara Berjaya Corp dan Bermaz Auto. BAASB memegang 51% saham syarikat, manakala Bermaz Auto sebanyak 20% dan baki lain dimiliki oleh pemegang saham yang lebih kecil.
Bermaz Auto juga mendedahkan mereka akan memperoleh lebihan saham sebanyak 35% daripada BAASB bernilai RM 4.58 juta.
Secara tidak langsung, Bermaz Auto kini memiliki 55% pegangan saham BAASB menjadikannya anak syarikat kepada Bermaz Auto.
Bermaz Auto juga merupakan pemilik DinamikJaya Motors, pengedar kenderaan jenama KIA, yang dimiliki oleh Naza sebelum ini.
Juga baca: Spyshot: Peugeot 2008 2021 serba baru di Malaysia - pelancaran Berjaya Auto Alliance yang pertama?
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });