Pisang goreng panas, Proton X50 'tapau' 20,000 tempahan dalam masa 2 minggu
Mersita · Oct 3, 2020 06:10 PM
0
0
Tahniah, rakyat Malaysia. Proton X50 terbukti tersangatlah popular dan berjaya membuatkan ramai tak tidur malam apabila Proton melaporkan yang model SUV Proton terbaru ini berjaya mengumpul lebih 20,000 tempahan dalam masa 2 minggu selepas tempahan dibuka.
Proton X50 mula ditontonkan kepada orang awam pada 15 September 2020 dan tempahan dibuka dengan fi hanya sebanyak RM 500. Proton mempunyai sasaran jualan sebanyak 4,000 unit sahaja untuk SUV terbaru mereka ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Roslan Abdullah berkata Proton ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kerana sambutan yang menggalakkan terhadap Proton X50.
Beliau juga menyatakan yang mereka sedang berusaha untuk memenuhi tempahan dalam masa tiga bulan tahun 2020 ini dan pada yang sama menekankan kualiti produk.
Walaupun bukan semua tempahan akan jadi jualan sebenar, senarai menunggu untuk X50 yang ada sekarang mempunyai tempoh menunggu 3 bulan.
Perkembangan Proton yang lain
Bulan September juga merekodkan pencapaian cemerlang bagi Proton dengan jumlah jualan terkumpul sebanyak 11,935 unit – kedua tertinggi untuk tahun 2020.
Jumlah jualan ini menunjukkan peningkatan 4.9% dari bulan Ogos, dan jumlah keseluruhan jualan Proton tahun ini ialah 73,607.
Tambahan pula, pelanggan Proton boleh menikmati harga tanpa SST sehingga bulan Januari tahun hadapan.
Pendapat kami tentang Proton X50 setakat ini
Baru-baru ini kami menghadiri sesi pandu uji X50 dan ini pendapat kami:
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.