Menurut seorang pengusaha, Farid Sulaiman, 28 yang beroperasi di Bukit Cina, Melaka, dia berdepan masalah membayar gaji pekerja, sewa kedai, bil elektrik dan air selain perbelanjaan lain. Dia juga menambah ramai pengusaha khidmat mencuci kenderaan terpaksa meneruskan perniagaan secara ‘curi-curi’ bagi menampung kehidupan.
Dia juga berkata "Sambutan pelanggan memang luar biasa. Dianggarkan lebih 50 kereta dihantar untuk dicuci semalam," katanya yang turut memperkenalkan perkhidmatan sanitasi kenderaan dan basmi virus Covid-19.
Seperti pengusaha khidmat cuci kereta di seluruh Malaysia, mereka perlu mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mencegah berlakunya kes Covid-19 di premis masing-masing.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.