70mai Dash Cam Omni dilancarkan - harga promo dari RM 599, 'free gift' untuk pembeli terawal di Lazada!
Mersita · Feb 27, 2023 12:00 PM
0
0
Jenama dashcam kegemaran ramai, 70mai, melancarkan satu lagi produk terbaru iaitu 70mai Dash Cam Omni - kali ini dengan fungsi kamera 360 darjah pertama di pasaran. Sempena pelancarannya, 70mai menawarkan hadiah terhad bagi 100 pembeli terawal eksklusif di Lazada dengan harga istimewa bermula dari RM 599! 70mai Dash Cam Omni boleh didapati secara eksklusif di 70mai LazMall Flagship Store di Lazada bermula 27 Februari - 5 Mac 2023!
70mai Dash Cam Omni dengan kapasiti memori 32 GB - 128GB dijual pada harga RM 599 - RM 799. Tapi, 'check out cart' jangan alang-alang pula; dapatkan fungsi penuh dengan penambahan 4G Hardwire Kit pada harga bermula dari RM 779 - RM 989.
70mai Dash Cam Omni boleh dikatakan antara dashcam tercanggih di pasaran setakat ini. Dilengkapi fungsi arahan kawalan suara, ia juga tampil dengan rekaan 360 darjah yang dipaten khas untuk rakaman suasana penuh tanpa titik buta di sekeliling kereta.
Pemandu boleh merakam bahagian dalam dan luar kereta pada sudut yang dimahukan hanya dengan memberi arahan suara - amat berguna dalam pelanggaran, situasi cemas, mahupun langgar lari.
70mai Dash Cam Omni juga tampil dengan apertur besar F1.5 yang memberikan rakaman jelas dalam suasana gelap. Ia dilengkapi teknologi PureCel Plus-S HDR yang membetulkan tahap 'exposure' secara automatik selain boleh mencapai julat dinamik sehingga 120 dB untuk prestasi warna hebat ketika pertukaran antara kondisi terang dan gelap. Ini juga membolehkan nombor plat kenderaan di hadapan tampak jelas walau dipancar lampu terang.
70mai Dash Cam Omni ini juga boleh mencapai kualiti imej 1080P 'full HD' 2K dengan rakaman 60 FPS. Menurut 70mai, dashcam ini akan merakam detik cemas 5 saat sebelum sehingga 10 saat selepas kemalangan terjadi dengan kualiti rakaman jelas.
70mai Dash Cam Omni boleh tolong anda jaga kereta?
Lebih menarik, 70mai Dash Cam Omni dilengkapi pengesan pergerakan manusia menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang boleh memantau keadaan sekeliling dan merakam pergerakan mencurigakan ketika kereta ditinggalkan di parkir.
Ditambah lagi dengan pengesan pelanggaran, kamera ini boleh berpusing ke arah sudut pelanggaran dan merakam kejadian sehingga seminit ketika kereta ditinggalkan - amat berguna dalam kes langgar lari.
Padankan kit 4G Hardwire dengan 70mai Dash Cam Omni dan anda boleh tonton rakaman secara 'real-time' dari telefon pintar anda, dapat notifikasi insiden, akses GPS untuk kesan lokasi kereta, dapat fungsi ADAS tambahan ('lane departure', 'forward vehicle start', pengesan pejalan kaki dan trafik bergerak), serta peta 'route-tracking' menerusi app 70mai.
Fungsi tambahan untuk kagumkan rakan di media sosial
Tambah comel, skrin 1.2 inci pada badan dashcam ini memaparkan 10 emoji MaiX dan 9 senario berdasarkan emoji reaktif untuk pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan. Status fungsi 70mai Dash Cam Omni ini juga boleh dilihat pada rona warna LED 'glow ring' di badan kamera.
70mai Dash Cam Omni ni memang dah cukup canggih, tapi tak cukuplah kalau tak ada ekstra. Dilengkapi kawalan suara pintar, anda boleh sebut "shoot left", "shoot right" atau "shoot emergency video" untuk beri arahan pada dashcam anda dan ia akan mencari sudut yang dimahukan secara automatik. Fungsi arahan suara ini membolehkan pemandu merakam detik cemas dan penting dengan sangat mudah tanpa perlu menyentuh apa-apa; sebut saja, 70mai Dash Cam Omni terus 'shoot'!
Anda juga boleh mengarahkannya untuk "take selfie" dan "shoot vlog" bagi merakam detik berharga ketika memandu - fungsi 'time-lapse' pun ada!
Akhir sekali, fungsi 'Hi-Tech Effects Overlay' yang menggabungkan rakaman langsung dengan efek Hi-Tech boleh dirakam dan disimpan untuk dikongsi di media sosial. Efek yang ada termasuklah penunjuk kelajuan, arah pemanduan, altitud masa sebenar, dan macam-macam lagi. Macam main 'game' lah!
Menarik, kan? Klik di sini untuk 'Add to Cart' 70mai Dash Cam Omni dan dapatkan promosi eksklusif hanya di Lazada hari ini!
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.