Toyota Innova generasi 2023 mungkin guna platform TNGA-C dari Corolla Cross, babai RWD!
Faisal Β· Jul 7, 2022 07:00 PM
0
0
Nampaknya, Toyota Innova berpacuan roda belakang (RWD) yang ada selama ini mungkin diganti dengan format pacuan roda depan (FWD) pada generasi seterusnya. Secara teori, pendekatan ini dapat mengurangkan kadar penggunaan bahan api. Untuk makluman anda, pendekatan yang sama sudahpun dibuat pada Toyota Avanza/ Veloz.
Secara tidak langsung, Toyota Innova generasi seterusnya juga mungkin dibangunkan dengan platform TNGA.
Untuk makluman anda, Toyota Innova sekarang (generasi AN140) dirasmikan pada tahun 2015. Jadi dengan usia yang menjangkaui 8 tahun, model baharu pasti akan tiba tidak lama lagi, iaitu mungkin seawal 2023.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.