window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Innova Zenix hibrid 2023 dengan platform TNGA-C! Ini apa yang kami tahu setakat ini

Faisal Β· Oct 21, 2022 03:00 PM

Toyota Innova Zenix hibrid 2023 dengan platform TNGA-C! Ini apa yang kami tahu setakat ini 01

Lakaran dari Andra Febrian Design.
  • 5 varian – 2 petrol dan 3 hibrid
  • Pacuan roda depan (FWD) yang berplatform TNGA-C bakal ganti casis ladder-frame IMG (RWD)
  • Varian paling tinggi mungkin lebih mahal daripada Voxy di Jepun

Seperti yang anda tahu, Toyota Innova telah beransur sehingga dua generasi dan generasi ketiga yang akan datang ini bakal menjadi Innova yang cukup berbeza dari segi komponen dan tetapan mekanikal.

Toyota Innova Zenix hibrid 2023 dengan platform TNGA-C! Ini apa yang kami tahu setakat ini 02

Nama Innova Zenix sudah ditanda dagang di Indonesia.

Untuk makluman anda, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa ia akan dirasmikan seawal November 2022. Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa Innova serba baharu mungkin akan memakai nama Innova Zenix.

Juga bacaDah ditanda dagang di M'sia, Toyota Innova 2023 generasi TNGA mungkin guna nama 'Zenix'

Toyota Innova Zenix hibrid 2023 dengan platform TNGA-C! Ini apa yang kami tahu setakat ini 03

Varian atas di Indonesia pakai nama Ventura tetapi nama ini mungkin tidak akan digunakan lagi.

Rakan kami di Autofun ID juga pernah melaporkan bahawa Innova Zenix nanti bakal ditawarkan dengan 5 varian iaitu 2 petrol dan 3 hibrid.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Innova Zenix hibrid 2023 dengan platform TNGA-C! Ini apa yang kami tahu setakat ini 01

Tiada lagi transmisi automatik 6 kelajuan untuk Innova Zenix nanti.

Kiranya, varian diesel yang ada di Indonesia mungkin digugurkan. Begitu juga dengan pilihan transmisi manual kerana transmisi CVT dikatakan bakal pilihan solo buat Innova Zenix.

Juga bacaToyota Innova 2023 (FWD) digosipkan guna transmisi CVT; 6AT & MT akan digugurkan?

Untuk makluman anda, kedua-dua varian petrol dan hibrid akan guna enjin 2.0L dan media di Indonesia turut melaporkan ia sebagai unit Dynamic Force. Selain itu, Innova Zenix juga dispekulasikan berharga sekitar 410 juta rupiah - 62 juta rupiah (~RM 125k – RM 189k).

Toyota Innova Zenix hibrid 2023 dengan platform TNGA-C! Ini apa yang kami tahu setakat ini 02

Toyota Voxy.

Kalau anda perasan, julat harga ini agak tinggi untuk sebuah Innova kerana generasi sekarang di sana hanya berharga dari 369.6 juta rupiah – 527.2 juta rupiah (~RM 121k – RM 160k). Malah, Innova Zenix varian teratas juga kiranya akan berharga lebih mahal daripada Toyota Voxy (582 juta rupiah, ~RM 177k).

Juga bacaToyota Voxy generasi baharu 2022 dilancar di Indonesia – baby β€˜Vellfire’ yang bermula dari RM 163k

Toyota Innova Zenix hibrid 2023 dengan platform TNGA-C! Ini apa yang kami tahu setakat ini 03

Platform TNGA-C pada Corolla Cross.

Apapun, ini hanyalah spekulasi dari sumber-sumber yang ternama. Selain daripada trenkuasa hibrid, Innova Zenix juga akan menggunakan platform pacuan roda depan TNGA-C yang mana ia merupakan asas kepada Corolla Cross.

Toyota Innova Zenix hibrid 2023 dengan platform TNGA-C! Ini apa yang kami tahu setakat ini 04

Lipatan tempat duduk baris ketiga pada Innova sekarang.

Pacuan roda belakang dan platform IMV ladder-frame yang diguna selama ini kiranya akan digugurkan. Secara tidak langsung, lipatan tempat duduk baris ketiga buat Innova Zenix juga mungkin dapat dibuat ke bahagian lantai seperti cara konvensional, bukan lagi jenis lipat ke tepi yang ada selama ini.

Toyota Innova Zenix hibrid 2023 dengan platform TNGA-C! Ini apa yang kami tahu setakat ini 05

Intaian skrin infotainment jenis terapung.

Mengenai ciri pula, memandangkan kini sudah tahun 2022, teknologi seperti brek parkir elektrik (EPB) dan kamera 360-darjah juga dijangka ada dan infotainment mungkin menjadi kelengkapan standard buat Innova Zenix.

Juga bacaSpyshot: Toyota Innova Zenix generasi baharu diintip ada skrin infotainment jenis terapung!

Toyota Innova Zenix hibrid 2023 dengan platform TNGA-C! Ini apa yang kami tahu setakat ini 06

Menurut media Indonesia, antara ciri yang bakal hadir pada varian atas adalah seperti:

  • Bumbung suria panoramik
  • But belakang berkuasa
  • Tempat duduk kapten elektrik dengan perehat kaki
  • Infotainment 10 inci
  • Sistem hiburan penumpang
  • Lampu ambient lighting
  • Kluster digital

Toyota Innova Zenix hibrid 2023 dengan platform TNGA-C! Ini apa yang kami tahu setakat ini 07

Untuk keselamatan pula, hanya varian teratas Q Hybrid sahaja dikatakan ada ADAS Toyota Safety Sense.

Toyota Innova Zenix hibrid 2023 dengan platform TNGA-C! Ini apa yang kami tahu setakat ini 08

Jadi, dengan ciri baru yang lebih moden, mungkin ini kalilah Innova akan menjadi Alphard bajet. Kalau harganya kekal mengizinkan, ia pasti akan menjadi fenomena.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda