Masalah bekalan bukan lagi sesuatu yang baharu dalam industri automotif Malaysia. Bagi mereka yang baru-baru ini membuat tempahan untuk model Perodua serba baharu, anda mungkin perlu lebih sabar menunggu kerana semakan dengan beberapa pengedar mendedahkan tempoh menunggu untuk barisan Perodua kini bertambah lama.
Menurut beberapa pengedar secara kolektif, pelanggan yang menempah Perodua Alza serba baharu hari ini perlu menunggu sehingga 12 bulan sebelum menerima kunci MPV baharu mereka. Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ramai yang sanggup meletakkan wang pendahuluan sebelum kenderaan dilancarkan jadi bagi mereka yang meletakkan kepercayaan itu, mereka lebih layak menerima kereta terlebih dahulu.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Baca: Perodua Alza 2022 kutip 39k tempahan, 65% varian AV, tempoh menunggu cecah 8 - 10 bulan!
Menariknya, kereta paling premium di Malaysia, Perodua Bezza juga mencatatkan tempoh menunggu lebih panjang. Bergantung kepada varian, tempoh menunggu untuk sedan pertama Perodua ini adalah antara 5.5 bulan hingga 13.5 bulan.
Model Perodua lain, seperti Myvi, Axia, Ativa, dan Aruz, mencatatkan tempoh menunggu yang lebih munasabah antara 7.5 bulan hingga 9 bulan. Namun, ini masih jauh lebih lama untuk standard menunggu biasa sekitar 3 - 5 bulan.
Bagi mereka yang bercadang untuk 'trade in' kepada model Perodua serba baharu, jangan risau kerana Perodua telah melangkah ke hadapan dan mengumumkan bahawa anda masih boleh memandu kereta lama itu sementara menunggu kereta Perodua baharu anda.
Berikut ialah ringkasan tempoh menunggu untuk pelbagai model Perodua:
- Myvi: 8 bulan ke 9.5 bulan
- Alza: 10.5 bulan ke 12 bulan
- Aruz: 8 bulan ke 9 bulan
- Axia: 7.5 bulan ke 11.5 bulan
- Bezza: 5.5 bulan ke 13.5 bulan
- Ativa: 7.5 bulan ke 8.5 bulan
Jika anda memerlukan kereta dalam kadar segera dan tidak kisah dengan kereta terpakai, apa kata lihat pilihan kereta dari Carsome.
Kereta yang dijual oleh Carsome perlu lulus pemeriksaan 175 poin yang ketat. Untuk menambah ketenangan fikiran, terdapat jaminan wang dikembalikan selama 5 hari untuk pembeli.
Baca: Pasca SST: Masih ada 400k tempahan tertunggak kenderaan, dijangka tak ramai yang nak batalkan pesanan!
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });