Ketika ini, sebuah SUV misteri yang dipercayai Cherry Tiggo 5X dikesan berlegar-legar di Malaysia. Kali ini ia ditemui di Ipoh. Gambar intipan SUV misteri ini banyak dikirim oleh pembaca namun masih ada satu lagi misteri mengenai SUV ini.
Ketika ini, sebuah SUV misteri yang dipercayai Cherry Tiggo 5X dikesan berlegar-legar di Malaysia. Kali ini ia ditemui di Ipoh. Gambar intipan SUV misteri ini banyak dikirim oleh pembaca namun masih ada satu lagi misteri mengenai SUV ini.
Kali ini, pembaca Matthew pula berkongsikan kepada Wapcar mengenai gambar intipan SUV misteri ini. Dengan ciri-ciri yang masih sama iaitu lampu LED belakang yang mengelilingi perumah lampu.
Bergantung pada pasaran, Chery Tiggo 5X mendapat 3 pilihan enjin iaitu:
Ketika ini juga, Chery Tiggo 5X hanya tersedia dalam konfigurasi pemanduan sebelah kiri walaupun unit pandu uji yang terdapat di Malaysia ini adalah unit pemanduan sebelah kanan.
Namun ketiadaan pengedar rasmi Chery di Malaysia menimbulkan satu lagi tanda tanya jika Malaysia hanya menjadi pentas pandu uji untuk model ini atau ia memang akan ditawarkan di sini.
Chery pernah popular bersama model Chery Eastar. Namun, model seterusnya iaitu Chery Maxime tidak menerima sambutan yang sama. Malah, Chery Tiggo (model lama) juga pernah dijual di Malaysia, namun ia dianggap sebagai model tiruan Toyota RAV4 (generasi lama) yang kurang menarik lantas melenyapkan jenama tersebut di Malaysia.
Gambar intipan sebelum:
Spyshot: Chery Tiggo 5x dikesan lagi di Malaysia. Pasaran RHD pertama?
Spyshot: Kelibat Chery Tiggo 5x di Malaysia, satu lagi pencabar Proton X50 dari China?
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Honda HR-V 1.5 S
Upgrade
Add your car