Harga rasmi EV Smart #1 untuk rakyat beli disahkan! RM 200k - 250k, 3 varian, pelancaran pada Q4 2023
Faisal · Sep 19, 2023 05:00 PM
0
0
(Pro-Net) Smart Malaysia sebentar tadi mengumumkan julat harga buat EV Smart #1 yang mana ia berada dalam takuk RM 200,000 sehingga RM 250,000 (harga di atas jalan, tanpa insurans). Apapun, harga rasmi untuk setiap varian akan diumum berdekatan dengan tarikh pelancaran pada suku 4 2023 nanti. Pembeli secara amnya ditawarkan dengan tiga varian iaitu Pro, Premium dan Brabus.
Pelanggan boleh membuat tempahan pada harga RM 1,000 (boleh dipulangkan semula) melalui aplikasi Hello Smart yang boleh didapati pada Apple AppStore, Google PlayStore dan Huawei App Gallery.
501 pelanggan terawal pula akan mendapat pakej #1 Early-Bird melalui kredit mengecas bernilai RM 1,001 yang akan diberi menerusi aplikasi tersebut sewaktu proses penyerahan hak milik kenderaan dibuat. Melalui aplikasi itu, pemilik juga boleh mendapat 70% akses untuk pusat mengecas awam yang ada di Malaysia setakat ini.
Dari segi kelengkapan, Smart #1 varian Pro datang standard dengan:
Rim 19-inci
Bumbung panoramik
Bateri LFP 49 kWj
Jarak pandu 315 km (WLTP)
Warna eksterior: Digital White, Laser Red, Cyber Silver, Quantum Blue atau Future Green
Warna dan trim interior: Trim "After Dark"
Output kuasa untuk varian Pro belum diumumkan tetapi ia mungkin sama dengan varian Premium, seperti di bawah.
Varian Premium pula menambah:
Lampu LED CyberSparks + Matrix
Pencahayaan pada bahagian gril
Bateri NCM 66 kWj
Jarak pandu 440 km (WLTP)
Motor belakang (RWD) berkuasa 272 PS / 343Nm
Tambahan pilihan warna eksterior: Atom Grey–Matte dan Lumen Yellow
Warna interior: Putih dwi-tona dan trim hitam "Dark Matter"
Varian Brabus pula menambah:
Dua motor elektrik (AWD) beroutput 428 PS / 543 Nm
0-100 km/j dalam masa 3.9 saat
Jarak pandu 400 km (jenis dan kapasiti bateri adalah sama dengan varian Premium)
Interior Brabus
7 kombinasi warna untuk eksterior
Untuk varian Brabus, terdapat 7 kombinasi warna eksterior yang boleh dipilih iaitu:
Bumbung berwarna Radiant Red - untuk warna Atom Grey–Matte, Meta Black atau Cyber Silver.
Bumbung berwarna Black - untuk warna Digital White, Laser Red atau Cyber Silver.
Warna Atom Grey – Matte pula hanya akan datang dengan bumbung berwarna badan yang bersentuhan matte.
Menurut Zhang Qiang selaku Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, penyerahan akan bermula pada suku 4 2023 melalui 9 pengedar. Untuk makluman anda, Malaysia adalah negara Asia Tenggara pertama yang melancarkan jenama Smart, termasuklah Smart #1.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.