window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Proton Iriz 2021 dan Proton Persona dikesan, pelancaran bulan depan?

Mersita · Jan 25, 2021 12:30 PM

Spyshot: Proton Iriz 2021 dan Proton Persona dikesan, pelancaran bulan depan? 01

Pernah diintip ketika diuji di Petaling Jaya pada hujung tahun lepas, kali ini ia dilihat lagi sekali ketika dipandu uji di LDP beberapa hari yang lalu hasil tangkapan Muhamad Nur Affieq / Nadhira Ahmad Najib.

Spyshot: Proton Iriz 2021 dan Proton Persona dikesan, pelancaran bulan depan? 02

Gambar intipan yang dimuatnaik oleh The Ajerul itu menunjukkan Proton Iriz dan Proton Persona dengan stiker ‘camo’ diuji di jalan raya bandar barangkali untuk melihat kesesuaiannya bagi penggunaan kawasan urban. Varian Iriz crossover (mungkin dikenali sebagai Iriz Active) yang diintip kali ini dijangka akan dipasang dengan rel bumbung dan lapisan plastik di bahagian fender.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Proton Iriz 2021 dan Proton Persona dikesan, pelancaran bulan depan? 01

The Ajerul juga mengatakan yang Proton Iriz 2021 ini mungkin akan diberi dua warna mengancam dari Proton X50 iaitu Passion Red dan Citric Orange. Ini bermaksud Iriz terkini yang ditawarkan dengan warna Ruby Red akan diberi tona merah X50 yang lebih terang dan menonjol.

Spyshot: Proton Iriz 2021 dan Proton Persona dikesan, pelancaran bulan depan? 02

Proton Iriz dan Persona dijangka akan dipadatkan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan seperti Proton Saga, beralih dari Punch CVT yang dipasang pada model sekarang. Kedua-duanya juga menerima markah rating ASEAN NCAP 5 bintang berdasarkan protokol 2017 - 2020, memberi klu yang barangkali ia akan didatangkan dengan kelengkapan ADAS seperti AEB dan Bantuan Titik Buta.

Spyshot: Proton Iriz 2021 dan Proton Persona dikesan, pelancaran bulan depan? 03

Gambar: The Ajerul

Walaupun sektor pengilangan kereta terkesan dengan pelbagai komplikasi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, Proton mengambil peluang kebenaran beroperasi kali ini untuk menguji lagi Iriz dan Persona baharu ini. Rakan kami di Funstaticko mengatakan yang kedua-dua model ini dijangka bakal diperkenalkan pada suku kedua tahun ini, jika tiada halangan. Ikut kami rapat-rapat di Facebook bagi kemaskini terkini untuk sektor automotif Malaysia.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda