window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V!

Zamil Syaheer · Apr 22, 2021 11:59 AM

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V! 01

Inilah dia tuan-tuan dan puan-puan, Haval H6, SUV paling laris di China dengan warna merah yang diintip secara eksklusif oleh kami di Malaysia. Paling menarik, Haval H6 ini adalah unit pandu kanan!

Ini dan beberapa model Great Wall Motors (GWM) yang lain diambil di lokasi yang tidak ditulis di Shah Alam.

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebelum itu, pada bulan Januari tahun ini, syarikat induk Haval iaitu GWM mengumumkan kedatangan rasminya di Thailand. Ini berikutan pembelian kilang kereta General Motor di Rayong.

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V! 01

Haval H6 Hybrid di Pameran Motor Bangkok 2021.

Haval H6 adalah salah satu dari beberapa model yang akan dilancarkan di Thailand dengan versi hibrid yang membuat debut dunia di Pameran Motor Bangkok Motor pada bulan Mac. Kami pernah melaporkan bahawa H6 akan datang ke Malaysia dan akan diimport dari Thailand.

Juga baca: Haval H6 Hybrid dirasmikan di Pameran Motor Bangkok 2021, lebih awal dari pelancaran Proton X70 di Thailand

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V! 02

Pernah memilik salah satu daripada model ini?

Pada masa kini, Haval masih lagi dijual di Malaysia di bawah pengedarnya Go Auto. Hanya dua model yang masih lagi dijual iaitu H1 dan H2 - model yang bukan popular di sini, tetapi kadangkala anda boleh lihatnya di jalan raya. Anehnya, Go Auto agak senyap sejak kebelakangan ini.

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V! 03

Walau bagaimanapun, H6 mungkin akan menaikkan jenama Haval ini di mata rakyat Malaysia. H6 ini berada pada kategori SUV segmen-C 5 tempat duduk, bermakna ia akan bersaing secara langsung dengan Honda CR-V dan raja dalam kategori ini, iaitu Proton X70.

Reka bentuk eskterior yang menawan

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V! 04

Dari segi penampilan, kami lebih suka H6 dengan gril yang direka tajam dan lampu depan LED yang ramping. Ia pasti memberikan penampilan yang lebih moden berbanding dengan X70. Ini kerana H6 ini merupakan model generasi baru pada tahun 2020 berbanding X70/Boyue yang bermula pada tahun 2016.

Haval H6 vs Proton X70
Model Haval H6 Proton X70
Panjang (mm) 4,610 4,519
Lebar (mm) 1,860 1,831
Tinggi (mm) 1,720 1,694
Jarak Roda (mm) 2,690 2,670

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V! 05

SUV disebelahnya adalah Haval First Love.

Di bahagian belakang, H6 mendapat garis lampu di but belakang, dengan dan dibawahnya, perkataan "HAVAL: yang telah dieja dengan huruf besar untuk mengingatkan anda bahawa ini bukan setakat model ‘rebadge’ dari Proton.

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V! 06

H6 di Malaysia ini menggunakan roda aloi berukuran 19 inci dengan tayar Hankook Ventus. Berdasarkan maklumat yang kami terima, unit ini dibawa dari China kerana pengeluaran Thailand belum bermula.

Interior yang berkualiti tinggi

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V! 07

Walaupun ini merupakan unit pandu kanan, paparan infotainment skrin sentuh 10.25 inci masih lagi dalam bahasa Cina. H6 baru-baru ini dilancarkan di Australia dan New Zealand dimana ia dilengkapi dengan sokongan untuk Android Auto dan Apple CarPlay.

Sama ada ciri ini akan hadir pada model spesifikasi Malaysia masih belum diketahui.

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V! 08

H6 mempunyai kelengkapan yang baik dan penggunaan bahan di interior terasa padat. Bagi mana yang pernah duduk di dalam H1, ini senang cerita, tiada perbandingan – langit dan bumi.

Unit warna merah ini dilengkapi dengan kluster instrumen digital sepenuhnya, penyaman udara belakang, tempat duduk kulit hitam, dan tempat duduk pemandu boleh laras berkuasa.

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V! 09

H6 juga dilengkapi dengan tombol pemilih gear yang bertentangan dengan tombol gear tradisional, seperti Land Rover moden. Tombol itu disambungkan ke transmisi automatik dwi-klac 7 kelajuan (DCT).

Ciri keselamatan pintar

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V! 10

Pada spesifikasi China dan Oceanic, terdapat 14 radar dan 6 kamera untuk menyokong sistem bantuan pemandu SUV (ADAS) yang merangkumi brek kecemasan automatik (AEB), kawalan pelayaran adaptif (ACC) dengan berhenti dan pergi, dan bantuan penukaran lorong (LCA).

Juga baca: Apa itu ADAS dan kenapa anda perlukannya dalam kereta anda?

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V! 11

Kami tidak dibenarkan untuk melihat apa yang ada dibawah bonet depan.

Bergantung pada pasaran, Haval H6 dikuasakan oleh enjin 1.5 liter 4 silinder berpengecas turbo (169 PS/280 Nm) atau 2.0 liter 4 silinder berpengecas turbo (204 PS/320 Nm).

Trenkuasa hibrid yang membuat kemunculan sulungnya di Thailand pula menggabungkan enjin H6 terdahulu dengan motor 130-kW (243 PS/530 Nm).

Ketiga-tiga trenkuasa dipacukan ke transmisi DCT 7-kelajuan yang menghantar kuasa ke depan atau keempat-empat roda.

‘Confirm’ boleh gugat Proton X70?

Spyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V! 12

Berdasarkan pandangan pertama kami pada SUV nombor satu China ini, kami mungkin berpendapat bahawa Proton X70 seharusnya merasa takut dengan kelengkapan yang ditawarkan oleh Haval H6. Namun, mungkin terlalu awal untuk kita meramalkan sama ada H6 akan menjadi juara dari segi jualan

Walaupun unit-unit tersebut sudah ada di Malaysia, belum ada pengumuman lebih lanjut termasuk harga dan varian dari wakil tempatan GWM. Nantikan maklumat lebih lanjut daripada kami.

Juga baca:

Spyshot: Ora Good Cat, kereta elektrik bawah RM 100k dilihat di Malaysia! Sesuai ke?

Haval perkukuhkan jenama di rantau ASEAN dengan strategi yang berbeza daripada Geely?

Kenapa Haval H6 terjual 54 ribu unit lebih banyak daripada Geely Bo Yue (Proton X70) di China?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda