window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

China mendominasi? 1/3 C-SUV baru dijual di Thailand ialah Haval H6 GWM, tapi Honda CR-V gen baru menang lagi

Mersita Β· Jun 25, 2023 10:00 AM

China mendominasi? 1/3 C-SUV baru dijual di Thailand ialah Haval H6 GWM, tapi Honda CR-V gen baru menang lagi 01

Kereta buatan China seringkali dikaitkan dengan stigma buruk, namun reputasinya bertambah baik di beberapa negara. Kereta elektrik (EV) China kini semakin diterima ramai, contohnya oleh konsumer di Thailand. Bukan saja EV, mereka turut tertarik dengan model bukan elektrik seperti Haval H6.

China mendominasi? 1/3 C-SUV baru dijual di Thailand ialah Haval H6 GWM, tapi Honda CR-V gen baru menang lagi 02

Sejak ia menembusi pasaran Thai pada 2021, kereta keluaran Great Wall Motors (GWM) semakin membanjiri jalan raya menerusi jenama popularnya, Haval dan Ora. Pasaran EV Thailand direvolusikan oleh Ora Good Cat, manakala Haval pernah merampas takhta dipegang rapi oleh Honda CR-V selain mendominasi pasaran SUV segmen C (C-SUV) sejak itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

China mendominasi? 1/3 C-SUV baru dijual di Thailand ialah Haval H6 GWM, tapi Honda CR-V gen baru menang lagi 01

Sumber

Diakui, Honda CR-V serba baru dilancarkan di Thailand pada Mac lalu dan sejak itu, CR-V mendominasi semula carta jualan C-SUV bulanan di pasaran itu. Sambil mengekalkan kedudukan pertamanya pada April, CR-V masih dapat memintas Haval H6 pada Mei 2023, menurut data dikumpul oleh Autolife Thailand.

Juga baca: Haval H6 2021 memulakan perang harga di Thailand - memintas CR-V, ganggu pelan eksport X70!

China mendominasi? 1/3 C-SUV baru dijual di Thailand ialah Haval H6 GWM, tapi Honda CR-V gen baru menang lagi 02

Haval menjual 266 unit H6 dalam bulan yang sama – satu penurunan besar jika dibandingkan dengan April bilamana mereka berjaya mencapai jualan 401 unit. Jualan pada Mei adalah yang paling rendah pernah dialami Haval H6, yang sebelumnya diangkat sebagai C-SUV terlaris antara Januari dan April.

China mendominasi? 1/3 C-SUV baru dijual di Thailand ialah Haval H6 GWM, tapi Honda CR-V gen baru menang lagi 03

Walaupun kehilangan takhtanya dalam angka jualan bulanan, Haval H6 masih lagi dikira sebagai C-SUV terlaris di Thailand bagi tahun 2023 setakat ini. Dengan jumlah jualan kumulatif 2023 sebanyak 1,851 unit setakat ini, SUV keluaran China ini memegang 36.1 peratus bahagian pasaran di Negara Gajah Putih itu.

China mendominasi? 1/3 C-SUV baru dijual di Thailand ialah Haval H6 GWM, tapi Honda CR-V gen baru menang lagi 04

Berada di tangga kedua ialah CR-V dengan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 1,201 unit setakat ini dan Honda memegang 23.4 peratus bahagian pasaran dalam segmen berkenaan. Memandangkan saingannya cukup sengit, mampukah CR-V memintas pengeluar baru itu dalam tahun-tahun mendatang?

Juga baca: Honda CR-V 2023 serba baharu dilancarkan di Thailand, kini dengan 185 PS, 335 Nm e:HEV hibrid

China mendominasi? 1/3 C-SUV baru dijual di Thailand ialah Haval H6 GWM, tapi Honda CR-V gen baru menang lagi 05

Masih ada satu lagi kelebihan yang ada pada Haval H6 berbanding Honda CR-V walaupun CR-V tiba dalam generasi baru, iaitu harganya. Harga Haval H6 adalah antara THB 1.349 juta - THB 1.699 juta (~RM 180k - 226k) manakala Honda CR-V dijual pada harga bermula dari THB 1.419 juta - THB 1.729 juta (~RM 189k - 230k).

China mendominasi? 1/3 C-SUV baru dijual di Thailand ialah Haval H6 GWM, tapi Honda CR-V gen baru menang lagi 06

Di Thailand, Haval H6 ditawarkan dengan 2 pilihan trenkuasa – enjin hybrid 1.5 liter berpengecas turbo (gabungan - 243 PS/530 Nm) dan hybrid plug-in (PHEV) 1.5 liter berpengecas turbo yang menjana 326 PS/530 Nm.

Juga baca: Haval H6 PHEV yang berkuasa 330 PS/530 Nm diprebiu di Thailand, Malaysia setia menunggu?

China mendominasi? 1/3 C-SUV baru dijual di Thailand ialah Haval H6 GWM, tapi Honda CR-V gen baru menang lagi 07

Honda CR-V di Thailand juga didatangkan dalam 2 pilihan trenkuasa – enjin petrol 1.5 liter berpengecas turbo (190 PS/240 Nm) dan enjin hybrid i-MMD 2.0 liter petrol-elektrik (gabungan - 185 PS/335 Nm).

Juga baca: GWM akan mula CKD tahun 2023 - Haval H6, GWM Pao dan Ora EV menyusul untuk saingi jenama Jepun!

China mendominasi? 1/3 C-SUV baru dijual di Thailand ialah Haval H6 GWM, tapi Honda CR-V gen baru menang lagi 08

Haval H6 HEV ditayangkan di Malaysia Auto Show 2023

Kedua-dua model ini belum lagi masuk ke pasaran Malaysia dan dijangka akan tiba tidak lama lagi. Haval H6 telahpun ditayangkan kepada umum dalam beberapa acara – contohnya baru-baru ini di Malaysia Auto Show 2023.

Juga baca: GWM Haval H6 Hybrid debut awam di Malaysia - SUV 243 PS yang akan tembus pasaran selain Jolion & pikap Cannon

China mendominasi? 1/3 C-SUV baru dijual di Thailand ialah Haval H6 GWM, tapi Honda CR-V gen baru menang lagi 09

Honda Malaysia telah memberi isyarat yang CR-V serba baru adalah salah satu daripada 4 model baharu yang dilancarkan dalam tahun ini dan unit ujian berceloreng juga sudah dikesan di lebuh raya beberapa kali.

Juga baca: Harga asas Honda CR-V 2024 gen baru akan naik mendadak - varian 2.0L bakal digugurkan, anggaran dari sekitar RM 170k

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda