BYD masih belum menimbulkan masalah kepada jenama Jepun peringkat atas seperti Toyota atau Honda dalam jualan kereta keseluruhan Malaysia, tetapi jenama daripada China itu mempunyai peluang cerah untuk mengatasi jualan jenama peringkat kedua seperti Ford dan Nissan. BYD sudahpun mengatasi jualan VW dan Volvo.
Menurut data yang dikumpulkan oleh RHB Investment Bank, pengedar BYD di Malaysia Sime Darby Beyond Auto berjaya menjual 1,919 unit pada suku pertama tahun 2024. RHB mengatakan BYD kini mengawal 71% segmen kenderaan elektrik bateri (BEV) di Malaysia.
Ini meletakkan BYD di hadapan dengan melangkaui jualan 412 unit VW dan 560 unit Volvo. Jumlah jualan BYD kini lebih dekat dengan 1,955 unit Ford dan jumlah keseluruhan Nissan-Renault yang digabungkan oleh kumpulan Tan Chong sebanyak 2,304 unit.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Pada bulan Mac 2024 sahaja, jualan kereta BYD meningkat 57% berbanding bulan sebelumnya mencapai 787 unit. Salah satu kelebihan utama bagi BYD ialah kenderaan BEV terkecuali dari cukai import dan cukai ekais sehingga 31 Disember 2025. Maka ramailah yang sanggup berbelanja.
BYD menjual tiga model di Malaysia dan semuanya adalah BEV. BYD Dolphin bermula dari RM 100,530, Atto 3 pula daripada RM 150,430, sementara Seal bermula dari RM 180,430.
Baca juga: BYD mengatakan mereka bukan 'Tesla China' kerana ada perbezaan antara kedua-dua pengeluar!
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });