Berikutan isu viral Chery Omoda 5 yang mengalami kegagalan 'lower arm' belakang baru-baru ini, Chery Auto Malaysia telah mengenalpasti punca kerosakan dan akan membuat pemeriksaan terhadap 600 buah kereta.
Juga baca: Chery Malaysia akan siasat isu 'lower arm' belakang terpatah pada Chery Omoda 5 yang viral
Isu yang dikhabarkan oleh Chery Malaysia sebagai kes terpencil ini sudah berjaya diselesaikan di mana mereka akan mengganti komponen 'beam axle' belakang dan melaksanakan ujian kawalan kualiti yang komprehensif terhadap kenderaan tersebut. Chery Auto Malaysia juga telah menghubungi vendor alat ganti (mungkin pemasang kontrak syarikat itu di kilang Inokom di Kulim) dan telah menjalankan analisis terperinci.