Proton mencatatkan 15,103 unit jualan (jualan borong, termasuk eksport) untuk bulan Julai 2024, meningkat sebanyak 37.3% berbanding bulan sebelumnya.
Untuk makluman anda, Proton telah pulih daripada penurunan yang dialami pada Jun 2024 di mana jualan merosot 12.1% akibat penutupan kilang yang dirancang untuk 'aktiviti penambahbaikan operasi.'
Jualan kumulatif dari Januari hingga Julai 2024 berjumlah 88,799 unit, turun 2% berbanding tempoh tujuh bulan yang sama tahun lalu.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Jumlah jualan pada bulan Julai juga merupakan yang tertinggi bagi Proton sejak September 2022. Peningkatan ini dikaitkan dengan model-model Proton yang lebih murah, terutamanya Saga (meningkat 44.4% bulan ke bulan) dan Persona (meningkat 45.9% bulan ke bulan).
Jualan kumulatif Proton Saga tahun ini adalah 8.8% lebih tinggi daripada tempoh tujuh bulan yang sama tahun lalu, dengan jumlah 42,693 unit. Sebaliknya pula, jualan Proton Persona adalah 19.9% lebih rendah, dengan jumlah 11,664 unit sehingga Julai.
Jualan Proton X50 yang sudah berusia pula makin menurun. Jualan kumulatifnya turun 36.7%, kepada 12,789 unit.
Di samping itu, hanya 302 unit Proton X70 telah terjual pada bulan lalu, tetapi ini adalah sebahagian daripada pelan penghentian model tersebut kerana Proton akan melancarkan Proton X70 2025 (facelift MC2) pada akhir bulan ini.
Proton menganggarkan jumlah keseluruhan industri bagi Julai - jumlah semua kereta baru yang dijual di Malaysia - akan mencapai 73,761 unit, peningkatan sebanyak 27.1% berbanding Jun.
Jualan keseluhan Julai 2024 buat Proton (termasuk export) |
Model |
Julai |
Jan - Jul |
Saga |
7,855 |
42,693 |
Persona |
1,911 |
11,664 |
Iriz |
537 |
3,316 |
S70 |
1,636 |
12,550 |
X50 |
2,585 |
12,789 |
X70 |
302 |
3,278 |
X90 |
277 |
2,266 |
Jumlah* |
15,103 |
88,799 |
*Jumlah angka termasuk bilangan kecil untuk model yang sudah dihentikan pada 2024
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });