window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic facelift 2024 tiba awal dari jangkaan - Thailand turunkan harga hibrid e:HEV sebanyak 3%, Turbo pula lebih mahal

Faisal · Aug 2, 2024 09:40 AM

Honda Civic facelift 2024 tiba awal dari jangkaan - Thailand turunkan harga hibrid e:HEV sebanyak 3%, Turbo pula lebih mahal 01

Honda Civic facelift 2024 nampaknya tiba di rantau kita lebih awal dari jangkaan. Selepas debut global di Amerika pada Mei tempoh hari, Thailand akan menjadi pasaran Asia Tenggara pertama yang melancarkan sedang segmen-C ini, iaitu pada 23 Ogos nanti.

Di Thailand, varian permulaan 1.5 EL Turbo sudah tiada. Satu-satunya varian bukan hibrid adalah 1.5 Turbo EL+. Apa-apapun, varian hibrid 2.0L e:HEV EL+ dan e:HEV RS dikekalkan.

Juga bacaHonda Civic (FE) 2025 facelift debut - infotainment Google, USB-C, AA/AP tanpa wayar

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Civic facelift 2024 tiba awal dari jangkaan - Thailand turunkan harga hibrid e:HEV sebanyak 3%, Turbo pula lebih mahal 01

Hibrid turun harga, turbo naik harga

Kalau anda nak tahu, harga Civic di Thailand telah diberi sedikit penurunan. Sebagai contoh, harga varian mercu 2.0L e:HEV RS turun dari 1,259,000 Baht kepada 1,23x,xxx Baht. Begitu juga dengan varian e:HEV EL+ yang turun dari 1,129,000 Baht kepada 1,09x,xxx Baht.

Menariknya, harga varian bukan hibrid 1.5L Turbo EL+ naik dari1,009,900 Baht kepada 1,03x,xxx Baht, sekaligus menjadikannya lebih kurang dengan harga varian hibrid permulaan EL+.

Walau bagaimanapun, harga muktamad hanya akan diumumkan pada 23 Ogos.

Honda Civic facelift 2024 tiba awal dari jangkaan - Thailand turunkan harga hibrid e:HEV sebanyak 3%, Turbo pula lebih mahal 02

Perubahan harga yang menyaksikan varian hibrid yang kini lebih murah mungkin satu unjuran untuk menyokong kerajaan Thailand yang hendak melanjutkan insentif cukai buat kereta hibrid sehingga 2032.

Antara pembaharuan yang ada pada Civic facelift di Thailand termasuklah wajah baru, rim baru, audio Bose 12-pembesar suara buat varian e:HEV RS dan infotainment Google Built-in.

Honda Civic facelift 2024 tiba awal dari jangkaan - Thailand turunkan harga hibrid e:HEV sebanyak 3%, Turbo pula lebih mahal 03

Kembali di Malaysia, harga Honda Civic bermula dari RM 131,900 iaitu varian 1.5L turbo. Varian mercu 2.0L hibrid e:HEV RS pula dari RM 167,900.

Untuk harga yang lebih rendah, Honda Civic di pasaran Malaysia dipasang secara tempatan di Melaka. Selalunya, akan ada selang masa daripada Thailand kerana kilang Melaka perlu melaraskan perkakasan dan rantaian bekalannya untuk menampung komponen model baru.

Kami tidak menjangkakan Honda Malaysia akan melancarkan Honda Civic facelift sehingga awal tahun depan.

Juga baca

Rebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia!

Rebiu: Honda Civic e:HEV RS - untuk RM 166k, pakej 'power' jimat minyak, cuma ada satu kekurangan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda