window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000

Mersita · Sep 12, 2021 06:00 PM

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 01

Hatchback bukan nasional No.1 di Malaysia, Toyota Yaris, disambut baik ketika model faceliftnya dibuka untuk tempahan pada November 2020 yang lalu. Toyota Yaris 2021 CKD ini dijual pada harga bermula RM 71,688 sehingga RM 85,587 (tanpa SST). Posisi juara dalam kategori hatchback bukan nasional ini berjaya dipertahankan secara konsisten sejak ia dilancarkan pada April 2019 lagi.

Kali ini, kami ingin berkongsi pengalaman pemilikan sebenar oleh seorang pembeli Toyota Yaris 2021 yang dinukilkan sendiri oleh pemiliknya baru-baru ini menerusi forum komuniti peminat kereta kami (pautan di sini untuk versi asal Bahasa Inggeris). Jika anda berminat untuk berkongsi pengalaman sendiri, dapatkan pautannya di penghujung artikel.

Maklumat asas kereta

Toyota Yaris 2021

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebab saya memilih Toyota Yaris 2021

Semasa ingin membeli, saya sedang mencari sebuah hatchback serba boleh dan boleh diharap untuk penggunaan harian yang sebahagian besarnya melibatkan perjalanan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 01

Proses pemilihan kereta

Kenapa saya memilih Toyota Yaris 2021?

Antara keempat-empat kereta yang saya senaraikan di atas, Mazda 2 Hatchback ialah yang paling mahal. Masuk saja ke dalamnya, anda pasti boleh rasakan kereta inilah yang paling premium jika dibandingkan dengan yang lain – dari kombinasi sarung tempat duduk jenis suede dan kulit yang lembut sehinggalah ke rekaan ringkas papan pemukanya dengan perincian kulit.

Walau bagaimanapun, ruang kabin Mazda 2 sangat kecil berbanding yang lain, dan dengan tanda harga RM 100,000, kelengkapannya tidak begitu banyak. Berkenaan Honda Jazz pula, di atas kertas dan rekaannya saya rasa perlukan pembaharuan/facelift – mungkin akan ada Honda City Hatchback yang akan menggantikannya nanti – tapi buat masa ini, Jazz ialah satu-satunya hatchback yang ditawarkan oleh Honda Malaysia.

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 02

Beralih ke Perodua Myvi pula, ada yang mengatakan ia ‘adik’ kepada Toyota Yaris. Ia mempunyai enjin jenis 2NR yang sama seperti Yaris, namun, Perodua Myvi didatangkan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan tradisional. Perodua Myvi juga didatangkan dengan pelbagai kelengkapan keselamatan. Dengan tanda harga RM 53,000, Myvi barangkali pilihan paling berbaloi dan menguntungkan.

Namun, setelah ditimbang-timbang, saya akhirnya memilih Toyota Yaris atas sebab pengalaman memandunya lebih bagus berbanding Myvi dari segi keselesaan, ruang but, penebat bunyi, dan keselamatan.

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 03

Pengalaman pemilikan Toyota Yaris 2021

  • Saya sudah melengkapkan perjalanan sejauh 3,600 km.
  • Purata penggunaan minyak untuk Toyota Yaris saya ialah 13 km/liter.

Toyota Yaris 2021 facelift ini mempunyai beberapa pembaharuan dan tambahan yang menarik. ‘Body kit’nya tampak lebih kemas berbanding keluaran terdahulu, tanpa perincian merah yang mengganggu (terutama sekali di bahagian depannya seperti ‘misai’ merah) dan juga lampu hadapan halogen.

‘Body kit’ depan mempunyai rekaan bercorak sarang lebah pada jejaringnya, dan ia nampak hebat dengan rupa ‘sporty’. Tapi, ia agak sukar untuk dibersihkan dan ia memerangkap lebihan air, mengakibatkan kesan debu disebabkan basahan.

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 04

Jejaring corak sarang lebah ini ialah salah satu klu untuk membezakan Yaris dengan VIos dari muka hadapannya (Vios mempunyai garisan linear pada jejaringnya). Kini, untuk model 2021, Yaris didatangkan dengan lampu hadapan LED, penderia Toyota Safety Sense, dan juga sambungan Apple CarPlay/Android Auto pada ‘head unit’-nya. Saya diberi pilihan untuk varian G semasa memilih Yaris.

Secara jujurnya, saya rasakan varian E ialah pilihan paling bagus kerana varian G tidak mempunyai penambahan cukup besar dan ketara dengan bayaran ekstra MYR 4,428. Varian G mempunyai brek cakera padu di roda belakang, penderia jarak hadapan, kemasan kulit pada stereng dan tombol gear, penghawa dingin digital automatik, dua ‘speaker’ tambahan, serta pemegang pintu bersalut krom.

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 05

Menurut wakil jualan Toyota, varian E mempunyai kuasa ‘pick-up’ lebih baik kerana ia lebih ringan berbanding varian G. Saya juga memilih warna Platinum White Pearl yang berkos tambahan RM 400. Warna ini nampak paling cantik bagi saya ketika melihatnya di galeri jualan.

Catnya ada 3 lapisan – 2 lapisan cat asas (lapis bawah putih dan lapisan di atasnya cat mutiara) dengan 1 lapisan pelindung lutsinar. Hasilnya nampak hebat, berbanding warna putih ‘solid’ yang biasa. Platinum White Pearl menonjolkan efek berkilau di bawah pencahayaan langsung dan tona serta kedalaman warna ini menonjol pada sudut berbeza.

Walau bagaimanapun, kemasan cat jenis istimewa ini juga memerlukan komitmen lebih tinggi kerana bukan saja ia perlu dibasuh dengan kerap, ‘touch up’ cat ini juga lebih mahal dan rumit.

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 06

Disebabkan kereta ini perlu dibasuh dengan kerap supaya ia nampak cantik sentiasa, saya juga telah menghantar kereta ini ke kedai ‘detailing’ profesional untuk menambah lapisan pelindung seramik (ceramic coating). Ini memudahkan kerja pembersihan dan saya tak perlu mengilatkan (polish) kereta ini dengan kerap, selain daripada servis pelapisan semula selama 7 tahun.

Ruang dalaman Yaris cukup ringkas – dengan lapik siling ‘blackout’ yang unik bagi hatchback segmen B bawah RM 100 ribu, dan setiap butang kawalan pada konsol pemukanya tidak memeningkan kepala serta mudah difahami. Kawalan penghawa dingin (AC) bagi varian G datang dalam bentuk butang/punat dan bukannya tombol analog tradisional, dan ia juga ada paparan digital.

Saya berharap yang Toyota akan membuat butang kawalannya seperti yang ditonjolkan Honda pada City – butang digital – yang nampak lebih mesra pengguna ketika memandu. Dengan butang sebegini, saya perlu menoleh dan melihat butang yang ditekan semasa memandu.

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 07

Panel kawalan AC dan paparannya semuanya dilindungi dengan plastik berkemasan hitam berkilat (piano black) yang membuatkan calar-calar kecil ketara jika tidak dijaga dengan baik. Jika dilap dengan kain, kesan calar sudah kelihatan pada permukaannya. Plastik hitam berkilat ini meleret lebih jauh daripada bahagian papan pemuka; ia juga dipasang pada panel pengalih gear dan juga perincian pemegang pintunya.

Seperti yang dimaklumkan di atas, ‘headunit’ infotainment varian G mempunyai sambungan Apple CarPlay dan Android Auto – satu tambahan hebat. Dengan adanya Apple CarPlay, mengawal dan memainkan muzik di Spotify dan mengikuti arahan Waze jadi lebih mudah (apabila ia berfungsi dengan baik).

Ada kalanya aplikasi Apple CarPlay akan ‘hang’ sekejap ketika diluncur menunya, dan apabila bateri telefon dicas lebih 80%, ada bunyi getaran lembut di latar belakangnya apabila muzik dimainkan.

Oleh itu, tetapan 6 ‘speaker’ di dalam Yaris G 2021 cukup hebat untuk kegunaan kasual. Dengan ‘equalizer’ Toyota yang sedia ada, kebanyakan jenis muzik boleh dimainkan dengan bunyi yang lunak, dan perincian bunyinya timbul dengan mudah serta pengasingan instrumennya juga menonjol dengan kemas.

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 08

Namun, ada sedikit ‘bump’ pada frekuensi sub-rendah dan sedikit kekasaran pada frekuensi sangat tinggi. Dalam varian G yang paling tinggi berharga RM 84,000, ia tidak didatangkan dengan sarung tempat duduk dan ‘armrest’ kulit. Apa-apa pun, sarung fabriknya amat menyelesakan, namun susah untuk dibersihkan.

Di bahagian konsol tengah, ia didatangkan dengan ‘armrest’ yang tidak boleh dicapai yang juga disarung dengan fabrik nipis tanpa ‘padding’ yang mencukupi di bawahnya. Dalam posisi duduk normal saya, saya terpaksa duduk dalam posisi ganjil untuk mencapai ‘armrest’ dan ia menyukarkan lagi proses membuka dan menutup penutup ‘armrest’ tersebut. Tambahan pula, tiada ‘leg rest’ sebelah kiri di sebelah pedal brek.

Panel info Optitron terdiri daripada nombor RPM analog, speedometer analog, dan satu skrin digital untuk maklumat pelbagao bagi kenderaan. Satu-satunya perkara yang saya kurang puas hati dalam aspek ini ialah bingkai skrin plastik pada Optitron ini berbentuk dalam posisi yang membayangkan ‘steering mount’ di bawah cahaya matahari terang, dan ia memberi kesan kepada penglihatan di panel Optitron.

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 09

Di bawah hudnya pula, kereta ini didatangkan dengan enjin 2NR-E – sejenis enjin yang bukannya paling berkuasa dalam julat harga ini dibandingkan dengan pesaingnya.

Ada 3 mode pemanduan dalam Yaris. Mode Eco amat hebat dalam mengekalkan tahap RPM enjin rendah ketika meluncur di jalan raya (1500RPM pada 60 km/jam). Namun, dalam pemanduan bandar terutama sekali ketika dipandu perlahan; apabila saya melepaskan pedal minyak, saya kesan ada sedikit rasa brek walaupun saya tidak menekan pedal brek. Kuasa ‘pick up’nya juga tidak mencukupi apabila saya perlukannya ketika memotong kenderaan lain dan menukar lorong di lebuh raya dan ia tidak terasa lebih laju daripada 120km/jam ketika dalam mode Eco.

Mode Sport pula akan memberikan anda ‘throttle response’ terbaik dan ia akan mengekalkan nisbahnya dengan lebih lama sebelum ‘upshift’. Ini amat menyeronokkan bagi sebuah kereta ‘entry level’ Toyota.

Mode Normal pula, seperti yang dijangka, terasa seperti berada di antara mode Eco dan mode Sport – ia memberikan kuasa yang mencukupi apabila pedal minyak ditekan habis dan ia akan mengekalkan RPM enjin yang tendah apabila anda lepaskan sedikit pedal gas. Ia ada sedikit sekatan pada ‘throttle response’ berbanding mode Sport, tapi untuk pemanduan harian, mode Normal cukup bagus untuk pemanduan jimat minyak.

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 10

Kebolehpanduan kereta ini hampir sempurna untuk pemanduan di jalan bandar di Malaysia, suspension yang lembut ditala dengan cukup baik untuk menyerap impak jalan tidak rata. Apabila ia terpaksa menempuh kawasan jalan tidak rata, suspension kereta ini menyerap hentakan dengan baik dan boleh lalu dengan mudah.

Walau bagaimanapun, apabila tiba di bonggol jalan, saya perlu perlahankan kenderaan sehabis baik untuk melepasi bonggol berkenaan, kalau tak akan ada bunyi hentakan yang kuat atau lebih teruk lagi, bonggol itu boleh terhentak dengan bahagian bawah kereta.

Meluncur di lebuh raya pada kelajuan 120 km/jam cukup baik. Tapi jika lebih laju daripada itu, kereta akan terasa melayang sedikit – ada orang gelar perkara ini seperti ‘sampan’.

Penebat bunyinya amat bagus untuk kereta segmen B – pintunya ditebat sempurna dari bunyi luar, tapi dari kawasan tingkapnya, bunyi di luar masih boleh kedengaran. Toyota telah melakukan sedikit ‘dampening’ di bawah panel plastik di dalam kereta ini, tapi masih ada getaran kecil pada papan pemukanya dan panel pintu sebelah pemandu apabila memandu di kawasan jalan tidak rata.

Yaris 2021 ini didatangkan dengan pelbagai kelengkapan keselamatan, kecuali pemantau titik buta (BSM) pada cermin sisinya. Ketepatan BSM ini tidak begitu tinggi. Sudah beberapa kali ia menyala walaupun tiada kereta di sekeliling saya dan apabila ada kenderaan yang lalu di sebelah, ia akan mengambil masa sedikit untuk sedar yang kereta itu telah berlalu. Mujur, BSM pada Yaris 2021 tidak mengeluarkan sebarang bunyi amaran apabila BSM mengesan ada kereta lalu.

Pemantau Pandangan Panoramik (PVM) pada Yaris 2021 ini cukup hebat. Ia bukanlah PVM paling jelas yang pernah saya lihat, tapi ia cukup hebat untuk membolehkan saya memeriksa jika saya memarkir kereta di dalam kotak dengan sempurna. Namun, untuk mengaktifkan PVM ini, saya perlu menunggu animasi putaran ‘360 view’ untuk melihat keadaan sekeliling dengan jelas – kadangkala perkara ini mengecewakan sedikit.

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 11

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan Toyota Yaris 2021

  • Kabin senyap
  • Pemanduan selesa
  • Audio cukup bagus dengan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Panoramic View Monitor
  • Toyota Safety Sense
  • Rekaan badan luaran dan dalaman yang kemas
  • 7 beg udara

Kekurangan Toyota Yaris 2021

  • Getah ‘weather strip’ lampu depan dan belakang yang tidak dipasang sempurna
  • Panel plastik keras di serata tempat
  • Tiada sarung kulit
  • Posisi ‘armrest’ yang tidak praktikal
  • Panel plastik bergegar
  • Kurang kuasa sedikit berbanding pesaingnya
  • Kemasan cat bawah tahap sederhana
  • Tiada kawalan peluncuran
  • Pemantau titik buta yang kurang tepat

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 12

Penilaian Toyota Yaris 2021

Skor Penuh: 4/5

Prestasi: 3/5

Kualiti dan Kelengkapan: 4/5

Ruang: 4/5

Keselesaan Perjalanan: 3/5

Kecekapan minyak: 3/5

Harga dan Kos: 4/5

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 13

Rumusan

Secara keseluruhannya, Toyota Yaris 2021 ini ialah sebuah hatchback yang cukup selesa dan memudahkan untuk dimiliki dengan harga bawah RM 100,000. Setakat ini, tiada saingan jenama Jepun yang dinaiktaraf bagi Toyota Yaris memandangkan Honda Jazz dan Mazda 2 sudah sampai masanya untuk diperbaharui. Namun, jika Honda membawa masuk City Hatchback ke dalam gelanggang, nasib Yaris mungkin akan berbeza.

Sesudah kereta saya dibasuh buat pertama kali selepas ia diambil, saya perasan yang perumah lampu hadapan sebelah kiri tidak sejajar posisinya dengan badan kereta. Apabila saya pergi buat pemeriksaan di pusat servis, penasihat jualan di sana hanya menjawab yang ia isu rekaan – tak tahu kenapa, ‘bracket’ untuk lampu hadapan sebelah kiri menyebabkan isu penjajaran ini.

Saya juga perasan yang pelindung cuaca getah pada lampu brek sebelah kiri tidak dipasangn dengan sempurna, menyebabkan lipatan pada getahnya. Dua pusat servis sudah cuba untuk melaraskan semula getah ini, tapi lipatan itu masih kelihatan dan mereka akhirnya memberitahu kami dah tak boleh buat apa-apa kerana ia adalah sebahagian daripada cermin ‘windshield’ belakang.

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 14

Kualiti filem tint yang sudah sedia dipasang oleh EcoTint tidak begitu memuaskan kerana ada gelembung udara pada cermin di sebelah penumpang dan ‘windscreen’ hadapan. Filem tint di cermin hadapan ada garisan beralun yang ketara.

Apabila saya memaklumkan isu ini kepada pusat servis Toyota, mereka membantu saya untuk membuat janji temu dengan EcoTint untuk dapatkan waranti. Cawangan EcoTint berkenaan menukar filem tint di cermin hadapan tapi untuk cermin sebelah penumpang, mereka hanya cuba untuk memicit gelembung tersebut dengan pistol haba dan penggosok.

Segelintir pemilik kereta ini mungkin perasan yang warna bampar agak kusam jika dibandingkan dengan warna badan kereta. Warna Platinum White Pearl Yaris pula bukan saja tidak padan, malah ia ada kesan kekuningan pada bamparnya sehinggakan ia nampak sangat ketara di bawah pencahayaan tertentu.

Ramai yang berkata isu ini sangat biasa dengan semua kereta. Saya agak setuju dengan sentimen ini. Tapi, pada suatu hari, saya ternampak sebuah Honda City dengan warna cat Platinum Pearl White diparkir di satu kawasan parkir tertutup – kesan kekuningan pada bamparnya tidak begitu ketara berbanding dengan Yaris saya.

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 15

Di samping itu, Yaris saya mempunyai kesan calar batu pada catnya di fender belakang sebelah kiri semasa kereta diambil. Mujur penasihat jualan di sana cukup efisien dengan memberikan saya tawaran pengecatan semula secara percuma.

Namun malangnya, hasilnya tidak begitu sempurna kerana ada kesan kekuningan yang pudar pada panel yang dicat semula itu. Ia tidaklah seteruk bamparnya, tapi ia masih kelihatan pada sudut dan di bawah pencahayaan tertentu.

Dalam hemat saya, dengan semua isu ini, bayaran tambahan RM 400 yang saya belanjakan untuk warna Platinum Pearl White (ya, ekstra RM 400 sedangkan Honda hanya meminta RM 109.90) saya anggap tidak berbaloi. Seperti yang saya katakan tadi, nak ‘touch up’ cat ini bukan senang, ya; ia cat tiga lapisan.

Review Pemilik: Toyota Yaris 2021 – hatchback cukup selesa bawah RM 100,000 16

Anda berminat untuk kongsikan pengalaman pemilikan anda dan bercerita tentang kereta kesayangan anda? Kami di WapCar amat berbesar hati untuk menerima nukilan anda dan mengongsikannya di platform popular kami, cuma klik pautan di dalam gambar di atas!

Tambahan pula, anda boleh menerima cenderahati istimewa dari kami. Jom daftar untuk dapatkan maklumat lanjut! Staf kami akan hubungi anda secepat mungkin sejurus selepas pendaftaran anda dihantar. Tunggu apa lagi? Jom.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda