window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Review Pemilik: 2019 Perodua Myvi 1.5 AV saya - Pilihan yang tak pernah salah

Mersita · Apr 16, 2023 10:00 AM

Review Pemilik: 2019 Perodua Myvi 1.5 AV saya - Pilihan yang tak pernah salah 01

Maklumat asas

2019 Perodua Myvi 1.5 AV

Review Pemilik: 2019 Perodua Myvi 1.5 AV saya - Pilihan yang tak pernah salah 02

Sebab saya membeli Perodua Myvi

  • Untuk menggantikan kereta lama saya yang dicuri, Proton Iswara 1.3 (M). Proton pun sudah tidak menghasilkan alat gantinya, dan ini menaikkan risiko kecurian kereta untuk mengambil alat ganti.
  • Untuk kenderaan pergi dan balik kerja

Review Pemilik: 2019 Perodua Myvi 1.5 AV saya - Pilihan yang tak pernah salah 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proses pemilihan kereta

Mula-mula saya ada bajet kira-kira RM 30k, kemudian saya naikkan kepada RM 50k sebab tak banyak pilihan. Kaedah prinsipnya ialah jangan berbelanja lebih daripada 1/5 (20%) daripada pendapatan bulanan untuk bayaran bulanan kereta anda.

Antara model-model yang saya turut pertimbangkan ialah: Proton Persona 1.6 Premium, Proton Iriz 1.6 Active, Proton Saga 1.3 CVT, Perodua Bezza 1.3 AV, Perodua Axia 1.0 AV, Perodua Myvi 1.5 H, Honda City 1.5 i-DCD Hybrid, Kia Picanto 1.2 GT/EX

Review Pemilik: 2019 Perodua Myvi 1.5 AV saya - Pilihan yang tak pernah salah 01

Sebab saya memilih Perodua Myvi: Ia model pertama oleh Perodua yang didatangkan dengan Advanced Safety Assist (ASA), walaupun ia hanya berfungsi di kelajuan 30 km/j ke bawah. Ia membantu pemandu mengendalikan dan mengelak kemalangan jalan raya jika pemandu tidak bertindak cukup pantas, sesuai untuk orang makan gaji seperti saya yang terpaksa menempuh jalan sesak setiap hari. Secara peribadi, saya pernah terlanggar kereta di hadapan kerana silap mengagak jarak brek, maka saya mahukan kereta yang boleh membantu dengan fungsi sebegini.

Selain itu, sebagai seorang pengguna yang peka alam sekitar, walaupun Honda City Hybrid nampak sangat menarik ketika itu, ketiadaan sistem AEB membuatkan saya batalkan niat. Nasib baik saya tak jadi ketika itu kerana saya ada Honda City RS e:HEV terbaru sekarang. Ia dilengkapi dengan 7 fitur utama Honda Sensing, tanpa Front Departure Alert. Selain daripada itu, memandangkan saya setiap hari menempuh kesesakan trafik tak bergerak dari Jalan Universiti ke Jalan Gasing, teknologi Eco-Idle, atau teknologi micro-hybridnya bagus untuk menyelesaikan masalah penggunaan minyak ketika idle/tidak bergerak. Penjimatan minyak sehingga 4-5% (dakwaan Perodua 6%) ketika tidak bergerak kerana banyak berhenti di lampu isyarat.

Tambahan pula, Honda City Hybrid GM5 didatangkan dengan Dual Clutch Transmission (DCT) yang cepat rosak, lebih teruk jika sering dipandu dalam trafik berhenti-henti atau dipandu secara agresif, seperti yang diceritakan oleh pemilik Honda City Hybrid generasi ini. Oleh itu, secara peribadi, terlalu tinggi risikonya untuk jimat minyak jika diberi sistem transmisi yang senang rosak.

Review Pemilik: 2019 Perodua Myvi 1.5 AV saya - Pilihan yang tak pernah salah 02

Pengalaman pengguna

Saya dah pandu sejauh 75,000 km.

Sejak pembelian, pendapat saya tentang kereta ini ialah:

Perodua Myvi ini sesuai untuk pemanduan di bandar dan harian. Salah satu kualiti terbaik kereta ini ialah sistem infotainmennya yang berskrin sentuh dan boleh memaparkan skrin telefon bimbit pada skrin lebih besar sambil berinteraksi dengannya (beberapa model Android lama tak padan). Ruang kaki yang luas dari biasa di tempat duduk belakang juga satu kelebihannya berbanding pesaing segmen A dan B lain-lain. Apa-apa pun, kelengkapan yang ada pada model ini tidak setanding model facelift yang punyai lebih banyak fungsi seperti pemanduan berautonomi tahap 2, cermin sisi lipat auto, dan pengesan titik buta.

Bagaimanapun, varian Perodua Myvi ini tidak disarankan untuk pemandu e-hailing. Dulu saya memandu kereta ini untuk e-haling, sebelum menggunakan Honda City RS e:HEV), kerana sarung kerusi kulitnya tidak tahan lama dan cepat berkedut. Anda boleh pilih varian H untuk tempat duduk fabrik.

Disamping itu, kereta ini membantu saya jimat belanja minyak dengan fungsi Eco-Idle sehingga 5% atau sehingga RM 80.07 sebulan apabila ia digunakan untuk e-hailing. Perbelanjaan purata pemandu e-hailing sepenuh masa untuk minyak kereta kecil ialah RM1,601.46. Bahagikan bateri EFB 12v (selalunya berharga RM 310, kemudian RM 100 lagi, tahan sehingga 3 tahun), bahagikan kos RM 110 untuk ganti bateri kepada 730 hari dalam 2 tahun, maka ia 15 sen/hari x 31 hari = RM 4.67 setiap bulan sebagai tambahan, untuk jimat RM 75.40/bulan untuk belanja minyak. Walau dengan eco-idle, kereta hybrid penuh atau plug-in hybrid lebih jimat minyak.

Akhir sekali, bagi mereka yang risau enjin lambat hidup ketika dalam eco-idling, contohnya ketika hendak memecut laju selepas lampu trafik bertukar hijau, ia sebenarnya mengambil masa hanya kira-kira 0.35 - 0.4 saat untuk hidup semula. Saya guna stopwatch untuk kira, sama seperti Mazda untuk teknologi micro-hybrid i-stop). Dalam erti kata lain, starter motor kereta akan hidupkan semula enjin dengan cepat ketika hendak ‘keluar’ dari eco-idling. Ini kerana enjinnya dah cukup panas untuk hidupkan enjin serta-merta, berbanding dengan enjin sejuk yang baru dihidupkan.

Purata penggunaan minyak Myvi saya ialah 13.5L/km dalam trafik urban yang sesak.

Review Pemilik: 2019 Perodua Myvi 1.5 AV saya - Pilihan yang tak pernah salah 03

Kelebihan 2019 Perodua Myvi 1.5 AV saya

  • Teknologi Eco Idle. Sistem micro-hybrid untuk kereta ini. Ketika terpaksa berdepan trafik sesak setiap hari, fungsi ini membantu mengurangkan pembakaran minyak sia-sia seperti kiraan di atas, dengan menghentikan enjin pembakaran dalamannya dan menggunakan elektrik daripada bateri 12V sehingga kapasitinya habis dan ia hanya ambil masa 0.35 saat untuk hidupkan semula enjin. Selain daripada itu, enjinnya dimatikan apabila melalui palang penghalang seperti di pondok jaga ketika hendak mengambil dan menurunkan penumpang.
  • Sport rim untuk tayar gantinya yang bersaiz penuh. Tak perlu buat banyak kerja.
  • Tempat duduk belakang yang luas di ruang kakinya. Jika dibandingkan dengan Kia Picanto GT/EX/KX, Myvi ini lebih mesra penumpang dan Kia Picanto lebih sesuai untuk pemandu dan seorang-dua penumpang saja.
  • Soket USB di belakang untuk cas telefon pintar. Memudahkan penumpang
  • 2 memori tahap penyejukan dan kelajuan kipas bagi penghawa dingin. Ini memudahkan saya ketika keadaan memerlukan
  • Autonomous Emergency Braking. Walaupun ia hanya berfungsi dalam kelajuan 30 km/j ke bawah, ia membantu mengelakkan pelanggaran dari arah hadapan sekiranya kita terlelap sambil memandu dalam kesesakan lalu lintas, ataupun apabila pemandu tersilap agak jarak kereta dengan yang di hadapan.

Review Pemilik: 2019 Perodua Myvi 1.5 AV saya - Pilihan yang tak pernah salah 04

Kekurangan 2019 Perodua Myvi 1.5 AV saya

  • Tiada Apple CarPlay/Android Auto. Walaupun ada fungsi Screen Mirroring untuk peranti Android saja, proses sambungannya menggunakan USB tidak semudah yang disangka. Tambahan pula, sistemnya tidak padan dengan Android versi baru. Walaupun ia boleh disambung, UI peranti tidak boleh digunakan di skrin infotainment kereta berbanding peranti Android lama. Secara peribadi, saya ingin Perodua mendapatkan sistem infotainment Android Auto dan Apple CarPlay untuk memudahkan pengguna.
  • Kelajuan pengoperasian AEB terlalu rendah. Berfungsi hanya untuk trafik berhenti-henti, bukannya untuk pemanduan berkelajuan sederhana atau tinggi. Ia juga bukanlah sistem pemanduan berautonomi. Malah, AEB ini ternyahaktif sendiri jika anda cetus sistem lebih daripada 3 kali.
  • Penghawa dingin tidak berfungsi ketika eco-idling. Yang bagusnya, kereta anda takkan guna minyak apabila baterinya penuh, selama sehingga 4 minit. Tapi yang kurangnya, jika anda berhenti di bawah cuaca panas terik, eco-idling tidak berguna kerana enjin kereta anda akan hidup sendiri untuk menguasakan compressor yang sedang bertungkus-lumus mengepam udara sejuk ke dalam ruang kabin. Mungkin saya boleh beri cadangan kepada pengilang kereta yang sistem micro-hybrid ini patut menghidupkan enjin jika air compressor perlu menyejukkan kabin dan kemudian mematikannya, asalkan pedal brek masih ditekan.
  • Tiada paparan info fail audio seperti nama lagu, artis dan album bagi pemain audio Bluetooth. Tak best langsung kerana kami tak boleh tunjuk lagu kegemaran kami! Tapi, bukan itu saja. Perkara penting yang anda perlu tahu ialah anda terpaksa melalui bermacam langkah semata-mata untuk tahu lagu apa yang sedang bermain pada audio Bluetooth.
  • Tiada Ultraseat, menjadi satu kesukaran apabila hendak membawa barangan panjang seperti tempat pemanggang di dalam iklan Honda City Hatchback. Myvi generasi kedua ada fitur ini, tapi yang generasi ini sudah tiada.
  • Tiada cruise control. Sejak saya memandu kereta ini dari KL ke Pulau Pinang, saya perasan yang perjalanan jauh dan tempoh pemanduan adalah memenatkan apabila kereta tidak dilengkapi sistem cruise control, terutamanya ketika memandu jarak jauh berseorangan. Walau dengan model facelift terkini, hanya varian AV yang dilengkapi Adaptive Cruise Control.
  • Sarung kerusi kulit rapuh/cepat rosak. Ia mudah berkedut jika pemandu duduk dalam tempoh yang lama. Penjagaan dengan krim khas diperlukan untuk membaiki bahagian berkedut/terlipat pada kerusi kulitnya.

Review Pemilik: 2019 Perodua Myvi 1.5 AV saya - Pilihan yang tak pernah salah 05

Penilaian 2019 Perodua Myvi 1.5 AV saya

Skor penuh: 3/5

Prestasi: 5/5

Kualiti & kelengkapan: 3/5

Ruang: 5/5

Keselesaan pemanduan: 4/5

Penjimatan minyak: 4/5

Harga & kos: 5/5

Review Pemilik: 2019 Perodua Myvi 1.5 AV saya - Pilihan yang tak pernah salah 06

Rumusan

Secara peribadi, model pra-facelift Perodua Myvi kurang futuristik dan tidak sekagum model-model facelift disebabkan kelengkapannya, kerana ia hanya ditambah beberapa kelengkapan baru seperti butang push start, screen mirroring, dan juga kawalan iklim digital. Saya lebih gemarkan model facelift dengan kebolehan pemanduan berautonomi tahap 2, yang menjadikan pemanduan jarak jauh selesa, terutamanya untuk perjalanan yang memerlukan masa lebih 2 jam untuk sampai ke destinasi. Memandangkan Proton Iswara 1.3 MT saya telah dicuri, saya tiada pilihan dan terpaksa membelinya untuk perjalanan harian pergi-balik kerja. Jika tidak, saya pasti akan tunggu model facelift.

Tambahan pula, model pra-facelift sepatutnya sudah dilengkapi dengan sistem cruise control konvensional, terutamanya untuk mereka yang kerap berjalan jauh. Kesimpulannya, ia sebuah kereta yang ideal dan selesa untuk bergerak dari tempat A ke tempat B.

Apabila mencari Perodua Myvi terpakai untuk dibeli, pastikan kenderaan itu datang dalam kondisi baik dan disertakan sekali dengan senarai sejarah servis yang komprehensif. Pilihan terbaik anda ialah beberapa unit Perodua Myvi di Carsome, didatangkan sekali dengan diskaun tunai menarik dan pakej ‘tinted’ percuma untuk masa terhad.


📢📢Berminat nak kongsi pengalaman pemilikan anda?

Setelah membaca ratusan kisah Review Pemilik yang dihantar kepada kami, adakah anda berminat untuk berkongsi kisah pemilikan anda sendiri? WapCar dengan berbesar hati menjemput ANDA untuk berkongsi kisah sebenar tentang pengalaman anda bersama kereta anda!

Anda mungkin menerima saguhati istimewa daripada WapCar! Daftar sekarang untuk lebih banyak info! Kami di WapCar akan menghubungi anda setelah anda berjaya mendaftar.

Review Pemilik: 2019 Perodua Myvi 1.5 AV saya - Pilihan yang tak pernah salah 07

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda