window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium?

Haris Β· Jan 1, 2022 02:00 PM

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 01

Apabila ia dilancarkan di Malaysia, hiruk pikuk yang bergema menyelubungi Toyota Harrier 2.0 Luxury generasi XU80 adalah ketiadaan unit enjin turbo yang 'kufur' dari warisan Harrier. Ia bukan sahaja menggugurkan unit enjin turbo, malah pada harga RM 249,706 (sah sehingga 30-Jun 2022) ia juga lebih mahal daripada model generasi XU60 yang digantikan - varian Premium (XU60) berharga RM 238,000, manakala varian Luxury (XU60) dijual pada harga RM 259,900.

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 02

Oleh itu, agak adil untuk mengatakan bahawa Toyota Harrier XU80 perlu menjustifikasikan kewujudannya. Lebih mahal dengan penurunan kuasa. Ia juga berada dalam kelas yang setara (tidak mempunyai pesaing sebenar) SUV mewah seperti Volvo XC40, Mercedes-Benz GLABMW X1 dan juga Lexus UX, terutamanya Lexus yang berharga dekat dalam kurungan RM 250k.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 01

Untuk mendapatkan jawapan yang saksama, kami meluangkan sedikit masa dengan Toyota Harrier 2.0 Luxury XU80 untuk melihat, jika enjin 8AR-FTS turbocaj benar-benar dirindui, atau Toyota sebenarnya melakukan satu produk yang tepat.

Luaran - Menarik, dengan suasana anggun

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 02

Tak perlu dinyatakan lagi, Toyota Harrier XU80 adalah sebuah SUV yang sangat menarik. Ini bukan suatu pencapaian yang bermakna sangat kerana model pendahulu XU60 pun merupakan sebuah SUV yang kacak. Pada pandangan kami, Toyota Harrier XU80 mempunyai keseimbangan sempurna dari segi nisbah rekaan.

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 03

Logo burung harrier tiada lagi dengan generasi XU80

Bahagian hadapan kelihatan sangat bergaya dengan pembayang krom yang digabungkan dengan gril berwarna gelap dan lampu hadapan. Bercakap tentang gril hadapan, tiada lagi motif tanda dagang 'Helang Harrier' tersemat di hadapan, digantikan dengan lencana Toyota biasa. 

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 04

Jika dilihat dari sisi, Harrier menarik mata yang memandang, kelihatan lancar dan cantik pada masa yang sama. Ada satu perincian yang ramai terlepas pandang. Toyota Harrier mempunyai cermin pandangan tepi jalan (kerb-view mirror) yang berada di bawah cermin sisi. Cermin ini adalah perincian yang menjadi warisan Harrier sejak awal lagi, kerana Harrier bukanlah Harrier tanpa cermin ini.

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 05

Selain daripada pandangan sisi, sudut terbaik untuk melihat Toyota Harrier ini adalah pada pandangan sisi belakang. Garis bentuk penutup but, digabungkan dengan lampu ekor yang nipis, menghasilkan bentuk yang premium. Melihatnya dari sebelah belakang, atau dari bahagian tiga perempat belakang, ia benar-benar cantik, terutamanya pada waktu malam. Warna Steel Blonde Metallic pada model pandu uji ini turut berfungsi untuk menyerlahkan lengkungan langsing pada Harrier.

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 06

Lapisan plastik dan ekzos yang kelihatan murah, tidak sesuai di dalam SUV premium ini

Perkara yang kita kurang gemar? Sebagai permulaan, lapisan plastik di bahagian bawah Toyota Harrier, yang mengelilingi keseluruhan kereta kelihatan agak tidak sesuai untuk kereta semahal ini. Mungkin ini soal citarasa peribadi tetapi kami berani bertaruh bahawa Harrier akan kelihatan lebih baik dengan mengemaskini bahagian bawah ini.

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 07

Rim 18-inci, untuk sebuah SUV besar

Selain itu, tayar 18-inci kelihatan sedikit kecil untuk sebuah SUV setaraf ini tetapi apabila diingatkan mengenai unit kuasa enjin 2.0 liter NA, kita boleh memahami alasan penggunaannya. Apabila sampai ke hujung ekzos berkembar yang kelihatan sedikit murah dan tidak kena pada tempatnya, kami merasakan bahawa ini mungkin mengapa ramai yang memilih jenama premium, berbanding memilih model premium dari jenama biasa.

Rekaan dalaman - Premium, berkualiti tinggi, mewah

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 08

Melangkah ke dalam Toyota Harrier XU80, anda akan disambut oleh kabin dalaman yang menggembirakan deria anda. Bahagian dalaman yang didominasi dengan warna hitam mungkin tidak sesuai dengan citarasa semua orang, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa kabin Harrier adalah satu kelas atas dan ia mampu dirasai.

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 09

Motif burung harrier sudah beralih ke hiasan pintu

Pemilihan trim dan bahan sangat berkualiti tinggi, tiada yang terasa murah atau kasar. Kulit sentuhan lembut menghiasi tempat duduk, papan pemuka, tempat letak tangan dan kad pintu. Bercakap tentang kad pintu, masih ingat motif burung Harrier yang hilang di luar? Ia kini terukir pada kad pintu depan, untuk mengingatkan pemandu mengenai warisan Harrier ini.

Barangan lain termasuk kawalan iklim dwi zon, tempat duduk hadapan berkuasa, pelarasan stereng elektrik dan suite penuh ADAS. Seperti yang anda boleh lihat, Toyota tidak teragak-agak untuk memberi kelengkapan penuh pada Toyota Harrier. 'Murah hati' ialah perkataan lain untuk menggambarkannya, bukan bermakna ia murah!

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 10

Bumbung kaca elektrokromik memang best

Lebih banyak 'barang baik' datang dalam bentuk bumbung kaca dwi panoramik (dengan fungsi electrochromik juga) yang menyuntik rasa lapang pada bahagian dalam. Berita buruknya, hanya pelindung matahari (blind) sahaja yang boleh dibuka, bumbung kaca tidak boleh dibuka. Pendapat kami, tidak mengapa, ia bermakna kurang satu komponen yang akan gagal dari semasa ke semasa.

Jika anda tertanya-tanya apa yang RM 249k mampu berikan kepada anda, majoriti akan menunjukkan ke arah perincian dalaman yang sangat baik ini, seolah-olah ia direka secara berfikir dengan sangat teliti. Tetapi, ada tak perkara yang kami kurang suka? Tentunya.

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 11

Timbunan sistem infotainment terasa kurang premium

Pertama, timbunan infotainment skrin terapung. Jika ada satu perkara yang perlu diperbaiki oleh Toyota zaman sekarang, inilah dia. Walaupun ia menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, skrin yang kecil dan butang yang terasa murah kelihatan tidak sesuai di dalam kereta yang berharga semahal ini. Untuk ruang yang selalu disentuh, butiran ini agak penting.

Sokongan sistem infotainment, sistem audio enam pembesar suara juga tidak memukau. Ia mampu melakukan kerja dengan baik tanpa sebarang rungutan, tetapi jika anda mencari sistem bunyi yang diiktiraf audiofil, ini bukanlah tempatnya.

Baca: Bukan Malaysia saja, Toyota Harrier Singapura pun guna infotainment murah. Kenapa, kedekut ke?

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 12

Perhatikan pencahayaan yang tidak konsisten?

Terdapat juga kurang keseinambungan di dalam kabin yang kami dapati sedikit mengganggu misalnya pencahayaan dalaman yang tidak sepadan. Lihat pada gambar, terdapat pencahayaan putih menghiasi panel instrumen tetapi di tempat lain anda akan menemui rona biru muda. Sudah tentu, ini seolah-olah sengaja mencari kesalahan SUV ini tetapi apabila membayar harga sehingga RM 250k, kita digalakkan untuk cerewet.

Dalam aspek ini, Mazda mendahului kerana suhu dan warna pencahayaan sangat konsisten untuk keseluruhan model. Sejujurnya, kabin dalaman Toyota Harrier terasa sangat premium, hanya perincian kecil sahaja yang terasa kekurangan. Kami yakin, tak ramai kisah mengenai kekurangan yang dinyatakan tersebut. Ini Toyota, pembeli tak ada jangkaan melangit dalam aspek selain kebolehpercayaan.

Pengalaman memandu - Dinamik TNGA = karakter jalan raya yang luar biasa

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 13

Sebagai sebuah model yang berteraskan TNGA (Toyota New Global Architecture), kami menjangkakan bahawa ia agak sedap untuk dipandu (ya, sedikit ganjil memandangkan ini adalah SUV). Mari kita mulakan apa yang kami rasai dengan kedudukan pemandu. Stereng terasa sedikit ofset ke kiri tetapi disempurnakan dengan pelbagai pelarasan untuk pemandu pelbagai saiz.

Stereng itu sendiri mempunyai berat yang sempurna, menawarkan kadar tindak balas dan berat organik pada sebarang kelajuan. Digabungkan dengan transmisi automatik CVT Direct Shift yang lancar dan responsif, Toyota Harrier memahat asas pemanduan dengan penuh keyakinan.

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 14

Pendikit lantai, suatu kegembiraan untuk digunakan

Pedal pendikit berengsel lantai adalah antara ciri premium yang hanya boleh dirasai, membantu pemandu mengukur input pendikit dengan tepat. Ia juga membantu bahawa enjin 2.0 liter, Dynamic Force 4-silinder (173 PS, 203 Nm) mempunyai bunyi yang menarik semasa anda meletakkan kaki anda.

Kemudian, anda mula merasakan pengendalian Harrier dan memberatkan casis ke sisi. Ya ampun, bagaimana sebuah SUV boleh dipandu secara dinamik? Apabila kelajuan meningkat, kereta masih mampu mengambil selekoh dengan cantik. Kereta setinggi ini tidak berhak menjadi selincah ini.

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 15

Penggunaan sistem gantungan MacPherson Strut di hadapan dan double wishbone di belakang pada Harrier benar-benar memenuhi janji yang dinamik. Ia terasa stabil dan kukuh, namun pada masa yang sama masih menyampaikan maklum balas yang lancar tentang maklum balas atas jalan. Keajaiban TNGA menyerang lagi.

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 16

M20A-FKS 2.0 liter lancar tetapi agak lesu

Masalahnya, anda tidak dapat pergi ke mana-mana dengan pantas dengan enjin M20A-FKS. Sudah tentu, ia selembut sutera dalam penyampaian kuasanya tetapi ia kelihatan agak mengecewakan untuk tujahan kuasa (dicerminkan oleh masa pecutan 0-100 km/j dalam 11.3 saat). Untuk sebuah SUV seberat 1,610 kg, kelajuan tersebut boleh digambarkan sebagai 'santai'.

Lebih menarik lagi, casis DNGA boleh mengendalikan lebih banyak kuasa. Enjin M20-FKS optimum dalam kelajuan 80-120 km/j. Ia boleh mencatatkan kelajuan yang lebih pantas tetapi anda akan menolaknya keluar dari zon selesa. Apa yang sangat diperlukan oleh Toyota Harrier XU80 ialah enjin 2.5 liter Dynamic Force (207 PS, 243 Nm) dan automatik 8-kelajuan daripada Toyota RAV4. Kerana ia sentiasa mengingatkan kepada tujahan kuasa yang kami rasai dalam Toyota RAV4.

Keselesaan pemanduan - Mewah, lembut dan tenang

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 17

Ia bukan sahaja dikendalikan dengan baik, Toyota Harrier juga hebat dalam memberikan pemanduan yang 'lembut'. Ia menyerap setiap ketidaksempurnaan jalan dengan tenang, sekali-sekala memberikan sedikit hentakkan. Menikmati keselesaan Toyota Harrier adalah impian setiap individu berjaya.

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 18

Kami dengan senang hati akan memandu secara santai di dalam SUV ini, sepanjang masa. Ia benar-benar menyenangkan anda, walaupun kami telah menegaskan bahawa ia agak perlahan. Tempat duduk hadapan memberi sokongan yang bagus memeluk penghuni, dengan sokongan di semua lokasi ergonimik yang betul. Malah, kerusi juga mempunyai fungsi pemanas dan ventilasi untuk keselesaan.

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 19

Tempat duduk belakang juga boleh dilaraskan untuk sedikit menyandar, sangat selesa. Ruang pada bahagian kepala juga banyak (satu bola tenis) manakala ruang kaki memuatkan 2 bola tenis. Perjalanan jarak jauh pastinya akan lebih nyaman dengan Toyota Harrier ini, dan itulah tujuan paling utama SUV ini dicipta.

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 20

Apa pula kekurangannya? Kedengaran bunyi tiupan angin yang agak ketara datang dari kawasan tingkap hadapan. Ini bukan suatu kekurangan besar, tetapi ia mengurangkan penghalusan angkuh Harrier secara keseluruhan. Ia masih lagi agak baik, mencatatkan 64 dB pada 110 kmj, yang lebih senyap daripada Mercedes-Benz E300 AMG Line (68 dB pada kelajuan yang sama).

Kadar penggunaan minyak

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 21

Pentingkah kadar penggunaan minyak untuk sebuah SUV mercu berharga RM 249k? Mungkin tidak namun mana lah tahu di suatu masa hadapan kelak, pembeli terpakai mempunyai kebimbangan aspek ini.

Berdasarkan ujian kami yang meliputi jarak 99.2 km, Toyota Harrier menggunakan 8.3 liter petrol, yang diterjemahkan kepada angka penggunaan minyak 8.3 liter/100km. Menariknya, ini agak hampir dengan kiraan komputer terbina dalam iaitu 8.5 liter/100km.

Konklusi

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 22

Jadi, adakah Toyota Harrier XU80 memerlukan enjin turbonya? Sejujurnya, ya. Namun jika dilihat dari keseluruhan aspek, pembeli prospek mungkin tidak kisah. Hal ini kerana, mereka lebih cenderung duduk di belakang berbanding posisi pemandu. Malah, mana ada pembeli Toyota yang mengharapkan tujahan kuasa tinggi untuk model jenama tersebut?

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 23

Tak percaya? Bukti. Stok 2021 unit CBU untuk Toyota Harrier (sekitar 300 unit) telah habis dijual. Ini juga menunjukkan bahawa, turbo atau tidak, Harrier adalah produk yang dipandang tinggi. Pembeli menghargai kualiti yang telah kami perincikan di atas.

Also read: Toyota Harrier will fail in Malaysia? It just hit its 2021 sales target in 1 week

Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium? 24

Pada akhirnya, Toyota Harrier XU80 masih merupakan satu produk yang mudah untuk disyorkan. Ia membawa tahap kehalusan dan kecemerlangan Lexus ke satu tahap di bawah, untuk dirasai oleh pengguna-pengguna yang mahukan kebolehpercayaan Jepun. Jika anda terlalu mahukan tujahan kuasa, pilihan anda adalah Toyota RAV4 dengan enjin 2.5 liter, namun anda tidak akan dapat bahan binaan seperti yang ditawarkan pada Toyota Harrier.

Baca: Rebiu: Toyota RAV4 2020, adakah berbaloi untuk membayar RM 200,000?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Harrier 2.0 Luxury

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda