Proton memulakan tahun 2021 dengan bukan 1 tetapi 4 model edisi istimewa baharu untuk pelanggan. Varian edisi istimewa tersebut adalah Proton Saga R3, Proton Iriz R3, Proton Persona Black Edition dan Proton Exora Black Edition!
Proton memulakan tahun 2021 dengan bukan 1 tetapi 4 model edisi istimewa baharu untuk pelanggan. Varian edisi istimewa tersebut adalah Proton Saga R3, Proton Iriz R3, Proton Persona Black Edition dan Proton Exora Black Edition!
Dalam majlis pelancaran edisi istimewa Proton yang berlangsung secara dalam talian tersebut, berikut adalah model-model yang telah dipertontonkan!
Proton Saga R3
Proton Saga R3 hadir dengan siluet yang mirip dengan Proton Saga Edisi Ulangtahun namun dengan sedikit tambahan. Antara perbezaan ketara adalah stiker R3 pada sisi badan Proton Saga R3, stiker cermin pada bahagian hadapan, belakang dan tiang C yang terpampang logo R3.
Bagi melengkapkan perincian luar pada Proton Saga R3, logo timbul R3 diletakkan dan tulisan Limited Edition disematkan pada bahagian bonet belakang.
Bergerak ke bahagian dalam pula, Proton Saga R3 menampilkan beberapa perincian tambahan berbanding Proton Saga Edisi Ulangtahun di mana lapik kaki R3, stereng balutan kulit dengan jahitan kuning dan tempat duduk kulit dengan jahitan logo R3 turut ditawarkan.
Logo R3 Limited Edition pula turut disematkan pada papan pemuka hadapan.
Tiada sebarang penambahan komponen penyerap bunyi seperti yang ditawarkan pada Proton Saga Edisi Ulangtahun pada bahagian hud depan. Hal ini bagi memberikan bunyi enjin mengaum yang lebih mentah, sinonim dengan kegunaan perlumbaan (race, rally, research).
Model Proton Saga R3 boleh didapati pada harga RM 42,300, harga atas jalan tanpa insurans. Proton Saga R3 dijual terhad 2,000 unit sahaja.
Proton Persona Black Edition
Proton Persona Black Edition kini adalah satu-satunya varian istimewa bagi model Proton Persona yang pernah ditawarkan dalam pasaran. Disasarkan sebagai sebuah sedan keluarga, Proton Persona kini menerima seragam yang sesuai dengan statusnya yang lebih sederhana.
Black Edition merupakan seragam hitam sepenuhnya dengan perincian berwarna gangsa. Warna gangsa tersebut disemadikan pada bahagian bumper hadapan, rim dan bumper belakang.
Bagi melengkapi rekaan Black Edition, tanda nama Persona turut disaluti dengan warna gangsa.
Pada bahagian dalam pula, Proton Persona Black Edition benar-benar menonjolkan tema warnanya. Tempat duduk kulit berwarna hitam dengan jahitan warna gangsa ditawarkan di samping perincian warna gangsa pada bahagian corong penyaman udara, sistem infotainment, kotak gear dan tolok suhu.
Bahagian bumbung juga diwarnakan hitam bagi model Proton Persona Black Edition. Tiada sebarang peningkatan prestasi yang dinyatakan namun ia hadir dengan peredam bunyi pada bahagian hud depan.
Proton Persona Black Edition ditawarkan pada harga RM 54,700, harga atas jalan tanpa insurans. Hanya 500 unit terhad bagi model ini.
Proton Iriz R3
Antara model yang paling ditunggu-tunggu adalah Proton Iriz R3. Model hothatch ini terkenal dengan kendalian yang menakjubkan dan varian R3 ini meningkatkan lagi imej Proton Iriz sebagai sebuah hatchback yang mantap.
Pada bahagian luar, warna kuning ditambah pada bahagian gril hadapan, skirting keseluruhan, cermin sisi dan spoiler belakang. Ia juga menerima stiker R3 pada cermin hadapan, belakang dan tiang C.
Bagi peminat Proton sejati, tentu akan perasan rim 16 inci yang pernah digunakan pada model Proton Satria Neo CPS. Terdapat juga logo timbul R3 pada bahagian but belakang.
Bergerak ke bahagian dalam pula, perincian yang ditonjolkan adalah sama seperti Proton Saga R3. Warna kuning menghiasi corong penyaman udara, stereng, tolok penyaman udara dan panel meter.
Kemasan kulit turut meliputi stereng dan tempat duduk dengan jahitan kuning. Lambang R3 turut disematkan pada perehat kepala.
Proton Iriz R3 dijual pada harga RM 52,900, harga atas jalan tanpa insurans. Proton Iriz R3 juga dijual terhad sebanyak 500 unit sahaja.
Proton Exora Black Edition
Nampaknya Black Edition adalah tema bagi kereta keluarga Proton kali ini. Model Proton Exora Black Edition ditawarkan dengan seragam hitam dan perincian gangsa sama seperti Proton Persona Black Edition.
Pada bahagian luar, warna hitam meliputi MPV keluarga ini dengan jalur gangsa melintasi sisi badan dan perincian gangsa pada bumper hadapan dan bumper belakang. Terdapat perincian kecil berwarna gangsa pada tanda nama Exora, lampu belakang disamping rim berwarna gangsa.
Bergerak ke bahagian dalam, perincian gangsa dapat dilihat pada bingkai sistem infotainment dan bingkai kotak gear. Kemasan kulit hitam membaluti stereng manakala tempat duduk kulit disertai dengan jahitan gangsa.
Tiada bumbung berwarna hitam pada Proton Exora Black Edition seperti yang terdapat pada model Proton Persona Black Edition.
Proton Exora Black Edition dijual pada harga RM 67,800, harga atas jalan tanpa insurans. Model ini juga dijual terhad sebanyak 500 unit.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2022 Proton Saga 1.3 Standard MT
Upgrade
Add your car