window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan!

Haris · Sep 11, 2021 04:00 PM

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 01

Kereta marhaen selalu dilihat secara langsung. Ia jujur dan logik. Perodua, misalnya, adalah pakar dalam mengeluarkan kereta yang boleh dipercayai dan memenuhi citarasa marhaen. Buktinya sudah ada, Perodua pernah mengeluarkan salah satu kereta yang paling menyeronokkan untuk dipandu, iaitu Perodua Kelisa.

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 02

Jangan salah faham, kenyataan ini bukan bermaksud bahawa Kelisa adalah kereta terbaik yang pernah ada. Namun untuk pemandu yang mencari keriangan dan keseronokan dalam lingkungan bajet yang rendah, Perodua Kelisa adalah jawapannya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 01

Kelisa 'convert' Mira Gino. Ikuti rebiu pemilik di sini.

Malah, Kelisa juga bukan sebuah kereta yang laju. Dengan modifikasi, pasang pengecaj turbo atau pengurangan berat macam kereta lumba sekalipun, Perodua Kelisa tidak akan menjadi sebuah hot hatch. Namun, kelajuan semata-mata bukanlah faktor utama dalam sesebuah pemanduan. Ia lebih daripada itu.

Baca: Daihatsu Mira Gino – Asas kepada Perodua Kelisa, reka bentuk bukan dari Mini, tetapi inspirasi Itali!

Sebuah 'Kancil' dengan nama lain

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 02

Perodua Kelisa diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2001 dan dijual bersama-sama Perodua Kancil sebagai sebuah kereta bandar yang lebih moden dan kelas atasan.

Ia dibangunkan berdasarkan Daihatsu Mira generasi kelima, dengan kod nama L700, dan dilengkapi dengan 2 pilihan enjin - enjin 850cc ED-DE (juga terdapat pada Kancil) dan enjin 1.0 liter DOHC EJ-DE.

Baca: Proton hilang takhta bukan sebab Perodua, tapi sebab budak universiti. Eh?

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 03

Enjin terakhir itu mungkin unit terbaik untuk Kelisa. Walaupun turut digunakan pada Perodua Kenari, bentuk badan yang tinggi menjadikannya agak menakutkan untuk dipandu jika 'ditekan' dengan kuat.

Bagi Perodua Kelisa, enjin tersebut terasa 'ngam' dan walaupun hanya menghasilkan 60 PS dan 90 Nm, angka-angka itu tidak bernilai ketika anda memandu.

Baca: Perodua Kenari – Teruk dan pelik, atau ‘best’ dan praktikal?

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 04

'Spek kosong'

Walaupun Kelisa sedikit lebih 'atas' daripada Kancil, ia masih lagi sebuah kereta asas dari segi ciri kelengkapan. Tiada beg udara atau brek ABS, bahkan model asas tiada tali pinggang keledar baris kedua tetapi banyak yang memasang tali pinggang keledar baris kedua ini di kemudian hari.

Namun, Perodua Kelisa disasarkan kepada pembeli yang lebih muda sehingga dilengkapi dengan aksesori seperti pembersih udara dan alat bebas tangan untuk memegang Nokia 7610 'daun' milik ayah anda. Menjelang akhir hayat Perodua Kelisa pada tahun 2007, ia turut dilengkapi dengan Bluetooth, ciri yang masih premium untuk kebanyakan kenderaan pada masa itu.

Untuk peminat keseronokan

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 05

Cukup dengan siaran History Channel, apa sebenarnya yang membuatkan Perodua Kelisa begitu terkenal? Secara tuntasnya, Perodua Kelisa adalah sebuah hatchback yang lincah dan terasa lincah.

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 06

Hidupkan enjin dan anda akan dapat merasai gegaran enjin 3-silinder yang merangsang otot-otot yang menyentuh permukaan. Antara perkara pertama yang anda lihat adalah ruang dalaman yang terasa besar. Tentunya anda tidak akan klaustrofobik dengan penggunaan cermin sekeliling yang besar dan jelas seperti akuarium ditambah pula dengan tiang-A yang nipis.

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 07

Keseronokan bermula sebaik sahaja anda beralih ke gear pertama. Klac terasa ringan dan peralihan gear terasa seperti Perodua Kancil sekolah memandu yang kita rasai ketika pertama kali belajar memandu. Langsung tak tepat tetapi kata kuncinya adalah lancar.

Baca: Adakah Perodua Axia cukup bagus untuk sekolah memandu kita? Kereta besar sikit tak boleh ke?

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 08

Dengan setiap penukaran gear, Perodua Kelisa terasa semakin pantas daripada sepatutnya. Ini dibantu dengan perasaan memandu kereta kecil tetapi dengan cermin keliling seolah-olah akuarium, kesemua sudut pandangan terasa begitu laju.

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 09

Oleh hal inilah Perodua Kelisa terasa seronok untuk dipandu. Ia benar-benar mengujakan, walaupun hanya datang dalam saiz yang kecil. Kesemua pancaindera terasa berfungsi kerana ia kini dalam mod berjaga-jaga, takut terjadi apa-apa pada kereta kecil ini.

Baca: Perodua Kelisa: MINI kegemaran Malaysia!

Underrated atau overpriced?

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 10

Satu konotasi yang masih hinggap pada Perodua Kelisa ini adalah, ia hanyalah sebuah Perodua Kancil yang terlebih mahal. Manakan tidak, sesiapa yang mahukan sebuah kereta kompak lebih baik membeli Perodua Kancil, justeru apa keperluan membeli sebuah Kancil premium?

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 11

Lagi pula, ini bukan Toyota GR Yaris - yang dicipta berdasarkan Toyota Yaris generasi ke-4 tetapi dengan talaan dan kos pembinaan yang jauh lebih tinggi untuk keenakan pemanduan duniawi. Ini hanyalah sekadar Perodua Kelisa. Jadi adakah berbaloi untuk membelinya?

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 12

Dari pandangan pengguna biasa, tentulah tidak. Namun bagi peminat kereta, harga premium tersebut berkadar dengan kepuasan pemanduan yang ditawarkan Perodua Kelisa. Malah, sehingga ke hari ini, susut nilai Perodua Kelisa masih di dalam julat yang tidak masuk akal - atau julat peminat sahaja.

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 13

Tak kira sama ada anda memilih varian automatik, ia tetap akan memberikan senyuman di wajah anda selagi ia menggunakan enjin 1.0 liter DOHC. Enjin 850cc kurang memuaskan apatah lagi jika anda akan berada di lorong kiri sepanjang perjalanan.

Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan! 14

Sejujurnya, ada banyak model susut nilai lain yang lebih baik dengan kadar pemanduan yang jauh lebih memuaskan (baca: Proton, Peugeot) namun soal citarasa memang tidak boleh dibawa berbincang. Kalau dah minat, angkat saja Perodua Kelisa satu dan nikmati pemanduan 'MINI' kegemaran Malaysia ini!

Baca: Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k, kereta murah terbaik?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda