Perodua D55L akan dilancar di Indonesia sebagai Daihatsu Rocky pada Mei 2021
Faisal · Jan 11, 2021 02:00 PM
0
0
Seperti yang pernah kami laporkan, Perodua D55L akan dijual di Indonesia sebagai Daihatsu Rocky. Menariknya, ia juga antara model yang paling dinantikan di sana. Menurut Otodriver, SUV Daihatsu ini akan dilancarkan sekitar bulan Mei – 2 bulan selepas pelancaran yang dirancang di Malaysia.
Di samping itu, dikhabarkan juga bahawa Rocky akan dieksport ke pasaran lain bermula Ogos ini. Maka itu, adakah Daihatsu Rocky akan dieksport ke luar negara sebagai Toyota?
Berdasarkan barisan model Daihatsu di Indonesia, hanya Sirion (Perodua Myvi) sahaja yang diimport dari Malaysia. Disebabkan oleh persaingan yang sengit oleh segmen MPV dan hatchback di sana, Sirion tidak mendapat sambutan yang baik.
Maklumat berkenaan tren kuasa masih belum dapat dipastikan tetapi SUV segmen B ini dijangka hadir dengan enjin dan transmisi yang sama seperti Perodua D55L dan saudara kembarnya, Toyota Raize dan juga Daihatsu Rocky.
Maka itu, hampir pasti bahawa ia akan menggunakan enjin 1.0L turbo 3 silinder 1KR-VET (98 PS, 140 Nm tork). Untuk pengetahuan anda, ia merupakan enjin Perodua Axia (Daihatsu Ayla/Toyota Agya) tetapi dengan teknologi turbo. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT.
Selain itu, Daihatsu Rocky di Indonesia bakal hadir dengan Daihatsu Connect. Aplikasi ini menghubungkan pemilik dengan kenderaan masing-masing supaya mereka boleh mengesan lokasi dan status kenderaan mereka.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.