Sepupu hibrid Perodua Ativa begitu popular di Jepun, mencatat rekod jualan baharu
Zamil Syaheer · Feb 5, 2022 06:00 PM
0
0
Daihatsu Rocky mencatat rekod jualan baharu
Rocky e-Smart Hybrid penyumbang besar
Jualan tahun ke tahun juga meningkat
Jualan Daihatsu Rocky – kereta asas kepada Perodua Ativa– mencapai rekod tertinggi pada November 2021, kesan berikutan pengenalan Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid.
3,615 unit Rocky menemui pemilik baharu pada November 2021, meningkat 158 peratus daripada bulan yang sama setahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 63 peratus atau 2,270 unit adalah daripada Rocky e-Smart Hybrid.
Angka-angka ini menjadikannya kereta terlaris ke-17 di Jepun untuk bulan itu, mengatasi pesaing seperti Nissan Kicks dan Toyota Passo, antara model yang Rocky bersaing kuat untuk ‘tapau’ pada sebahagian besar tahun ini.
Secara keseluruhan, ini juga meningkatkan kedudukan jualan tahun ke tahun Rocky: 21,392 unit telah dijual dari Januari hingga Disember 2021, peningkatan 68 peratus daripada 2020.
Bolehkah kita jangkakan ketibaan Perodua Ativa Hybrid?
Elektrifikasi – yang merangkumi hibrid (HEV) dan kenderaan elektrik (EV) – adalah antara tumpuan untuk pelan perniagaan Perodua 2022.
Kerja-kerja pembangunan sedang dijalankan untuk model Perodua berelektrik, dan walaupun tiada butiran khusus dinyatakan, jelas ia merujuk kepada Perodua Ativa Hybrid.
Rocky e-Smart Hybrid ialah hibrid siri yang bermaksud ia boleh memecut dari pegun melalui kuasa elektrik sahaja tetapi enjin tidak memacu roda. Sebaliknya, enjin itu hanya berfungsi sebagai penjana on-board, sama seperti sistem hibrid Nissan e-Power.
Kereta itu telah dikesan di Malaysia beberapa kali yang menyokong kepercayaan lebih lanjut kepada ini. Sementara itu, Indonesia dijangka melancarkan Rocky e-Smart Hybrid akhir tahun ini, jadi wajar untuk menjangkakan Ativa Hybrid akan datang pada 2023.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.