window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza dan Axia baharu dilancarkan di Brunei - 2 varian, spesifikasi sama dengan Malaysia

Faisal Β· May 4, 2024 08:05 AM

Perodua Alza dan Axia baharu dilancarkan di Brunei - 2 varian, spesifikasi sama dengan Malaysia 01

Salah satu daripada beberapa pasaran di mana Perodua dieksport ialah Brunei. Sebentar tadi, pengedar Perodua di sana, GHK Motors telah melancarkan Perodua Axia dan Perodua Alza generasi baharu.

Kedua-dua kereta ditawarkan dalam varian H dan AV pada harga berikut:

  • Alza H - BND 27,900 (~RM 97.5k)
  • Alza AV - BND 30,900 (~RM 107.9k)
  • Axia G - BND 17,900 (~RM 62.5k)
  • Axia AV - BND 21,900 (~RM 76.5k)

Perodua Alza dan Axia baharu dilancarkan di Brunei - 2 varian, spesifikasi sama dengan Malaysia 02

Kredit foto: iqbal dato selamat

Mengenai Alza, kelengkapan yang ditawarkan mirip apa yang ada pada varian H dan AV di Malaysia di mana secara standard, ia hadir dengan ciri seperti luster digital, infotainment 9-inci dengan sokongan Apple CarPlay / Android Auto, lampu LED dengan isyarat jenis sequential dan rim 16-inci dwi-tona.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Varian AV pula tampil eksklusif dengan ciri papan pemuka dwi-tona berwarna coklat, tempat duduk kulit, kamera 360-darjah, dashcam dan brek parkir elektrik (EPB).

Perodua Alza dan Axia baharu dilancarkan di Brunei - 2 varian, spesifikasi sama dengan Malaysia 01

Kredit foto: iqbal dato selamat

Dari segi nadi, ia juga menampilkan kombo enjin 1.5L NA 2NR-VE (106 PS, 138 Nm) dan transmisi D-CVT.

Soal keselamatan, bergantung pada varian, ADAS Perodua Smart Drive Assist (PSDA) untuk Alza di Brunei lengkap dengan sistem Advance Safety Assist (ASA), Driving Assist, Parking Assist dan Headlamp Assist.

Untuk Axia pula, spesifkasi untuk kedua-dua varian G dan AV juga mirip di Malaysia yang mana ia hadir standard dengan nadi 1.0L NA 3-silinder 1KR-VE (67 PS,91 Nm) dan transmisi D-CVT serta rim 14-inci.

Perodua Alza dan Axia baharu dilancarkan di Brunei - 2 varian, spesifikasi sama dengan Malaysia 02

Kredit foto: iqbal dato selamat

Varian AV pula datang eksklusif dengan ciri kluster digital 7-inci, infotainment 9-inci, penyaman udara digital, kamera undur, tempat duduk kulit, skirting dan spoiler, lampu depan LED dan DRL LED, butang mod Power dan ADAS Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang merangkumi ciri:

  • Pre-collision warning and braking
  • Pedal misoperation control
  • Front departure alert
  • Lane departure warning and prevention
  • Blind-spot detection
  • High beam assist
  • Rear cross traffic alert

Perodua Alza dan Axia baharu dilancarkan di Brunei - 2 varian, spesifikasi sama dengan Malaysia 03

Kredit foto: iqbal dato selamat

Secara amnya, waranti untuk kedua-dua model baharu di Brunei disokong untuk 3 tahun/100,000 km.

Jadi buat masa kini, Proton Saga kekal memegang takhta sebagai kereta paling murah di Brunei dengan harga bermula pada BND 17,454 (~RM 62k) tetapi pada beza RM 500 sahaja.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda