Sejajar dengan usaha Kerajaan untuk memacu industri otomotif di Malaysia dengan pengecualian cukai jualan sehingga hujung tahun ini, TC Subaru Sdn Bhd menawarkan rebat dan diskaun istimewa dibawah pakej promosi Peace of Mind.
Pelanggan yang membeli kereta Subaru baharu akan menerima produk, servis dan rebat bernilai sehingga RM 20,000. Pelanggan juga akan dapat menikmati penjimatan sehingga RM 5,000 dengan setiap pembelian Subaru XV dan Forester baharu. Promosi ini berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Disember.
Subaru XV, dengan harga bermula dari RM 117,788 (sebelum pengecualian cukai) dijual dalam tiga varian iaitu XV 2.0i, XV 2.0i-P, dan XV GT Edition 2.0i-P. Manakala bagi Subaru Forester, harga jualannya bermula dari RM 149,788 (sebelum pengecualian cukai) juga didatangkan dalam tiga varian; Forester 2.0i-L, Forester 2.0i-S dan Forester 2.0i-S Eyesight.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Dengan adanya pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti Eyesight Advanced Driving System (ADAS), Subaru Forester sememangnya pembelian yang amat berbaloi.
Pelanggan yang membeli XV baharu boleh memilih untuk pelan zero-instalment selama 6 bulan manakala bagi mereka yang ingin memiliki Forester baharu pula, mereka boleh menukar kenderaan lama mereka melalui program TC Subaru’s Special Trade-In Assist untuk dapatkan lebih nilai.
Untuk lebih ketenangan fikiran, pelanggan akan diberi Subaru Eco Sterilising In-Cabin 3D Spray Service bernilai RM 1,500 secara percuma serta waranti menyeluruh untuk 5 tahun untuk XV dan Forester baharu mereka.
Nak lebih lagi ketenangan fikiran? Tak perlu bersusah payah memandu sendiri ke bilik pameran Subaru untuk lihat dan pandu uji kereta idaman anda. Cuma hubungi bilik pameran Subaru berhampiran anda, buat temujanji dengan penasihat jualan mereka disana dan model pilihan anda akan dihantar ke rumah atau lokasi pilihan supaya anda boleh pandu uji dengan mudah dan selamat! Bila lagi nak beli Subaru baharu anda kalau bukan sekarang?
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });